in

Orang-orang Biasa Juga Boleh Berjaya

boy reading illustration. Open the world of education

Orang-Orang Biasa merupakan karya pertama Andrea Hirata yang saya baca. Beliau cukup dikenali dengan karya serta sutradara Laskar Pelangi. Namanya sering disebut-sebut. Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan untuk membaca karyanya.

Orang-orang Biasa", Novel Tercepat yang Pernah Dirampungkan Andrea Hirata

Saya sama sekali tidak menyangka jalan cerita di kota Belantik ini mencuit hati, setiap seorang warganya mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Pintar sekali penulis leka saya membaca sehingga ke muka surat akhir. Daripada kisah ini, kita dapat melihat serta mengiakan realiti cerminan masyarakat kita kini. Kesusahan hidup orang-orang biasa ini memaksa mereka mencari apa-apa jalan untuk meneruskan hidup, biarpun jalan itu kelihatan seperti tidak masuk akal.

Namun, yang memacu perubahan itu adalah dengan ada tekad dan impian yang tinggi. Dek melihat Aini anak Dinah yang sungguh-sungguh mahu masuk ke sekolah perubatan, tidak dapat tidak orang-orang biasa ini iaitu Debut, Honorun dan 7 orang lagi rakannya berdiam diri. Biarpun idea Rombongan 9 itu untuk mendapatkan wang permulaan Aini ke sekolah perubatan adalah dengan merompak! 

Wah, ternyata mereka benar-benar tekad. Berpuluh kali mesyuarat sulit telah mereka hadiri, biarpun tidak ada hasil mesyuarat asalkan mesyuarat tetap jalan tanda mereka benar-benar serius untuk merompak. Namun, tidak saya sangka penulis karya ini benar-benar bijak! Tak sangka saya pengakhirannya begitu! 

Demi mendapatkan wang permulaan itu juga, Aini turut bekerja di kedai kopi, sekejap-sekejap dia mengeluarkan brosur sekolah perubatan dari dalam poketnya. Benar-benar dia mahu menjadi doktor. Inilah yang menjadi sumber memacu keikhlasan, ketabahan dan kegigihan Aini dalam mendapatkan keputusan terbaik di sekolah sekali gus mendapatkan tempat di sekolah perubatan. Namun, impiannya itu terhalang sementara dek ketiadaan wang.

Inilah yang ibu bapa, guru-guru harus melihat potensi dalam diri anak mereka. Anak kecil ini berbeza jiwa, berbeza latar belakang kehidupan. Dengan memupuk minat, menyemai impian dalam diri anak-anak kecil ini, pasti mereka juga perlahan-lahan dapat menilai kehidupan dan mengejar impian. 

Dahulu saya juga mempunyai konflik selepas SPM, di manakah tempat yang perlu saya kejar dan melorongkan jalan dalam membantu saya menggapai impian? Saya percaya, kini pelajar yang dalam fasa selepas SPM turut berfikir-fikir hala tuju kehidupan seterusnya.

Dengan idea teman-teman seperjuangan, kami melaksanakan program untuk pelajar di sekolah menengah untuk menjentik jiwa pelajar agar mempunyai impian. Dengan terkumpulnya alumni yang masih lagi sedang melanjutkan pelajaran dan yang sudah bekerja dalam pelbagai bidang diharapkan dapat memberi impak kepada pelajar sekurang-kurangnya dengan harapan mereka mempunyai cita-cita dan impian, sekali gus dapat mencipta jalan tersendiri untuk menggapai cita-cita mereka. Usaha kecil ini hanyalah sebagai idea sahaja bagi pelajar, nak atau tidak, tetap juga perlu menghadapi realiti kehidupan selepas SPM.

Motivasi terbesar ketika belajar adalah dengan mempunyai big why, matlamat yang hendak kita capai. Seperti mana Aini yang bertekad untuk menjadi seorang doktor, Matematik yang sering menjadi musuhnya itu akhirnya menjadi kawannya. Semoga semangat orang-orang biasa ini dapat kita rasai kerana tiada yang mustahil di dunia ini. Dengan meletakkan pengharapan kepada Allah untuk melorongkan kita pada jalan yang benar, sesungguhnya kita mampu untuk menghadapi pelbagai rintangan kehidupan. 

Klik gambar untuk beli buku ini!

Disediakan oleh: Jiha Jahari

Membumikan Pemikiran Reformis: Za’ba (Bahagian 1)

Hamka Menggambarkan Wanita dengan Personaliti yang Berbeza