Isu LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender) bukanlah isu yang baharu. Pelbagai medium wacana dan liputan media disediakan untuk para ilmuan melontarkan hujah serta pandangan bagi menangani isu LGBT ini. Malah terdapat sebahagian besar rakan-rakan kita daripada pelbagai organisasi melakukan program-program berbentuk pendidikan meningkatkan kesedaran dan wacana ilmu terhadap isu ini.

Baru-baru ini, YB Dato Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) telah menyatakan komitmen kerajaan untuk memperkasakan Akta RUU 355 bertujuan meningkatkan kadar hukuman diatas kesalahan LGBT. Ini adalah suatu langkah baik yang perlu diperhalusi supaya ia selari dengan maqasid syariah.

Pemerkasaan undang-undang juga perlu bergerak diatas nilai keadilan. Sesuatu hukuman mestilah dijatuhkan kerana perbuatan tersebut bukan kerana membenci individu terbabit. Hukumlah dengan keadilan dan bukan dengan kebencian kerana boleh mendorong kita untuk tidak berlaku adil.

Firman Allah SWT dalam surah al Maidah ayat 8 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”

Pendidikan untuk meningkatkan kesedaran juga amat diperlukan bagi mencegah wujudnya lagi golongan LGBT. Hukuman semata-mata tidak begitu efisyen sekiranya kita gagal memberikan pendidikan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia. Di awal isu LGBT ini hangat di wacanakan, terdapat sebahagian tokoh ilmuan dan agamawan seperti Ustaz Ebit Liew, Dato Dr. Zulikifli Mohamad Al Bakri, mengambil pendekatan mendekati golongan ini dan memberikan mereka pendidikan secara sukarela.

Hukuman dan pendidikan dua perkara yang harus diberi penekanan. Hukuman bertujuan sebagai pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhannya. Manakala pendidikan pula sebagai medium meningkatkan kesedaran berhubung ajaran Islam yang sebenar. Hanya dengan ilmu dan iman yang dapat membentengi diri kita daripada terjebak dengan maksiat. Pendidikan perlu bermula dari institusi kekeluargaan hingga ke peringkat global.

Selain itu, para ilmuwan perlu mengkaji dari sudut kajian saintifik an perkaitannya dengan ajaran Islam. Hal ini kerana sebahagian golongan LGBT mempertahankan hak diri mereka dengan menggunakan alasan ketidak stabilan hormon. Kita perlu tahu bahawa untuk menentang golongan LGBT ini tidak cukup sekadar memberikan hukuman.

Hakikatnya, kita bukan sahaja berhadapan dengan isu LGBT ini bahkan sebenarnya kita sedang berhadapan dengan agenda perjuangan golongan liberal yang menuntut hak kebebasan manusia. Oleh itu, kita semua harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan berbekalkan takwa untuk memerangi ancaman pemikiran ini. Golongan LGBT ini perlu diberikan sentuhan ilmu dan kefahaman kerana ayat ancaman dan hukuman tidak mampu mengubat hati mereka yang terpesong.

Ingatlah kita akan firman Allah SWT dalam surah al Nahl ayat 125 yang bermaksud :

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan tutur kata yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”

Marilah sama-sama kita memberikan dorongan, semangat dan harapan kepada mereka yang tersasar agar dapat kembali ke jalan yang lurus, yang diredai oleh Allah SWT. Hukuman tanda ketegasan dan pendidikan tanda kemuliaan. Semoga kita semua memperolehi hidayah dan taufik Nya.

Disediakan oleh,

Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.