in

Pesanan Sebelum Berakhirnya Ramadan

Hasan Al-Bashri berkata “Berbuat baiklah di sisa-sisa ramadan nescaya diampuni (kesalahanmu) yang berlalu, maka manfaatkanlah hari-hari yang tersisa, kerana anda tidak tahu kapan bisa meraih Rahmat Allah. (Hilyah Auliyah 11837)

Istiqamah dalam amal soleh akan meraih kebaikan dunia dan akhirat. Berbaki dua hari sahaja lagi untuk kita berjuang mengejar pengakhiran yang baik. Perbanyakkan berdoa dan beribadah, sesungguhnya taubat dan kesedaran hanya satu peringkat kehidupan. Jangan disia-siakan peluang keemasan yang diberikan Allah Ta’ala.

“(Mereka berdoa dengan berkata), ‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya” (Ali imran 3 : 8 )

Bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan kian menutup tirainya, semoga setiap amal kebaikan dan ibadah tidak menjadi sia-sia seperti debu berterbangan. Peliharalah lisan, mata dan hati daripada perkara yang menghapus pahala kebaikan yang sudah bertungkus lumus kita kumpulkan. 

“sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya” (HR Bukhari : 6607)

Semoga kursus intensif Ramadan yang diberikan Allah taala ini memberi banyak pengajaran dan pembelajaran baharu dalam menambah baik jati diri seorang muslim sejati. Semoga istiqamah dalam kebaikkan dan berusaha menjadi lebih baik pada hari-hari mendatang. Insya-Allah.

Disediakan oleh,

Aishah Nerina


Hantar karya anda di emel [email protected]

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Berlelahlah di Dunia Ini dan Bersenanglah di Akhirat Kelak

Catatan 30 Ramadan 1442 H: Kita Dan Palestin