Matahari baru saja melabuhkan cahayanya di ufuk barat, tiada lagi sisa-sisa cahaya merah yang memancar keluar darinya. Lelaki itu masih terdiam melihatkan perubahan siang dan malam itu. Kagum dengan ciptaan Tuhan. Itulah tanda kekuasaan-Nya. Menggantikan siang dengan malam sekelip mata. Mungkin begitu juga dengan perasaan dan hati manusia, berbolak-balik dan tidak diam walau seketika. Mohonlah doa kepada Yang Esa agar janganlah dibolak-balikkan hati dan iman kita sesudah menerima hidayah-Nya.

Lelaki itu pantas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia masih mencari-cari apa yang dia mahukan di dalam dunia ini. Sedikit resah dan gelisah. Adakah taubatnya diterima setelah bermacam perkara yang dibuatnya kepada Sarah. Dan adakah hubungannya dengan Jannah terhenti begitu saja. Adakah dia patut menerima takdir yang semacam menghukumnya?

            Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat maghrib. Kamal segera menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan solat secara berjemaah. Sudah lama tidak dikerjakannya kerana sibuk mengejar harta dunia dan kemewahannya. Kamal tenang menunaikan solat dan tersentak dengan bacaan imam di dalam surah Al-Maidah ayat ke 39.

“Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus.Maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Maidah: 39)

Kamal faham benar maksud ayat tersebut. Dia yang merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang pengajian agama itu sangat fasih berbahasa arab dan sangat mendalam ilmu agamanya. Tetapi sedikit saja yang diamalkannya. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Kamal berharap ilmu dan kecerdikannya dalam bidang agama itu dapat menjadikannya lebih baik dan bukannya istidraj baginya. Kamal kelu dan diam selepas menunaikan solat. Dia terduduk. Barangkali Tuhan mahu menegurnya dan ingin Kamal kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang mana dilalui oleh para nabi dan para syuhada.

            “Jauh termenung nampaknya kau ni. Ada apa?” Tanya Amin kepada sahabatnya itu.

Amin seolah mengerti kesusahan yang dialami oleh Kamal. Tanpa berselindung, Kamal menceritakan kepada Amin kerana percaya kepada rakannya itu. Amin yang menjadi teman sehidup dan sematinya di dunia ini dan di dunia sana. Moga-moga hendaknya.

“Aku merasa Jannah tidak jujur dalam hubungan kami. Kau kenal Jannah kan? Kawan sekolah kita dulu?” Mula Kamal bercerita.

“Ohh, Jannah. Kenapa dengan dia dan kau?” balas Amin ringkas, tidak tahu Kamal dan Jannah telah lama berhubungan.

“Entahlah Min, aku pun taktahu nak cerita macam mana dekat kau.” Kamal melihat bulan yang semakin menguncup menandakan Syawal sudah semakin menuju ke penamatnya.

“Sudah 17 Syawal ye hari ni.” Kamal beralih topik.

Di fikirannya terbayang dua figura perempuan. Sarah, perempuan yang disakitinya dan muncul lagi Jannah, perempuan yang menyakitinya. Tiada dendam dan hasad kepada Jannah. Mungkin dia juga yang menyakiti Jannah.

“Janganlah kamu dengki-mendengki. Jangan kamu putus-memutus hubungan, janganlah kamu jauh-menjauhi hati, janganlah kamu benci-membenci; hendaklah kamu semua wahai hamba Allah hidup bersaudara dan haram bagi seorang Muslim itu menjadi saudaranya tidak bercakap selama tiga hari.”

(Riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim)

**************

Jannah riang sekali melihatkan Kamal membawakannya hadiah sempena hari lahirnya yang ke 21.

“Mal, terima kasih ye. Aku sangat menghargai persahabatan kita.” Ucap Jannah kepada Kamal.

Kamal bersahaja walaupun jauh disudut hatinya dia mahukan lebih dari sekadar teman biasa. Kamal berserah kepada Tuhan. Andai mereka berjodoh, tiadalah yang dapat menghalangnya, dan andai tidak berjodoh nescaya tiada apa yang dapat menyatukan mereka berdua. Kamal percaya itu.

