in

Pengakhiran Hidup Sabariah dan Pulai adalah Mesej Untuk Masyarakat

Menariknya buku ini adalah satu-satunya karya Hamka dalam bahasa Minang, edisi yang dikeluarkan oleh Jejak Tarbiah ini turut dilampirkan bersama teks asal bahasa Minang di bahagian belakang buku.

Meskipun merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan yang masyhur dengan adat perpatih yang berasal dari adat alam Minangkabau, bahasa Minang tetap juga menjadi bahasa yang sangat asing buat anak-anak kelahiran Negeri Sembilan. Setelah diteliti gaya percakapan orang Noghoei masa kini dengan bahasa Minang yang dilampirkan dalam buku ini, kita akan dapati bahasa Noghoei yang digunakan pada hari ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh peninggalan Bahasa Minang yang digunakan alam Minangkabau suatu ketika dahulu.

Besar jasa Tim Jejak Tarbiah dalam menjejaki naskhah asal Si Sabariah ini serta memudahkan para pembaca untuk memahami mesej yang disampaikan Hamka di dalam kisah ini, khabarnya proses suntingan dan alih bahasa memakan masa yang panjang kerana naskhah asalnya dalam Bahasa Minang.

Penamat kisah hidup Si Sabariah dan suaminya Si Pulai tidak seperti indahnya kisah Cinderella ataupun drama pukul 7 petang. Happy ending belaka.

Sepertimana yang digambarkan oleh Puan Saadiah Ali iaitu CEO Jejak Tarbiah, benarlah kisah ini merupakan kisah kemanusiaan, kisah yang membangun nilai kemasyarakatan. Tidak semata berkisar tentang indah atau sukarnya hidup sepasang suami isteri ini dalam meniti kehidupan, malah lebih berkisar tentang nilai masyarakat yang semakin pudar, dek kerana perjuangan adat yang tidak berkesudahan.

 Tiga Ringgit tengah delapan, 

            Sebulan tiga puluh hari,

 Yang sama ada dimakan,

             Yang tidak sama dicari.

Adat orang pergi berdagang adat ada untung dan rugi. Si Sabariah tetap sabar menanti kepulangan suami yang jauh pergi berdagang, meski khabar beritanya tidak kunjung datang. Adat pedagang pula tidak pulang selagi tidak ada untung dibawa pulang, terus membawa diri berdagang di tempat orang.

Hingga akhirnya rumah tangga menjadi pertaruhan dek kerana kesusahan hidup yang berpanjangan mendesak Si Pulai kembali ke tempat asal. Cukuplah jawapan si isteri menjadi bukti kesetiaan :

“Selama dalam pergaulan, bertemu sakit dan senang, bertemu laba dan rugi, hidup seia muafakat. Hidup ibarat di laut, menempuh pulau keselamatan. Yang seorang tegak di kemudi, yang seorang berdiri di haluan.”

“Kita menolongnya dengan doa, dia kerja dengan usaha. Takdir Allah yang menyudahinya.”

“Sudah banyak bisik dan desus. Sudah banyak umpat dan fitnah. Adat benar dalam nigari, malu tidak dapat diagih, suku tidak dapat dianjak. Serumah orang bercerai, sekaum jadi musuhnya.”

“Hal yang kurang mari kita cari, jangan yang ada dibuangkan”

Begitulah teguhnya pendirian si Sabariah mempertahankan keutuhan rumah tangganya. Benar atau tidak tindakan Si Pulai di akhir penceritaan menjadi persoalan, tetapi niatnya hanya ingin membangkitkan kesedaran masyarakat di sekitarnya.

Mahu tahu apa kesudahan dan mesej yang ingin disampaikan Si Pulai di akhir penceritaan?

Ayuh dapatkan naskhah ini sekarang dari laman sesawang https://www.jtbooks.my/ dan mana-mana ejen berdaftar Jejak Tarbiah.

Klik gambar untuk beli buku!

Disediakan oleh,

Najwa Shukri

Semudah Salin dan Tampal

Pendakwah Muslimah Mesti Dedahkan Diri?