in

CryCry AngryAngry LoveLove OMGOMG

Congo Sedang Berdarah!

Ketika dunia tertumpu kepada isu pandemik Covid 19, tahukah anda saat ini Republik Demokratik Congo sedang berdepan dengan kehancuran, kemusnahan dan pembunuhan secara senyap?

Hampir 40 ribu kanak-kanak dikerah bekerja di lombong, 48 wanita dkatakan dirogol setiap jam dan ramai lagi terpaksa melarikan diri. Namun, dunia seolah-olah membutakan mata mengenai hal ini.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Untuk pengetahuan semua, sejak tahun 1996 lagi, jutaan rakyat Congo dibunuh atas dasar eksploitasi sumber mineral untuk dimanfaatkan oleh dunia barat. Congo merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil mineral seperti emas, berlian, tembaga, kobalt, tin, uranium, coltan dan banyak lagi mineral bumi yang berharga.

WhatsApp Image 2020-10-25 at 13.49.24 (2)

Congo memiliki 64% daripada coltan yang terdapat di bumi iaitu yang terbanyak di dunia. Coltan diperlukan sebagai bahan penting dalam pembikinan barangan elektronik moden seperti Iphone, Ipad, laptop, komputer, mesin cetak, enjin jet dan banyak lagi.

Pada tahun 1946, Akta Simpanan Stok Mineral Strategik telah diluluskan untuk mendapatkan dan meyimpan stok kobalt. Dengan kawasan penyimpanan hasil bumi kobalt terbesar di dunia, Congo telah menjadi sasaran. Kobalt dikatakan menjadi bahan penting yang diperlukan untuk pembangunan industri aeroangkasa, ketenteraan dan pertahanan.

Memandangkan Amerika Syarikat dan United Kingdom menyediakan bantuan kewangan dan ketenteraan kepada negara seperti Rwanda dan Uganda, negara-negara jiran ini telah merampas hasil bumi Congo yang menyebabkan angka kematian di sana kian hari kian bertambah.

Merujuk empat buah penyelidikan oleh United Nations, mereka menyatakan bahawa syarikat-syarikat gergasi yang mengeksploit coltan di Congo merupakan enjin penggerak utama kepada konflik berdarah yang berlaku di Congo kini.

Ketika dunia sedang menikmati manfaat daripada hasil bumi Congo, jutaan rakyatnya terus dibunuh. Lelaki, wanita dan kanak-kanak dibunuh, diseksa, didera, dibiar kelaparan dan dirogol.

Pada tahun 2010, terdapat sebuah laporan daripada United Nations telah membocorkan jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berskala besar oleh sekumpulan warga Rwanda. Namun begitu, sangat sedikit sekali liputan media mengenai hal ini. Yang hanya dipamerkan di media adalah mengenai kumpulan pemberontak yang melakukan kekejaman terhadap penduduk Congo.

WhatsApp Image 2020-10-25 at 13.49.24

Tiada laporan mengenai dana, latihan dan peralatan ketenteraan puak pemberontak ini oleh kerajaan luar. Tiada langsung kenyataan mengenai penglibatan organisasi atau perbadanan luar mengenai kejadian yang berlaku di Congo ini!

Kita perlu bertindak dengan menyebarkan kesedaran antaranya melalui penggunaan tanda pagar (#congoisbleeding), melakukan penyelidikan mengenai krisis di Congo, libatkan diri dalam perbincangan hal ini untuk menyedarkan orang lain, tunjukkan sokongan dan gunakan platform media sosial anda untuk memberi kesedaran mengenai konflik ini.

Sebagai rakyat Malaysia ayuh tunjukkan solidariti kepada saudara kita di Congo, yang ditindas dan dieksploitasi oleh tangan-tangan jahat yang tidak berperikemanusiaan. 

#congoisbleeding

Disediakan oleh,

Nadiatul Nabilah

Hamka Berbicara Perihal Rumah Tangga Melalui Novel Si Sabariah

Diselamatkan Oleh Pekerja Ladang Kelapa Sawit