Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat ramai tokoh wanita yang sama-sama berjuang dan membenarkan risalah yang dibawa Baginda SAW. Namun, sangat sedikit kisah mereka didendangkan kepada khalayak ramai.

Pada tahun ke-9 Hijrah, Ummul Mukminin Khadijah telah pulang ke rahmatullah dan Rasulullah SAW sangat sedih atas kepergian isteri tercinta yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan Baginda SAW. Apabila khadijah wafat, beliau ‘meninggalkan’ seorang wanita yang setia menjaga Nabi SAW. Seorang wanita yang mempunyai kelembutan, kepandaian, kehormatan dan kedudukan yang melebihi wanita lain. 

Seorang wanita yang dikenali sebagai wanita penolong agama Allah, sekaligus pendamping setia dalam perjuangan Rasulullah SAW. Dia ialah Fatimah binti Asad. Beliau merupakan isteri kepada Abu Talib bin Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi SAW dan ibu kepada Ali bin Abu Talib.

Fatimah binti Asad menggantikan kedudukan Khadijah dan Abu Talib selepas kedua-duanya meninggal dunia. Asy-Sya’bi menyatakan bahawa Fatimah binti Asad memeluk Islam di Mekah dan kemudian berhijrah ke Madinah. Beliau juga termasuk golongan yang pertama berhijrah. 

Imam Az-Zahabi berkata bahawa Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abi Manaf bin Qushay merupakan wanita pertama daripada suku Hasyim yang melahirkan keturunan Hasyimiyah pertama (Ali bin Abu Talib) 

“Dia adalah wanita yang sangat solehah. Bahkan, Nabi SAW sering mengunjungi dan beristirehat (qailulah) di rumahnya.” 

Ibnu Sa’id

Semasa hidupnya, Fatimah binti Asad juga dikenali sebagai wanita yang mempunyai tinggi ilmu agama. Beliau juga telah meriwayatkan sebanyak 46 buah hadis dan satu hadis muttafaq’alaih di dalam kitab Shahihain.

Ulama berbeza pandangan tentang waktu kewafatan beliau. Namun pendapat yang lebih rajih menyatakan Fatimah binti Asad meninggal dunia selepas hijrah ketika beliau menyusul Rasulullah SAW ke Madinah dan kemudian meninggal di kota itu. Kemuliaan Fatimah binti Asad begitu jelas ketika beliau meninggal dunia kerana Rasulullah SAW sendiri mengkafankan beliau dan ikut turun ke liang lahad. Baginda berkata, 

“Sepeninggalan Abu Talib, aku belum pernah bertemu dengan orang yang lebih baik kepadaku selain Fatimah binti Asad.” 

Ketika ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW,  “Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat kamu berbuat kepada seseorang seperti yang kamu lakukan kepada wanita ini (Fatimah binti Asad)” 

Rasulullah SAW menjawab, “Sesungguhnya, tidak ada orang yang lebih baik kepadaku setelah Abu Talib meninggal dunia selain dia.” 

Kebaikan dan keprihatinan Fatimah binti Asad bukan sahaja kepada Baginda Nabi SAW tetapi beliau turut mengasihi menantunya iaitu Fatimah binti Muhammad, anak kepada Baginda SAW. Beliau turut membantu menantunya menguruskan kewajiban dalam rumahtangga, sehingga Ali pernah berkata, “Cukuplah Fatimah sahaja yang mengambil air dan keluar apabila ada keperluan. Cukuplah bagi kamu untuk mengadun tepung (membuat roti).”

Kasih sayang yang diberikan Fatimah binti Asad terhadap keluarga Rasulullah SAW membuatkan beliau menjadi sebaik-baik wanita yang dikirimkan Allah SWT untuk mendampingi Rasulullah ketika Baginda ditinggalkan oleh dua insan yang sangat dicintai Baginda SAW. Begitulah Allah SWT memberi keutamaan kepada seseorang yang dikehendaki-Nya. 

Semoga kisah Fatimah binti Asad ini menjadi tauladan untuk setiap muslimah untuk menyambung bakti perjuangan Rasulullah SWT dalam menyebarkan dakwah Islam dan tauhid bermula daripada keluarga sehingga masyarakat setempat, atau sejauh yang tercapai oleh kudrat.

Disediakan oleh,

Aishah Nerina


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.