7. Makam Abu Ayyub Al-Ansari

Siapa tidak kenal dengan kisah sahabat nabi yang satu ini? Walaupun usia dah tua, tapi gagahkan diri untuk tetap pergi ke Constatinople demi membenarkan hadis nabi. Dengan wasiatnya agar beliau dikebumikan di Constatinople supaya beliau mendengar derapan kaki kuda tentera raja penakhluk yang dimaksudkan dalam hadis.

Makam Abu Ayub al-Ansari

Di dalam makamnya dipenuhi dengan orang sama ada tengah membaca quran atau pun berdoa. Kita tidak sempat hidup sezaman dengan baginda nabi. Apa yang kita mampu ialah menziarah makam nabi dan sahabat. Moga-moga terus bertambah kecintaan kita pada Rasulullah saw.

Bukan main besar dan cantik makam ini dihias. Agaknya jika sahabat nabi ini masih hidup, mesti beliau tidak suka dan mahu makam beliau dihias sebegini rupa. Yang menghias itu bukan atas permintaannya tetapi atas ihsan dan kasihnya umat nabi yang yang hidup zaman selepasnya.

Aku bukanlah hendak mengatakan perkara ini salah. Cumanya aku terfikir, benda macam ni takut-takut membawa kepada budaya tawasul (berdoa dengan meletakkan perantara dengan Allah) kepada si mati. Kan dah membahayakan akidah tu.

Tapi yang pastinya, Allah Maha Kaya, kawan. Janji Allah pasti benar. Memuliakan agama Allah, Allah pasti akan memuliakannya di dunia dan akhirat. Beratus-ratus tahun lamanya beliau telah meninggal, tetapi sehingga hari ini, umat islam mengetahui kisah dan mendoakan beliau.

8. Anjing

Pergi mana-mana anjing liar mesti bersepah merata ada. Walaupun liar tapi baik, takdalah sesuka hati nak menyalak atau kejar orang. Langsung tak kacau orang. Dan aku perasan jugaklah anjing liar kat sana mesti ada tag dekat telinga. Mungkin tanda untuk vaksin. Mungkin.

Teringat ada sekali tu ckawan aku non-muslim pernah bertanya;
“Kenapa pihak berkuasa tempatan di Malaysia akan bunuh anjing liar tetapi tidak kucing?”


Terdiam aku.

Please bear in your mind, yang bekerja di dalam PBT ni kebanyakannya adalah Melayu Islam. So, do you get the perception idea? Walaupun Islam melarang untuk membela anjing, tak bermaksud membenarkan kekejaman terhadap anjing.

Kalau kau rasa Turki adalah negara Islam yang sekular, tak perlu lah nak ikut negara mereka, kau perlu pergi ke Padang, Indonesia. Tanah kelahiran ulamak besar; Hamka. Di sana juga, anjing berkeliaran dengan baiknya.

Aku kira ini mungkin salah satu kesan daripada perbezaan mazhab. Islam di Turki mengguna pakai mazhab Hanafi yang menganggap hanya air liur anjing dianggap sebagai najis. Sebab itu mereka bebas mengusap bulu anjing.

Inilah tujuannya kembara. Memahami hakikat kita ini manusia yang diciptakan dengan pelbagai bangsa dan kaum. Betapa ilmu Tuhan itu terlalu luas untuk mengatakan ilmu aku sahajalah yang betul. Jikalau tak mahu raikan perbezaan, sekurang-kurangnya, kita raikanlah persamaan.

9. Diplomasi dan asimilasi budaya

Kembara di Turki umpama travel ke negara Eropah tetapi yang seronoknya untuk kita orang muslim; masjid dan makanan halal bersepah. Kalau kau pernah travel ke negara bukan Islam, memang sangat mencabar untuk 2 bab ini terutama ketika musim sejuk. Tapi tidak Turki, sebab itulah Turki umpama syurga. Bagi aku lah.

Istanbul, kota pertembungan Eropah dan Asia. Dari berabad lamanya lagi, Turki sering menjadi tumpuan, orang-orang Rom, Eropah, dan Asia kerana Turki juga sebahagian dari Laluan Sutera (The Silk Road). Sebab tu kalau perasaan makanan dan seni bina Turki banyak juga sebenarnya mempunyai pengaruh daripada negara-negara lain.

