“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” [Surah al-Qamar 40]

Merujuk ayat di atas, ulama mufassirin menerangkan bahawa al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT telah dimudahkan lafaz untuk dibaca serta dihafal.

Seperti yang dinyatakan dalam kitab Tafsir Muyassar,

“Sungguh Kami telah memudahkan lafaz al-Quran untuk dibaca dan dihafal, serta memudahkan makna-maknanya untuk difahami dan direnungkan bagi sesiapa yang ingin memahami dan mengambil pelajaran“.

Dan disebutkan juga dalam Tafsir Fi Zilal karangan Syed Qutb,

“Al-Quran merupakan pemberi amaran azab yang amat benar. al-Quran sentiasa hadir, mudah dibaca dan difahami. la mempunyai daya tarikan untuk dibaca dan diambil pengajaran. Ia juga mempunyai daya tarikan kerana kebenarannya dan kemudahannya untuk difahami dan daya tarikan kerana kesesuainnya dengan fitrah manusia. Keajaiban al-Quran tidak akan pernah hilang dan tidak akan buruk serta lusuh disebabkan banyak dibaca dan diulang-ulang”.

Jika diperhatikan, sebenarnya ayat ini diulang sebanyak empat kali dengan kalimah yang sama di dalam surah yang sama (Surah al-Qamar), iaitu ayat 17, 22, 32 dan 40. Benarlah bahawa al-Quran ini sebuah kemudahan, kebenaran serta sebaik-baik pelajaran.

Terdapat banyak kisah di dalam al-Quran tentang kaum-kaum yang mendustakan kebenaran, melanggar perintah Allah SWT dan  lain-lain. Oleh itu, serta-merta Allah menurunkan azab kepada mereka asbab perbuatan mereka yang mendustakan kebenaran dan tidak mengambil pengajaran.

Akan tetapi, masih terdapat orang islam ataupun kita sendiri tidak mengambil manfaat daripada pelajaran serta kemudahan yang dibentangkan. Sungguh, kemudahan tersebut tidak akan  sesekali berguna dan bermanfaat seandainya kita sendiri tidak mahu membaca, menghafal, mengkaji dan mempelajarinya.

Oleh itu, didiklah diri untuk memahami isi kandungan di dalam al-Quran kerana al-Quran memudahkan untuk beramal seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca Quran, belajar dan mengamalkannya, maka dipakaikan pada hari kiamat kepada kedua orang tuanya mahkota dari cahaya. Cahayanya seperti pancaran cahaya matahari. Dipakaikan dua gelang untuk orang tuanya dimana nilainya tidak dapat dibandingkan dengan dunia dan seisinya. Keduanya berkata: “Kenapa kita dipakaikan ini? Dikatakan kepadanya: “Kerana kedua anak anda mengambil (pengajaran) dari al-Quran” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Konklusinya, teruskanlah untuk belajar al-Quran dengan penuh kesungguhan dan mengkaji segala isi kandungannya. Sebelum kita memasuki bulan diturunkan al-Quran, sebaik-baiknya menyelami terlebih dahulu dengan kisah dan pelajaran-pelajaran di dalam al-Quran. Semoga Allah SWT memberi kita istiqamah dalam beramal dan memahami segala intipati al Quran.

Disediakan oleh,

Anwar Shahir


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.