“Asas sebuah keluarga adalah keadilan, lebihnya menjadi ihsan dan jika kurang, menjadi kezaliman”.

Ustazah Siti Maryam Hasni, Book Review Dreamteam Tadabbur Centre

Itulah antara isi penting yang dapat disimpulkan dalam perbahasan mengenai tajuk ini di dalam buku Al-Usrah Fil Quran karya Dr Farid Shukri (Morocco). Seringkali ketika berbagi-bagi melakukan kerja-kerja rumah sesama ahli keluarga, adakalanya kita akan berkira-kira untuk melebihi orang lain dalam melakukan kerja-kerja rumah tersebut,

“Aku dah basuh pinggan, orang lain pula la masak”

“Aku dah lipat baju, yang lain pula la sidai baju”

“Aku dah penat kerja, biarlah orang lain uruskan hal-hal rumah”

Keadilan menjadi asas kehidupan tatkala kita bertanggungjawab menunaikan sebaiknya kewajipan kita manakala setiap yang lainnya bertanggungjawab menunaikan kewajipan masing-masing.

Ulasan ustazah mengajarkanku untuk kita berbuat lebih daripada peringkat keadilan (عدلٌ) untuk kita sampai kepada peringkat melakukan ihsan (فضلٌ). Hal ini kerana, rumah tangga tidak cukup untuk dibina di atas dasar keadilan semata-mata, bahkan perlu dibina atas dasar ihsan.

Jika sudah melazimi pada peringkat ihsan (berbuat lebih), andai kata berlaku sebarang perselisihan atau masalah, tidak akan terus jatuh pada peringkat zalim (meninggalkan tanggungjawab), bahkan akan kembali pada dasar keadilan yang menjadi asas kepada kehidupan berumah tangga yakni berterusan bertanggungjawab menunaikan kewajipan masing-masing.

Rumah tangga itu umpama seekor burung yang mempunyai dua sayap iaitu sayap keadilan (عدلٌ) dan sayap ihsan (فضلٌ).

Dua sayap ini berfungsi untuk membantu burung tersebut agar boleh terbang dengan seimbang, jika salah satunya cedera, patah atau hilang, burung tidak lagi boleh terbang kerana hilang salah satu sayapnya yang memberikannya keupayaan untuk terbang.

Begitu juga dengan kehidupan berumah tangga, jika hilang dua sifat adil dan ihsan ini, rumah tangga akan hilang fungsinya. Rumah tangga tidak akan mampu terbang jauh, jauh untuk menebar lebih lagi manfaat kepada yang lainnya, hanya berkisar pada dalaman rumah tangga sahaja kerana sayapnya tidak kuat atau hilang. (hilang fungsinya). 

Oleh itu, rumah tangga sewajarnya dihiasi dengan sayap keadilan (عدلٌ) yang sifatnya seperti tanah :

  1. Tanah yang kukuh dan kuat untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi dan kukuh
  2. Tanah yang sifatnya seperti span iaitu untuk menyerap segala kesan-kesan hentakan emosi, perbalahan, perselisihan dan segala masalah yang berlaku di dalam sesebuah keluarga.

Dan juga diwarnai dengan sayap ihsan (فضلٌ) yang diumpamakan seperti sebuah ruang yang luas, yang boleh dibina diatasnya segala bentuk binaan, agar lebih ramai lagi boleh menuai dan mengambil manfaat daripada sebuah ruang yang luas itu.

Satu sisi pandang baru yang membuka fikiran untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, tidaklah dijadikan dunia itu melainkan hanya persinggahan iaitu persinggahan menuju kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi.

مهما ذُقنا .. مِن لذّتها

و مرارتها .. فغداً تُنسى

ما الدنيا إلا دارُ عُبورْ .. ما فيها يَبلى و يَبورْ

يا ربي فلا تَفتِنّا

جنّة جنّة هذا ما أتمنّى

“Tidak peduli seberapa banyak kita merasai kemanisannya,

Dan juga kepahitannya, Maka esok hari segalanya akan dilupakan

Tidaklah dunia itu hanya tempat persinggahan,

Semua di dalamnya akan layu dan pergi

Wahai Tuhan kami, jangan binasakan kami

Jannah, Jannah hanya itu yang kami dambakan !

Jemput tonton!

https://fb.watch/3Yc0s30-so/

Disediakan oleh,

Najwa Shukri

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.