Kisah “orang besar” yang meluluskan pinjaman kepada syarikat yang tidak wujud yang terjadi di sebuah bank menganggu fikiran saya. Baru sahaja saya terbaca berita berkenaan beberapa orang pegawai bank ditangkap kerana tuduhan menerima rasuah meluluskan pinjaman di bank mereka.

Dalam fikiran saya cuma satu iaitu kisah rompakan bank di dalam buku Orang-Orang Biasa karya Andrea Hirata yang belum selesai saya baca. Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam kepala, lalu saya mencapai buku tersebut dan menyambung baca. 

Sedari awal, saya kira saya garap dengan baik setiap mesej utama yang penulis ingin sampaikan di dalam buku ini. Dari kisah Cikgu Akhiruddin yang kembali bersemangat kerana ada yang mengiktiraf peranannya, dan meraikan bakatnya yang akhirnya membuat kewujudannya sebagai seniman mampu memberi makna. Babak itu mendorong saya untuk meneruskan bacaan.

Selesai sahaja buku itu dibaca sekitar jam 11.55 malam, saya terus mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej kepada kakak yang menghadiahkan buku ini sempena ulang tahun saya yang ke-25. 

“Akak, kenapa akak hadiahkan saya buku ini ya?”

“Baik, mari kita jalankan resensi buku. Apa yang awak dapat?”

“Saya kira mesej utama yang penulis ingin sampaikan ialah tentang makna kehidupan. Manusia, apabila mereka mengetahui sebab-musabab kewujudan mereka, punya visi dan misi kehidupan, merasa mereka berguna kepada orang lain, di situlah menjadi pendorong mereka melakukan sesuatu. Besar atau kecil, bukan ukuran. Tapi tujuan, ya tujuan hidup yang akan membuatkan seseorang itu merasa diri bermakna.

“Babak kecil (sebenarnya besar dalam rantaian kisah novel ini) tentang Cikgu Akhiruddin saat dia menerima beribu topeng monyet utk digunakan saat perarakan itu membuat saya sangat tersentuh. Saya faham benar perasaan itu, akak. Faham benar.” 

“Tentang Orang-Orang Biasa (OOB), saya masih cuba untuk menggarap mesej yang penulis ingin sampaikan. Adakah penulis cuba sampaikan bahawa dengan menjadi OOB juga kita boleh berperanan? Sepuluh sekawan dalam cerita ini di potretkan dengan “sangat bodoh” bagi saya, sehingga dalam babak rompakan itu saya tertanya-tanya, adakah babak ini cuma mimpi?”

“Ternyata tidak. Dan ternyata, mereka tidaklah sebodoh itu. Dan dengan ketidak-bodohan mereka itu, mereka berjaya mencapai sesuatu yang besar walaupun secara etikanya salah, iaitu mereka telah berjaya merompak! Dan rompakan itu bukan sahaja memberi mereka pulangan yang lumayan, tapi telah berjaya memberi makna yang besar dalam kehidupan mereka tiap satunya. Peristiwa besar itu telah berjaya memberi mereka peluang untuk berperanan dengan sehabis mungkin.”

“Manakan tidak, asbab “kejayaan” mereka merompak itu, ia memberi rasa percaya diri kepada Salud yang dari awal cerita direndah-rendahkan kerana wajahnya yang buruk!”

Kakak ini mula menaip balasan. Jam di skrin telefon menunjukkan hari telah berganti.

12.05 pagi.

“Bagus. Benar sekali apa yang ditulis. Tahniah.”

“Kita bercakap tentang manfaat kita kepada orang lain – Nafiu’n lighairihi. Masih ingat sepuluh muwasafat tarbiyah?”

“Bila akak tengok awak, akak nampak diri akak juga. Apa yang akak nampak? Kita sama, kita nak jadi bermanfaat untuk orang lain, kita nak hidup untuk Allah dan orang lain. Betul? Itu sebab kamu memutuskan untuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana bukan? Untuk menjadi pakar dan akhirnya menyumbang kepada masyarakat. Benarkan?”

Hati saya mula luluh. Air mata mula bergenang. Terbayang detik-detik saya hilang tujuan hidup dalam kesibukan yang maha dahsyat dan suasana belajar yang seakan tidak membantu semester lepas.

“Tapi hakikatnya kita orang-orang biasa, awak. Kadang, kita juga berasa penat. Kita rasa apa yang kita buat ini hanya untuk  diri sendiri. Kadang kita persoal, benarkah kita buat semua ini untuk umat, atau sekadar memenuhi ekspetasi manusia, dan mendapat pengiktirafan orang sekeliling. Banyak persoalan yang mula timbul dalam perjalanan kita “menjadi manfaat ini”.

Air mata saya mula jatuh. 

“Tapi awak, percayalah. Kadang-kadang hal sekecil apapun yang Allah detikkan kita untuk lakukan, barangkali Allah izinkan ia untuk menyentuh hati seseorang dengan jalan yang tak disangka-sangka. Tidak salah menjadi orang orang biasa. Kita tetap boleh menyumbang juga”.

Usai perbualan panjang kami malam itu, saya masih “merasa” perasaan Cikgu Akhiruddin yang terasa diraikan apabila bakatnya diiktiraf. Saya teringat satu momen kawan saya bertanya tentang kad kredit Islamik dan hal-hal berkaitan kadar bunga yang ditetapkan oleh bank. Usai menjawab soalan daripada teman saya itu saya katakan kepadanya sambil berseloroh tetapi benar-benar memaknainya,

“Terima kasih ya tanya soalan pada aku. Aku rasa berguna”.

Namun malam tadi tidak berakhir juga dengan terlerai nya soalan tentang mesej yang ingin disampaikan penulis dalam karya Orang-Orang Biasa, tapi menimbulkan persoalan lainnya,

“Bagaimana saya perlu bezakan antara menjadi orang-orang biasa, dan keinginan mencapai mimpi-mimpi saya lalu berusaha menterjemahkan ia dalam rancangan dan usaha jangka panjang saya?”

Saya bangun keesokan paginya seperti biasa, dan persoalan itu tetap saya tidak mampu jawab.

“Mimpi adalah sumber harapan buat orang-orang biasa seperti kita membangunkan hidup”.

“Hari paling penting dan paling bahagia dalam hidup manusia adalah hari ketika dia tahu alasan dia dilahirkan ke muka bumi ini “ (ms 105). 

-Andrea Hirata-

Disediakan oleh,

Izzati Ismail

Pelajar Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam,

12/06/2021, 2.40pm.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.