Pencerobohan zionis di masjid Al Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat terawih pada bulan Ramadan lalu sememangnya meruntun hati umat Islam seluruh dunia. Peperangan yang diberi nama Perang Pedang al Quds berlarutan sehingga bulan Syawal ini belum terlihat kesudahannya.

Jika kita telesuri sejarah, penubuhan negara haram Israel bermula apabila pelan penubuhan negara Yahudi dikemukakan cadangan di Persidangan Bale di Switzerland pada tahun 1897. Persidangan ini juga turut dikenali sebagai First Zionist Congress. Bijak pandai Yahudi bersepakat ingin menubuhkan negara Israel di Palestin. Pada ketika itu, Palestin berada dibawah kekuasaan Turki Uthmaniyah. Setelah kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah, negara-negara Arab telah dibahagikan  mengikut kuasa-kuasa besar Eropah.

Apa Itu Fahaman Zionis?

Zionis merujuk kepada zionisme ialah gerakan nasional dan budaya Yahudi yang mendukung terciptanya sebuah tanah air Yahudi yang didefinisikan sebagai Tanah Israel. Pendukung gerakan zionisme berpandangan bahawa gerakan ini adalah gerakan bersifat keagamaan setelah mereka meninggalkan tanah air sekian lama. 

Allah SWT telah menegaskan dan memberi gambaran sikap buruk dan kekejaman Israel di dalam al Quran. Kejam dan kasar bukan sifat sebenar Bani Israel atau Yahudi. Sifat asli mereka telah diterangkan di dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 76.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَا بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ قَالُوا أَتُحَدِّثُونَهُمْ بِمَا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ لِيُحَاجُّوكُمْ بِهِ عِنْدَ رَبِّكُمْ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata, ‘Kami telah beriman’. Tetapi, apabila kembali kepada sesamanya, mereka berkata, ‘Apakah akan kamu ceritakan kepada mereka apa yang telah diterangkan Allah kepadamu, sehingga mereka dapat menyanggah kamu di hadapan Tuhanmu? Tidakkah kamu mengerti?’

Antara sifat-sifat orang Yahudi menurut al Quran ialah mereka bersifat munafik iaitu ketika mereka masih beriman mereka sering mendatangi orang Arab dan memperakui kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW di dalam Kitab Taurat tetapi sebaliknya mereka mengingkari kebenaran tersebut..

Selain itu, orang Yahudi bersifat mengikari dan saling membunuh. Sedangkan Allah SWT telah membebaskan Bani Israel daripada kekejaman Firaun dan mengurniakan mereka tanah yang subur. Malah mereka juga mengikari perintah Nabi Musa untuk berpindah ke Palestin kerana alasan mereka takut kepada Bani Kaanaan. Nabi Musa telah berdoa kepada Allah SWT agar menjauhkannya daripada orang yang fasik. Sejak peristiwa itu, Allah SWT telah mengharamkan Bani Israel memasuki Palestin selama 40 tahun dan mereka dikenali sebagai bangsa yang tidak mempunyai tanah air. 

Sifat kemunafikan mereka daripada kisah inilah, kita boleh lihat bagaimana mereka telah melanggar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mencabuli gencatan senjata yang tidak sampai 12 jam selepas pengisytirahan genjatan senjata.

Bukan sahaja umat Islam malah seluruh dunia tanpa mengira agama mengecam tindakan Yahudi Israel. Kita boleh lihat pelbagai solidariti untuk rakyat Palestin di pelbagai platform seperti di media sosial, ada yang turun mengikut demostrasi, suara lantang daripada tokoh-tokoh ternama dan ada yang mengambil inisiatif melakukan perbincangan secara maya bersama rakyat Israel. Misalnya Tun Dr Mahathir, Presiden Turki Taib Erdogan dan orang-orang kenamaan dari negara lain senada dalam menyuarakan kekuatiran mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin.

Tun Dr Mahathir juga berpandangan bahawa negara-negara Islam sewajarnya bersatu untuk menyelesaikan isu ini dan menyedari kelemahan mereka. Apatah lagi negara-negara Arab dilihat seperti menyokong Israel kerana terikat dengan jalinan diplomatik di atas nama kepentingan sosioekonomi. Tambah Dr. Mahathir lagi, lebih-lebih lagi negara-negara Arab hanya melihat bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan rakyat Palestin semata-mata. Isu ini sebenarnya tidak akan dapat selesai selagi kuasa-kuasa besar masih melindungi perbuatan rejim zionis ini. 

Kesimpulannya, isu mengenai perjuangan rakyat Palestin ini sewajarnya disebarluaskan lagi agar dapat difahami oleh seluruh umat Islam malah seluruh dunia kerana menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menjaga kesucian Masjid Al Aqsa. Dari sudut lain, isu Palestin ini harus diperjuangkan demi menjaga hak kemanusiaan itu sendiri. Oleh itu, masyarakat tidak kira pangkat atau agama seharusnya berganding bahu menghentikan kekejaman zionis ini.

Peranan yang dimainkan oleh organisasi bukan kerajaan seperti Aman Palestin, Al Aqsa Defenders wajar dipujikerana bertungkus lumus menyebarkan berita semasa di Palestin dan memberi kesedaran tentang isu Palestin . Peranan media massa dan kempen kreatif seperti lagu ‘Koyak’ yang dicipta oleh Caprice adalah sebagai salah satu wadah menarik minat generasi muda memahami isu ini dengan lebih mendalam lagi.

Selain itu pengodam-pengodam hebat Malaysia dan netizen Malaysia seharus diberi pujian kerana mampu menggodam pengkalan data dan memberi tekanan mental dan emosi terhadap rakyat Israel. Ini dinamakan serangan psikologi. Menariknya lagi, bahasa Melayu kini terkenal di seluruh dunia!

Disediakan oleh,

Nurizzati Hazwani

Sumber:

  1. Muhamad Suhaimi ,Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel
  2. Zionisme
  3. Sifat-Sifat Buruk Bani Israel-Yahudi yang Diabadikan Alquran
  4. Palestine: Muslim nations should use strengths, realise weakness – Dr M

Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.