Ketika melihat tajuk buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir, hati ini tertanya-tanya:

Apakah kertas yang dimaksudkan?

Adakah kertas ini boleh merubah fikiran ini?

Tanpa berfikir panjang, buku ini terus dimasukkan ke dalam troli pembelian. Buku Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir merupakan edisi kemas kini pada tahun 2021.

Seorang editor pernah berkata, perkara paling utama yang perlu dilakukan sebelum menulis adalah membaca. Setiap kali saya bertanya kepada editor berkenaan mencari idea, ketandusan idea dan perkara-perkara berkaitan penulisan, jawapan beliau tetap sama iaitu MEMBACA.

Apabila membaca buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir, perkara yang sama diulang oleh penulis-penulis di dalam buku ini iaitu membaca adalah kunci utama untuk menulis.

Setiap penulis berkongsi kisah mereka mula terjerumus ke dalam dunia penulisan apabila mereka mula didedahkan dengan makalah-makalah yang mengandungi penulisan yang indah-indah secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka telah didedahkan dengan pembacaan buku pelbagai genre sejak awal dan akhirnya sedikit demi sedikit timbul minat untuk mengarang sebuah wacana atau buku.

Menariknya buku ini kerana kisah-kisah para penulis begitu dekat dengan pembaca seperti kisah ahli keluarga, sahabat handai, kisah zaman kanak-kanak dan kisah zaman persekolahan atau universiti. Kisah-kisah penulis hampir sama dengan kisah yang dilalui pembaca namun yang membezakannya adalah sang penulis berjaya mencoretkan kisah hidup mereka untuk dijadikan inspirasi kepada pembaca.

Tatkala menyelak halaman demi halaman buku ini, terimbau segala kenangan seumpama menyelak perjalanan hidup sewaktu kecil dahulu. Terima kasih para penulis kerana membawa para pembaca pada kenangan dahulu.

Selain itu, buku ini juga memberikan sebuah kekuatan lain dan semangat untuk membaca. Melalui pembacaan, semangat dan kekuatan akan wujud di dalam diri. Kisah-kisah yang dibaca akhirnya memberikan sebuah harapan baharu bahawa pasti ada hikmah di dalam setiap hal yang berlaku.

Hal ini telah diceritakan di dalam bab empat yang bertajuk Kertas-kertas Peneman Suri. Melalui pembacaan, suri yang menabur jasa untuk “rumah” kembali bangkit dan bersemangat setiap kali membaca buku. Buku menjadi sebuah peneman dalam setiap perasaan dan masa yang ada.

Sesungguhnya, buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir bukan sekadar sebuah buku. Terdapat “perpustakaan” yang terkandung di dalam buku ini. Buku yang tidak lokek untuk menceritakan kebaikan dan kelebihan buku-buku lain. Apabila membaca buku ini, kita akan tertarik untuk membaca buku-buku lain kerana terkesan dengan kisah-kisah yang diceritakan oleh para penulis.

Kisah-kisah lain yang ada dalam empat bahagian buku ini, silalah tuan bacanya dengan hati yang lapang. Selamat membaca!

Disediakan oleh,

Nazrul Aziz

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.