Banyak kelebihan membaca bagi setiap individu, sayangnya tidak ramai yang boleh membaca secara konsisten, malah ada yang lebih teruk iaitu tidak menyentuh buku langsung, ada juga yang hanya menjadikan membaca sebagai hobi semata-mata. Sebenarnya tidak salah, tetapi lebih baik sekiranya amalan membaca ini bukanlah hanya sekadar suka-suki ketika masa lapang atau sekadar mencari maklumat penting pelajaran ataupun pekerjaan. Membaca buku seharusnya dijadikan suatu keperluan hidup dan rutin harian.

Sedar ataupun tidak, amalan membaca ini banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan, selain dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah, setiap individu yang gemar membaca juga mempunyai daya ingatan yang kuat dan tahap pemikiran yang matang, bergantung kepada pemilihan bahan bacaan yang mampu memberi impak positif kepada pembaca.

Jika difikirkan secara mendalam, pengaruh membaca kepada setiap individu ini sangatlah besar kerana bahan bacaan yang akan mempengaruhi peribadi dan pemikiran seseorang. 

Terdapat banyak kelebihan membaca tetapi tidak kurang juga kesan negatif jika tidak menapis bahan bacaan yang dibaca. Berikut antara enam kelebihan membaca buku:

  1. Menjadi sumber ilmu pengetahuan.Dengan membaca, anda akan mendapatkan pelbagai informasi sama ada untuk tujuan pembelajaran, penyelidikan ataupun pekerjaan dan juga dalam beribadah kepada Tuhan. Membaca dan memahami maksud zikir-zikir juga memerlukan ilmu sebelum diamalkan.
  2. Bertindak sebagai terapi bagi sesetengah individu yang menghadapi tekanan hidup dan beban perasaan yang tidak tertanggung. Kaedah ini dipanggil biblioterapi di mana menjadikan buku sebagai satu altenatif dan pendekatan buat individu yang menghadapi masalah kemurungan atau gangguan jiwa. 
  3. Mempelajari nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan.
  4. Memanfaatkan masa dengan sebaiknya, sama ada bagi suri rumah ataupun yang berkerjaya, jika pembahagian masa dapat diurus dengan baik, pasti amalan membaca ini menjadi satu keperluan, yang dapat dilakukan di mana-mana sahaja. 
  5. Mengeratkan hubungan, mencipta satu ruang komunikasi bagi pasangan suami isteri ataupun rakan-rakan untuk lebih saling memahami, lebih erat dan bertukar pandangan tertakluk kepada bahan bacaan semasa yang mungkin berkisar motivasi ataupun luahan rasa tentang ujian kehidupan.
  6. Menjadikan membaca sebagai satu platform memperbaiki diri, terutamanya bagi kaum wanita, sedikit sebanyak membaca dapat menghindari kaum wanita daripada menghibah sesama mereka. 

Semakin banyak pembacaan semakin banyak maklumat yang diperolehi, tetapi sebagai seorang pembaca, perlu juga mempunyai sikap berhati-hati dalam memilih bahan bacaan agar tidak dipengaruhi oleh fikrah-fikrah yang merosakkan pemikiran. Dengan itu pilihlah bacaan yang bersesuaian kepada diri dan keluarga. 

Semoga rutin membaca dapat diaplikasikan dalam keluarga dan masyarakat umum sebagai satu generasi intelektual di masa akan datang.

Disediakan oleh,

Aishah Nerina

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.