Kini, ramai orang aktif menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui penulisan mahupun video di media sosial. Setiap isu yang berlaku, pasti akan ada orang yang memberikan kritikan dan pendapat secara peribadi di media sosial. Bukan sebuah kesalahan untuk meluahkan pendapat atau isi hati di media sosial dan negara kita mengamalkan dasar kebebasan bersuara. Hal ini demikian kerana kita adalah manusia yang mempunyai perasaan untuk dijelaskan.

Namun, tabiat mengkritik secara terbuka dan mengaibkan seseorang sudah menjadi gaya hidup masyarakat Malaysia. Kritikan yang melulu akan memberi kesan jangka yang panjang kepada individu yang dituju.

Adab dan adat orang Timur adalah menegur dalam kiasan iaitu berlapik setiap tutur bicara. Orang-orang lama hebat dalam bermadah pujangga untuk mengkritik. Pantun, syair dan gurindam dijadikan sebagai medium untuk memberikan nasihat, menegur dan mengkritik tanpa mengguris hati dan perasaan mereka yang mendengarnya. Menggunakan bahasa yang betul dan manis tutur kata sebenarnya lebih berkesan untuk diterima oleh pendengar.

Belajarlah adab dalam berbicara dan mengkritik sesuatu isu. Sesungguhnya, menegur kesilapan orang lain adalah sesuatu perkara yang baik dan digalakkan. Memberikan pendapat dan pandangan juga adalah satu keperluan dalam membetulkan sesuatu perkara tetapi perlu cara dan kaedah yang betul dan berhikmah.

Dan setiap agama juga mengajarkan penganutnya untuk menjaga aib setiap orang dan menegur dengan yang sopan dan tidak menjatuhkan air muka orang lain.

“Maka kamu katakan kepadanya kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia beringat (sedar) atau takut (kepada Tuhan)” surah Taha ayat 44

Kesimpulannya, kita perlulah menggunakan bahasa yang sopan dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, pandangan mahupun kritikan supaya kata-kata yang dituju itu lekat di hati bukan mengundang dendam dalam diri.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa”

Disediakan oleh,

Nazrul Aziz,

Kuala Lumpur.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.