“Jom, aku bawa kau ke tempat menarik kat sini.” Ajak Kamal melihatkan Jannah tersenyum riang menerima kad ucapan yang dibuat sendiri oleh Kamal. Itulah ragam manusia, kreatif bilamana adanya kemahuan yang mendalam. Andai saja kemahuan itu ke arah agama, pastilah Islam dibela dan dilindungi dari ancaman musuh.

“Kita nak ke mana ni?” Soal Jannah kepada Kamal.

“Ada lah, kau ikut je lah ye. Kau percaya kepada aku kan?” Balas Kamal ringkas sambil membawa Jannah ke tempat yang dirasakannya menarik dan tentunya ada yang mahu diucapkan oleh Kamal kepada Jannah.

Setelah lima minit berjalan, mereka berdua sampai ke sebuah taman rekreasi. Taman yang dipenuhi kanak-kanak riang itu turut disertai oleh ibubapa mereka yang bersama mengeratkan silaturrahim antara mereka. Begitu suci muka kanak-kanak yang tidak memikirkan banyak masalah seperti orang dewasa. Mereka gembira dan tenang. Inilah kain putih yang akan dicorakkan oleh ibubapa.

“Kenapa bawa aku ke sini? Apa yang menarik? Aku tengok biasa saja. Hahaha.” Jannah nyata kurang mengerti apa maksud Kamal membawanya ke mari. Liar mata Jannah memerhatikan kanak-kanak bermain riang bersama teman-teman mereka. Langsung tidak pernah merasa takut dan lemah andai terjatuh atau terluka. Tidak seperti dirinya. Jannah semakin mengerti.

“Mesti kau tertanya-tanya kan kenapa aku bawa kau ke sini. Jannah, hidup ini ada kala senang, susah, bahagia dan duka. Dan aturan ini tetap akan kita tempuhi silih berganti. Andai kita tidak merasa susah, bahagiakah hidup kita nanti? Adakah kita dapat menjamin bahawa kita akan bahagia tanpa ada kenangan sedih dan derita dalam hidup kita?” Hurai Kamal seperti seorang filsuf yang berpengaruh besar untuk mengubah orang ramai ke arah kebaikan.

“Aku ada benda nak tanya kau ni. Kalau kau taknak jawab pun takpe. Aku okay.” Kamal meneruskan kata-katanya lagi melihatkan Jannah memikirkan falsafah yang baru saja diucapkan oleh Kamal tadi. Sungguh, dia baru menyedari Kamal juga baik orangnya. Tidak seperti yang dikhabarkan oleh teman-temannya.

“Apa? Tanyalah.” Balas Jannah ringkas. Tidak tahu apa yang akan ditanya oleh Kamal. Jangan soalan tatabahasa arab sudahla. Dia tidak tahu. Masih lawak itu berada dalam fikirannya saat genting.

“Aku dah suka kat kau. Kau macam mana? Maksud aku, perasaan kau kat aku macam mana?” Kamal mematikan kata-kata yang sebelum ini panjang dan berjela-jela dengan menanyakan soalan itu.

Jannah bingung. “Arghh…lagi susah dari tatabahasa arab ni.” Keluh Jannah sendiri.

“Aku pun suka kau jugak.” Jawapan itu bersuara dari mulut Jannah. Dia tidak tahu apakah betul dia suka Kamal atau tidak.

“Tak sia-sia aku mulakan lamaran dengan falsafah tadi. Hahaha.” Senyum Kamal menceriakan suasana petang mereka di taman itu. Kanak-kanak masih berlari riang tanpa risau terjatuh. Andai saja jatuh, menangis sekejap dan sambung lagi lariannya. Itulah kehidupan, cuma kanak-kanak yang boleh menjalaninya tanpa memikirkan apa-apa kesan.

*******

          “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

(surah Al-Hadid: 22)

            Setelah beberapa tahun menyulam cinta dan bersemi kasih bersama, nyata tiada apa yang dapat menghalang dari terjadinya suatu perkara yang telah tertulis itu.