Aku tertarik dengan kisah sejarah Masjid Ulu Camii di Bursa. Satu-satunya masjid yang aku jumpa ada air pancut di tengah-tengah dalam masjid. Dan di situ dibolehkan untuk mengambil wudu’. Mengikut sejarah, tanah air pancut itu dahulunya adalah milik seorang Kristian. Dia enggan untuk melepaskan tanah itu untuk dijadikan masjid. Sehinggalah dia meninggal dunia, lalu anaknya memberikan tanah itu kepada sultan dengan syarat dijadikan sebagai tempat mengambil wudu’.

Dari sejarah ringkas ni, kitab oleh simpulkan yang waktu itu walaupun berbeza agama tetapi mereka hidup dalam keadaan harmoni. Kalau nak diikutkan, sebagai sultan mempunyai kuasa untuk mengambil tanah tersebut secara paksa. Tapi sultan tak buat macam tu. Walaupun Kristian tetapi haknya sebagai tuan tanah tetap dihormati.

8. Pelarian Syria

Lebih 3.58 juta pelarian Syria berada di Turki. Dan angka ini mungkin dah bertambah. Di Istanbul kau akan terjumpa merata-rata orang Syria ini meminta sedekah. Kerajaan Turki dikatakan telah memberikan bantuan elaun kepada mereka dan membenarkan mereka bekerja di dalam negara itu. Namun aku sangsi sejauh mana keberkesanan polisi kerajaan Turki sehinggakan masih ramai yang meminta sedekah. Ataupun attitude orang Syria sendiri. Aku tak tahu.

Terbaca di dalam buku “Anak Malaya di Republik Turki” oleh Thaqib Shaker. Walaupun pelarian ini dibenarkan bekerja namun, orang-orang Turki sendiri enggan untuk mengambil mereka bekerja disebabkan wujudnya jurang Bahasa. Dan wujud sahaja manusia yang mengambil kesempatan dengan tidak menyampaikan bantuan kepada pelarian-pelarian ini.

Ada satu malam tu di Istanbul, tengah aku berjalan hendak ke hotel, ternampak seorang budak lelaki dalam umur 8/9 tahun duduk menggigil di hadapan ATM menadah tangan. Budak tu hanyalah pakai sweatshirt dan sweatpants saja kot. Gila. Waktu tu suhu bawah 10 degree. Aku cari syiling yang boleh diberikan lalu aku berikan padanya. Sentuh tangannya. Sejuknya mak aih. Aku usap kepalanya. Kasihan anak ini, usia begini patut mendapat pendidikan bukannya mengemis tepi jalan. Walaupun kau tahu dia kat situ ada geng kumpulan dia yang lain, but to ignore them totally, it hurts me. And I wish I can help them more.

Kesimpulannya, dengan jejak kaki ke tanah yang pernah bersejarah hebat macam ni kan, kau akan rasa satu perasaan i’zzah dengan Islam. Betapa benarnya kegemilangan sejarah Islam suatu ketika dulu. Sebab tu kita kena faham sejarah. Kalau tak faham macam mana nak rasa semua ni?

Bila di Istanbul dan kau nampak pelancong bukan Islam, sememangnya aku tertanya-tanya, apa perasaan mereka bila melihat kesan-kesan sejarah Islam ni? Bagi kita muslim akan merasa semua ni dekat dengan kita. Tapi buat mereka? Seriously, I wonder.

Biarlah dengan kembara kita lebih melihat dunia ini sebenarnya sangat luas. Ilmu Tuhan itu juga sangat luas. Apa gunanya kalau rajin mengembara tetapi kita masihkekal manusia yang sama?

Begitulah kawan, moga dengan kembara membuatkan kita menambah syukur, makin rendah hati sujud menyembah, kuat berfikirdan seharusnya memaknai erti hidup pada yang memberi. Kembara membuatkan kita lebih berfikir akan kebesaran Tuhan dan mendekatkan kita pada Tuhan.

Banyak lagi bahagian Istanbul aku belum pergi. Termasuklah The Basilica Cistern, empangan air bawah tanah sejak zaman Byzantine. Padahal sebelah Hagia Sophia ja pun. Oh ya dan juga pekan kecil idaman hati, Amasya.

Dalam doa, Turki, aku akan datang lagi. Insya Allah.

Oleh: Hanis Hafizah

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.