Keberkatan sesuatu ilmu itu diperolehi dengan beradab dan menghormati guru. Adab dengan guru telah banyak diperkatakan oleh sarjana Islam, namun jarang sekali kita mendengar bicara tentang adab menjaga dan menghormati buku sedangkan menghormati buku adalah sebahagian daripada memuliakan ilmu.

Bagaimana cara mahu menghormati buku?

Seorang sarjana Islam, Musa al-Almawi telah menggariskan beberapa kaedah untuk menghormati buku:

  1. Buku tidak boleh dijadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa.
  2. Buku tidak boleh dijadikan bantal, dijadikan kipas, lapik punggung, alas untuk berbaring atau digunakan untuk membunuh lalat. 
  3. Untuk menanda halaman yang sedang dibaca, pinggir atau sudut halaman buku tidak boleh dilipat. Penggunaan penanda bacaan dari selembar kertas atau yang menyerupainya boleh digunakan, tetapi tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apapun yang diperbuat daripada bahan yang keras.

Bagi sarjana Islam Syeikh al Imam Syamsu al-Aimmah pula beliau telah menggariskan beberapa panduan dalam menghormati buku:

  1. Seorang pelajar janganlah mengambil buku kecuali setelah berwuduk. Hal ini telah diceritakan bahawa as Syeikh Imam Syamsu al Aimmah al Huwani pernah berkata “sesungguhnya aku mencapai ilmu ini melalui penghormatan. Aku tidak mengambil kertas (buku) melainkan setelah berwuduk. Pernah juga satu ketika as Syeikh mengalami sakit perut dan memaksa beliau ke tandas berulang kali, hal itu menyebabkan beliau telah mengulangi mengambil wuduk sebanyak 17 kali kerana beliau tidak akan mengulang kaji pelajaran tanpa wuduk. Langkah ini diambil kerana ilmu itu adalah cahaya, wuduk juga adalah cahaya. Maka cahaya ilmu akan bertambah dengan adanya cahaya wuduk.
  1. Jangan dihulurkan atau melunjurkan kaki kepada buku. 
  1. Jika ada buku tafsir hendaklah diletakkan buku tersebut di atas buku lain jangan ada buku lain yang diletakkan di atas buku tafsir ini tidak lain kerana menghormati ilmu yang ada di dalamnya.
  1. Jangan diletakkan di atas buku sesuatu yang lain seperti botol dakwat dan lain-lain. Di zaman ini kemungkinan pelajar suka meletak kunci motor atau kereta di atas buku malah kadang kala meletak “handphone”. Perbuatan ini dilihat tidak menghormati buku.
  1. As Syeikh Burhanuddin pernah menceritakan kepada anak muridnya salah seorang ahli fikah pernah meletakkan bekas dakwat di atas buku lalu beliau terus ditegur oleh seorang Syeikh lain dengan kata-kata, “ Engkau tidak akan mendapat manfaat daripada ilmu engkau.” Namun begitu seorang ulama lain membuat komentar jika dakwat itu diletakkan di atas buku dengan niat bukan untuk meringan-ringankannya, maka perbuatan itu tidak mengapa, tetapi lebih baik dielakkan.

Inilah sebahagian kecil adab yang digariskan oleh sarjana Islam dalam proses menuntut ilmu. Mereka cukup mengambil berat soal adab agar ilmu yang diperolehi nanti akan membawa keberkatan di dunia dan di akhirat.

Profil penulis:

Mohamad. Rizal b Rejab, seorang guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Perniagaan.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.