Hanya tersisa berapa hari lagi sebelum Ramadan menutup tirainya. Pada penghujung bulan yang mulia ini, pasti ramai orang Islam sedang mempertingkatkan amal ibadah untuk memburu laitatul qadar (malam seribu bulan). Selain mendirikan solat-solat sunnat dan berzikir, pasti ramai sedang berusaha mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh sebulan ini.

Suasana sebegini hanya terjadi pada bulan Ramadan. Tekad dan usaha sebahagian orang Islam berlipat ganda apabila memasuki bulan Ramadan dengan mengurangkan aktiviti kebiasaan dan fokus beribadah pada bulan penuh berkah ini. 

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)

Di malaysia, aktiviti tadarus Al-Quran begitu giat dijalankan ketika bulan Ramadan. Masjid atau surau bahkan pusat-pusat tahfiz hidup dengan aktiviti tadarus al Quran. Malahan stesen televisyen dan radio juga turut penuh dengan siaran program al-Quran.

Suasana yang pasti dirindui kita kerana sudah dua tahun umat seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Masih yang belum diketahui penghujungnya. Walau bagaimanapun, norma baharu tidak menghalang umat Islam beribadah dan beramal kebaikan ketika bulan Ramadan.

Abdullah bin ‘Amr  berkata,  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, “Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca” (Hadis diriwayatkan Abu Daud at-Tirmizi dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan)

Setiap individu memperuntukkan waktu tersendiri bersama Al-Quran. Ada sebahagian orang membaca al Quran setiap kali selepas solat fardu dan ada juga yang membaca hanya pada sepertiga malam. Bahkan ada yang membaca seminggu sekali, mungkin juga ada yang masih merangkak-rangkak. Usah bimbang dan teruskan usaha membaca dan mempelajari al Quran dan jangan berhenti berusaha.

Ulama ada menyatakan bahawa golongan ini akan mendapat dua pahala kebaikan iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi pahala untuk kesusahannya  ketika membaca.

Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Shahih Bukhari dan Muslim)

Jadilah muslim yang menjadikan al-Quran sebagai teman karib kerana di dalam al Quran itu terdapat petunjuk daripada Allah SWT iaitu perintah, larangan, khabar gembira dan sejarah umat terdahulu yang menjadi tauladan dan pengajaran kepada setiap umat manusia.

Percayalah, jiwa orang yang sentiasa berdampingan dengan al-Quran akan sentiasa tenang dan lapang.

Disediakan oleh,

Aishah Nerina


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

-1 Points
Upvote Downvote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.