Lailatul Qadar  (ليلة القدر) merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatul Qadr bermaksud Malam al-Qadr. Sesungguhnya,  Allah SWT mengabadikan malam yang terbaik itu di dalam surah al-Qadr (سورة القدر). Allah SWT menyatakan di dalam surah : 

“ Malam al-Qadar (Lailatul Qadar) itu lebih baik daripada seribu bulan.”

(Surah al-Qadr : 3 )

Di dalam tafsir Ibn Katsir, Ibn Katsir mentafsirkan bahawa surah al-Qadr diturunkan pada malam ‘Lailatul Qadar’ itu sendiri. Diriwayatkan oleh Mujahid bahawasannya Rasulullah SAW menceritakan kepada mereka, bahawa suatu masa terdapat seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel yang memikul senjata untuk jihad fi sabilillah selama seribu bulan. Cerita tersebut amat mengagumkan kaum muslimin. Kemudian, Allah SWT menurunkan surah al-Qadar. Di dalamnya dinyatakan bahawa beribadah pada satu malam tersebut (Lailatul Qadar) lebih baik daripada seribu bulan. ( HR Ibnu Hatim )

Mujahid menjelaskan bahawa seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang sentiasa bangun malam untuk beribadat, pada siang hari pula dia keluar untuk berjihad fi sabilillah. Perkara tersebut dilakukannya selama seribu bulan. Maka, Allah SWT telah menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan bahawa bangun untuk beribadah pada malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan. ( Tafsir Ibn Katsir )

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawasannya Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadar ( untuk solat atau berzikir ) dengan hati yang ikhlas dan terdorong oleh iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” ( HR Bukhari & Muslim)

 

Di dalam riwayat yang lain juga menyebutkan bahawa : “ Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan ( kepada Allah SWT), maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” ( HR Bukhari & Muslim )

Bilakah malam Lailatul Qadar? Adakah terdapat dalil yang menjelaskan waktu malam Lailatul Qadar akan muncul? . Jawapannya : Tidak ada satu pun dalil yang menerangkan dengan terperinci tentang waktu munculnya malam Lailatul Qadar. Namun, Nabi Muhammad SAW telah memberikan Irsyad ( petunjuk ) kepada kita semua berkenaan dengan malam Lailatul Qadar.

Di riwayatkan di dalam sebuah kisah daripada hadith yang sahih daripada Ubadah bin as-Sammit RA, katanya, “ Suatu malam Rasulullah SAW keluar untuk menyampaikan perkhabaran kepada kami tentang malam Lailatul Qadar, tiba-tiba dua orang dalam kalangan kami bertengkar, kemudian pengetahuan berkenaan dengan malam Lailatul Qadar tersebut diangkat oleh Allah SWT daripada pengetahuan Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW : ‘ Semoga akan menjadi kebaikan untuk kamu kerana kamu akan mencari malam Lailatul Qadar pada 29 – 27 – 25’ .” ( HR Bukhari )

Di riwayatkan pula oleh Ummul Mukminin, Aisyah RA bahawa : “ Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : ‘Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan’ .” ( HR Bukhari & Muslim )

Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang terbaik daripada seribu bulan. Maka, pasti permintaan pada malam tersebut tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang berdoa pada malam tersebut. Daripada Ummu Abdullah, Aisyah RA, beliau Radiyyallahu ‘anha pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW. “ ‘Sekiranya aku mendapati malam Lailatul Qadar, maka apakah yang sebaiknya aku berdoa’. Nabi Muhammad SAW menjawab : ‘ Bacalah Allahhumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fuanni  (اللهم أنك عفون تحب العفو فاعف عني) yang maksudnya : Ya Allah ! Engkaulah Maha Pengampun, maka ampunilah aku.” ( HR Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasa’ie, Ibn Majah )

Keberkatan malam Lailatul Qadar itu diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sehingga terbitnya waktu fajar (Subuh), Selamat sejahtera ( malam itu ) sehingga terbit fajar.” ( Surah al-Qadr : 5 ). Oleh itu, amat rugilah bagi sesiapa yang tidak bersungguh-sungguh beribadah pada malam tersebut. Sesungguhnya, kita tidak mengetahui adakah kita dapat bertemu semula dengan bulan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar pada masa akan datang. Semoga Allah SWT memberi rezeki kepada kita untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang dalam masa yang sama kita juga beribdah kepada Allah SWT dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu. Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Maka, marilah bersama-sama memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada sepuluh malam terakhir kerana terdapat Irsyad yang kuat daripada Nabi Muhammad SAW. Sekiranya kita beribadat secara biasa pada malam-malam sebelum sepuluh malam yang terakhir, maka marilah kita beribadat secara luar biasa pula pada sepuluh malam yang terakhir. Insha-Allah.

-Muhammad Hamzani al-Kanowiti

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.