Seorang sahabat aku di Universiti Islam Madinah pernah diajukan soalan oleh seorang ibu yang ingin menghantarkan anaknya menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah.

“Assalamualaikum nak, makcik nak tanya boleh?” tanya seorang jemaah umrah.

Waalaikumussalam, makcik. Boleh tiada masalah. Makcik nak tanya tentang apa ya?” jawab sahabatku.

“Sebenarnya makcik mahu bertanya, apa rahsia kejayaan kamu sehingga berjaya menyambung pengajian peringkat universiti di Madinah? Makcik berhasrat untuk menghantar anak makcik untuk sambung belajar ke Madinah macam kamu”

“Masya Allah! Bagus niat makcik. Saya sokong 100 peratus hasrat makcik mahu menghantar anak menyambung pelajaran di Madinah. Makcik tahu bahawa bumi Madinah adalah tempat yang sangat baik untuk menuntut ilmu agama Islam. Antara sebabnya ialah Madinah antara tempat turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW.”

Sambung sahabatku lagi, “Di samping itu, Masjid Nabawi dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu di zaman Nabi Muhammad SAW. Kini, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sejumlah biasiswa kepada setiap pelajar yang bukan dari Arab Saudi untuk menyambung pengajian dari peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga Ijazah Kedoktoran. Semua perbelanjaan pengajian ditanggung beres oleh pihak universiti. Alhamdulillah!”

“Sebenarnya makcik, saya ini bukanlah pelajar cemerlang. Keputusan peperiksaan STAM tempoh hari, saya hanya memperolehi pangkat Jayyid Jiddan sahaja dan tambahan pula saya tidak menghafaz quran 30 juz.

“Kebanyakan pelajar Univesriti Islam Madinah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang berteraskan Bahasa Arab di samping menghafaz al Quran.”

“Namun, alhamdulillah dengan izin Allah, saya terpilih utk menyambung pengajian saya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di bumi Madinah. Semangat berkobar-kobar dan sikap tidak mengenal putus asa ibu saya untuk menghantar saya sambung belajar ke bumi Madinah menjadi pendorong dan pembakar semangat saya untuk berazam penuh menyambung pengajian saya di bumi Madinah.”

“Saya akui sememangnya hasrat ibu dan ayah saya sejak saya kecil agar Allah pilih saya untuk menuntut ilmu di bumi Madinah. Alhamdulillah ala kulli hal.”

“Mashaallah. Sejuk perut ibu yang mengandung. Maha Suci Allah yang Maha mendengar dan yang memakbulkan permintaan hamba-Nya.” respon ibu tersebut selepas mendengar jawapan daripada sahabat saya.

Tiba-tiba mengalir air mata ibu tadi. Kemudian, ibu tersebut meluahkan hasratnya dalam nada yang sebak kepada pelajar Madinah tadi.

“Nak, doakan untuk anak makcik ya. Makcik berhasrat sangat anak makcik dapat menyambung pelajaran di Madinah. Makcik memang berharap agar salah seorang anak makcik dapat mendalami ilmu agama di bumi yang barakah ini” luah ibu tersebut.

“Insha Allah makcik. Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan rintihan dan permintaan para hamba-Nya”

Kepada rakan-rakan, ingatlah bahawa kita hanya dikurniakan seorang insan sahaja yang bergelar ibu di dunia ini. Beliau yang melahirkan, menyusukan, membesarkan, mendidik dan segala-segalanya dilakukan tanpa rasa jemu, penat apatah lagi setiap kebaikan dilakukannya untuk diungkit-ungkit.

Dalam diri seorang ibu, Allah SWT telah meciptakan sifat penyayang yang tidak berbelah bahagi kepada setiap anak-anaknya. Sikap Allah Maha Penyayang itu dizahirkan dengan sifat seorang ibu yang penyayang buat anak-anaknya. 

Guruku pernah berkata,

“Doa seorang ibu sangat mustajab, maka pintalah kepada ibu kalian untuk mendoakan kalian di setiap masa dan waktu. Mudahnya Allah s.w.t memakbulkn doa seorang ibu kerana dirinya penuh dengan sifat kasih sayang yang tiada tolok bandingnnya.”

Sesungguhnya kejayaan yang kita kecapi hari ini bukan hanya disebabkan hasil kesungguhan usaha kita semata-mata bahkan kerana adanya kedua orang tua yang sentiasa mendoakan kejayaan kita. Oleh itu, jangan pernah lupakan mereka dan janganlah berlaku sombong terhadap kedua ibu bapa kita.

Akhir kata, kepada rakan-rakan yang ingin menyambung pengajian di Madinah, pintalah doa dan restu daripada kedua ibu bapa kalian kerana doa seorang ibu amat mustajab dan reda Allah terletak pada keredaan kedua ibu bapa.

Sekadar perkongsian,

Fathi Anwar


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.