            “Jannah, ada sesuatu aku nak tanya kau. Betulkah kau sekadar berteman denganku selama ini?” Kamal sedikit formal. Mengharapkan Jannah menghidupkan suasana romantis ala-ala tradisional itu.

            “Maaf Mal, aku taktahu. Mungkin betul apa yang kau sangkakan. Aku cuma berteman saja dengan kau.” Balas Jannah kesenduan. Menangisi pemergian lelaki yang selama ini ada di belakangnya. Kamal yang sama seperti lelaki lain, tidak mengerti dan faham akan kehendak dan hati perempuan pergi meninggalkan Jannah.

Kamal tidak faham hati perempuan. Dan perempuan tidak pernah jujur dalam menyatakan isi hatinya. Berharap lelaki dapat meneka apa yang ada dalam hati mereka. Sungguh berlawanan dan sentiasa berperang antara dua kaum ini.

Ketidakfahaman antara satu sama lain, boleh menjadi punca renggangnya perhubungan mereka.

            Kamal merasakan Jannah menipunya padahal tidak. Pergi Kamal dengan fahamnya Jannah tidak suka kepadanya lagi. Sungguh, perempuan bernama Jannah itu menyakiti hatinya. Itulah yang berada di fikirannya. Namun, Kamal sedar bahawa segala memori yang dibina mereka berdua tetap utuh dan tidak akan mati selamanya. ‘memories never die’, ungkapan itulah yang berada di ukiran kayu yang dihadiahkan oleh Kamal kepada Jannah semasa pertemuan mereka yang terakhir kalinya.

            “Maafkan aku ye Mal. Aku bersalah.” Kata-kata Jannah masih didengari dengan jelas oleh Kamal.

            “It’s not your fault Jannah. It’s mine.” Kamal menggunakan bahasa Inggeris dengan lancar untuk menunjukkan bahawa dia juga pandai berbahasa. Mudah-mudahan Jannah tertarik dengan kelancaran dan kefasihannya berbahasa Inggeris.

            “Aku pergi dulu ya. Aku minta maaf sebab aku banyak buat salah dengan kau. Kau selalu tolong aku kan Jannah. Aku suka berteman dengan kau.” Kamal melambai kepada Jannah. Lelaki itu pergi dan hilang dari mata dan hati Jannah. Tidak mungkin dia kembali lagi.

*******

            “Hah, macam tu je lah kisahnya. Aku masih tercari-cari. Apakah aku dapat memaafkan Jannah? Atau sebenarnya aku yang bersalah.” Kamal habis bercerita kepada Amin. Amin tersenyum dan kadang tergelak.

            “Betul ke cerita kau ni? Macam di alam fantasi pulak aku dengar. Hahaha. Tapi takpe, sekurang-kurangnya kau tak keseorangan. Ada aku dengan kau. Dan yang penting Allah kan ada untuk kau, aku dan dia.” Amin menasihati dengan penuh bergaya. Andai saja dia masuk ujibakat pencetus ummah, tentu lah dia yang akan menang.

            “Tapi kan, kau cakap kau ada buat salah dekat Sarah. Apa cerita pulak dengan dia?” Amin semacam menunggu cerita dari mulut Kamal.

            “Ohh, Sarah.” Kamal senyum.

            “Ya. Aku dah banyak buat salah kat dia. Biar saja aku sorang yang memikul beban bersalah ini kepada dia. Sarah, perempuan baik yang ada ketika aku sedang sedih tapi aku pulak yang sakiti dia.” Kamal menambah panjang meski tiada niat untuk bercerita lebih kepada Amin.

            “Jom pulang, aku dah lapar ni. Dari tadi asyik bercerita kat kau. Hahaha.” Kamal mengajak Amin pulang setelah lama berada di surau. Kamal teringat akan pesanan seorang pendakwah,

“Sesungguhnya, apa yang ditakdirkan Allah itu semuanya manis. Hanya kitalah yang harus bijak menerima atau menolak. Hakikatnya berkata redha itu mudah, namun ia sulit dilaksanakan kecuali oleh insan yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.”

Tamat


Disediakan oleh,

Rusdi Hasbullah

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.