in

LoveLove

Apa Azam Pembacaan Anda Tahun Ini?

Kita telah melangkah ke tahun yang baru, tahun 2022. Sebagai pembaca, apakah azam yang kalian tanamkan dalam dunia pembacaan kalian? Nah, di sini saya kongsikan lapan azam pembacaan saya untuk tahun 2022.

Pertama, saya ingin memperbanyakkan membaca buku bukan fiksyen. Sebelum ini, saya banyak mengkhatamkan buku fiksyen berbanding bukan fiksyen. Buku-buku bukan fiksyen juga sebenarnya sangat penting untuk penambahbaikan diri sendiri. Jadi, saya mahu membaca buku-buku daripada penulis-penulis seperti Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Syaari Abdul Rahman, Cal Newport, Aiman Azlan dan lain-lain.

Seterusnya, saya juga ingin kurangkan membeli buku, sebaliknya tekun membaca buku-buku sedia ada agar semakin surut timbunan buku yang belum dibaca. Buku-buku yang saya mahu beli, hanyalah buku yang dibeli dengan niat, bukan semata-mata kerana trend atau populariti sesebuah buku.

Saya juga mahu aktif menyertai kumpulan-kumpulan diskusi buku seperti sesi membaca secara senyap anjuran Suri Membaca dan Book Haven Circle. Saya juga mahu aktif memberikan pendapat dalam Space bersama Jiwa di Twitter setiap Khamis berselang dua minggu. Selain itu, saya juga mahu menyertai kelas-kelas pembaikan diri yang dianjurkan penulis-penulis kegemaran seperti Aiman Azlan dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, baik percuma mahupun berbayar.

Saya juga mahu mengasah kemahiran bahasa Inggeris saya dengan memperbanyakkan bacaan buku bahasa Inggeris, tidak kira buku tempatan atau antarabangsa, dan tidak kira fiksyen mahupun bukan fiksyen. Antara buku yang saya mahu baca ialah Unshakeable-Aiman Azlan, Deep Work-Cal Newport, Self-Compassion-Kristen Neff dan Focus-Daniel Coleman. Bahkan pada hari artikel ini ditulis (sebelum 2022), saya sudah mula melaksanakan azam saya ini dengan membaca Will You Stay?-Norhafsah Hamid.

Begitulah serba sedikit azam yang saya pasakkan ke dalam diri berkaitan dunia pembacaan. Bagaimana pula dengan anda? Ayuh pasangkan azam dan cita-cita dalam dunia pembacaan agar 2022 tidak sia-sia dan berlalu begitu saja.

Disediakan oleh,

Norsyahirah Shahrir

MENGAPA ORANG MELAYU GEMARKAN PERISTIWA AJAIB DAN PELIK?

Maniskah Alam Rumah Tangga Itu?