in

LoveLove

1 Malaysia Untuk Merdeka

1 MALAYSIA! 1 MALAYSIA! 1 MALAYSIA!

Inilah lafaz keramat daripada Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 iaitu Dato’ Sri Najib bin Razak. Slogan ini berfokuskan kearah agenda penyatuan bangsa-bangsa yang menetap di negara Malaysia.

Multiracial always be uniqueness in Malaysia.

Sedar atau tidak kita harus menerima hakikat dan kenyataan bahawa Malaysia mengambil jalan diplomasi untuk mencapai kemerdekaan.

Berbeza pula dengan negara jiran iaitu Indonesia yang menghunuskan pedang dan bertumpah darah demi tanah air mereka. Kedua-dua negara kita mempunyai sejarah kemerdekaan yang berbeza akan tetapi yang persamaanya adalah negara kita bebas dari jajahan perosak.

Namun demikian, haruslah kita sedar bahawa konsep multiracial ini perlu diperkembangkan lagi bagi memastikan negara Malaysia kekal aman dan majmuk. Wira yang selalu didendang dan diangkat ialah Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia Pertama. Sejarah telah melakar nama beliau sebagai penyelamat bangsa dan negara. 

Namun begitu, hendaklah sejarah ini tidak hanya fokus dalam buku teks sahaja. Tetapi hendaklah kita mengangkat wira-wira yang lain bagi memastikan konsep 1 Malaysia ini kekal relevan sepanjang hayat. Antara nama yang perlu diingat dan dikenang jasanya ialah Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Dr, Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S.Lee, Tuan T.H. Tan, Bahaman Shamsudin.

Artikel kali ini, penulis berhasrat untuk memperkenalkan wira yang  namanya jarang disebut dan didengari iaitu Kolonel H.S. Lee sebagai wira yang bersama-sama Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam memperjuangkan kemerdekaan. Diharapkan kisah yang ditulis ini tidak mewujudkan malapetaka kepada pembaca serta negara.

Kolonel H.S.Lee

H. S. Lee - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Henry Lee Hau Shik atau lebih dikenali sebagai Tun H.S. Lee dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900. Beliau merupakan graduan ekonomi dan undang-undang di University of London dan St John’s College, Cambridge. Beliau ialah anak kepada seorang usahawan dari Gaozhou iaitu Guangdong Lee Kwai-lim dan Kam Kwok-Chun. Keluarganya giat menjalankan perniagaan di syarikat perdagangan sutera, Kam Lun Tai dan juga terlibat dengan perlombongan di Hong Kong dan Singapura.

Kehidupan Tun H.S. Lee di Malaya bermula pada tahun 1924. Beliau berhijrah ke Malaya ketika bercuti dan terus menetap di Malaya setelah memperoleh lombong biji timah di Kepong. Beliau juga merupakan pemilik tambang utama di Selangor dan Perak. Bukan itu sahaja, melihat kepada kredibilitinya, beliau sangat proaktif menjadi pemimpin masyarakat Guangdong dan Gaozhou. 

Antara persatuan yang pernah bergerak bersama Tun H.S. Lee ialah Persatuan Kwang Tung, Persatuan Pelombong Cina, dan Dewan Perdagangan China. Selain itu, beliau juga pernah mengetuai Persatuan Pelombong Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang pada tahun 1938 sehingga tahun 1955 dan Presiden Persatuan Pelombong Timah seluruh Malaya pada 1946 sehingga tahun 1955.

Sebagai seorang ahli politik yang dilantik, Tun H.S. Lee ditugaskan untuk membina ekonomi Malaya yang telah merudum ketika zaman pendudukan Jepun. Beliau juga dilantik sebagai Majlis Penasihat Malayan Union, Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Eksekutif Persekutan ketika terjadinya darurat pada tahun 1948.

Tambahan pula, Tun H.S. Lee merupakan Pengarah Operasi yang mewakili masyarakat perlombongan dan pertanian, beliau berjaya memujuk Pesuruhjaya Tinggi British, Gerald Templer untuk menyusun semula Pengawal Rumah di Lembah Kinta. Hal ini dilakukan demi mempertahankan perlombongan biji timah.

Malaysian Chinese Association (MCA) nama yang tidak asing lagi dalam politik Malaysia yang bergerak bersama Barisan Nasional sejak dari awal kemerdekaan lagi. Tun H.S. Lee yang telah membentuk MCA Selangor dengan sokongan Dewan Perdagangan dan Kesatuan Cina. Nama beliau juga terpahat dalam pertubuhan parti MCA pada tahun 1949. Peranan beliau ialah membuat peraturan parti bersama dengan Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee. 

Road to Independence Day of Malaya

Tahun 1956 merupakan tahun yang getir bagi para pemimpin di Malaya apabila mereka diberi tanggungjawab untuk menekan pihak British demi mencapai kemerdekaan negara ketika itu. Tun H.S. Lee mewakili MCA dan sebahagian dari Perikatan. Hasil daripada perundingan yang telah dijalankan, Malaya telah mencapai falah yang tidak akan dilupakan iaitu kemerdekaan.

Justeru, dengan pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia Pertama maka Tun H.S. Lee diberi mandat sebagai Menteri Kewangan Malaya yang pertama. Permulaan sebagai Menteri Kewangan satu perkara yang sulit apabila beliau dipertanggungjawab untuk mewujudkan dasar kewangan negara dan penubuhan Bank Negara Malaya. Walaupun begitu, tahun 1959 adalah tahun terakhir beliau sebagai ahli politik dan sebagai seorang Menteri Kewangan disebabkan faktor masalah kesihatan. 

Bukan senang seorang pemimpin untuk duduk diam dan tidak melakukan sebarang kerja. Walaupun tidak lagi di menjadi ahli politik, Tun H.S. Lee mengambil alih jawatan Pengerusi Kewangan untuk Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya sehingga tahun 1961. Dan pencapaian terakhir beliau, beliau telah menubuhkan Bank Pembangunan dan Perdagangang pada tahun 1966. 

Tuntas sebagai noktah terakhir kepada pembaca. Malaysia tidak boleh lari daripada konsep multiracial. Perbezaan kaum dan bangsa yang menjadikan Malaysia semakin kuat. Sifat self-claim and close minded akan merugikan negara Malaysia kerana sifat individualistik inilah yang akan merosakkan negara. Marilah sama-sama kita menghayati dan menghargai jasa para pemimpin, nenek moyang kita dalam mencapai kemerdekaan. Malaysia untuk kita semua. Wahai rakyat Malaysia, kembangkanlah horizon pemikiran demi Malaysia.

Disediakan oleh,

Muhammad Nadzreen Anwar

Rujukan:

Ghazali, A. Z. (2012). PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MERDEKA,31 OGOS 1957: LIKU DAN JEJAK PERJUANGAN PATRIOT DAN NASIONALIS MENENTANG BRITISH. 19-24.

https://ms.wikipedia.org/wiki/H._S._Lee. (2021, Ogos 20). Retrieved from https://ms.wikipedia.org: https://ms.wikipedia.org/wiki/H._S._Lee

Pengorbanan Demi Negara Tercinta

Kisah-kisah Perjuangan Kita