Di era moden ini, seringkali kita melihat orang tidak pandai menjaga dan memelihara buku dengan baik atau digelar ‘bookmonster’ oleh sebahagian pencinta.

Sakit hati, itulah perasaan yang dialami oleh para peminat buku bilamana melihat ‘manusia’ yang langsung tidak menjaga buku mereka.

Sungguh, setiap buah buku adalah berharga. Setiap helai yang dicetak mempunyai makna-makna yang tersendiri buat penulis mahupun pembaca.

Di sini, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan buku daripada rosak :

1. Menggunakan Penanda Buku

Penanda buku digunakan untuk menanda bacaan terakhir kita di dalam sesebuah buku. Penggunaan penanda buku adalah sangat penting. Jangan sesekali melipat hujung muka surat atau menggunakan paper clip untuk menanda buku kerana ia akan merosakkan helaian buku tersebut. Kebiasaannya, penanda buku yang diperbuat daripada kertas atau kain adalah baik untuk buku, misalnya page marker, sticky note dan sebagainya.

2. Membalut Buku

CARA MENYAMPUL BUKU TULIS - BAHASA INDONESIA SMA IT

Membalut buku adalah suatu perkara yang penting untuk memelihara kecantikan kulit buku, sama ada nipis atau tebal malah, ia dapat mengurangkan risiko kotor dan terkoyak. Hendaklah dibalut dengan pembalut plastik supaya dapat tahan lebih lama.

3. Menyusun Buku di Rak

bookcase — Sarah Barnard Design - Story

Hendaklah menyusun buku di rak dengan kemas dan teratur. Pastikan buku tidak terlipat semasa menyusun buku. Buku bisa disusun mengikut kategori warna, genre dan lain-lain. Buku yang diletak di rak menyebabkan kanak-kanak sukar mencapainya. Selain itu, membersihkan rak buku secara berkala adalah sangat disyorkan. Justeru, masalah buku berhabuk dan kekuning-kuningan juga dapat dielakkan.

4. Jauhkan daripada Makanan dan Haiwan

How to Read a 240-Page Book in 2 Hours | by Jesse Wisnewski | Medium

Risiko buku yang berada berdekatan dengan makanan atau haiwan untuk rosak adalah sangat besar. Makanan atau minuman mungkin tumpah tanpa sengaja menyebabkan buku basah dan tulisan mengembang tidak dapat dibaca. Dan tidak mustahil juga haiwan akan bermain dengan buku sehingga terlerai dan terkoyak. Maka, hendaklah ia dijauhkan daripada makanan, minuman dan haiwan peliharaan.

5. Simpan pada Suhu Bilik

Ten practical home libraries that showcase their owners' book collections

Suhu bilik adalah diantara 25 celcius sehingga 37 celcius. Buku yang terkena haba secara berterusan akan membuatkan buku mudah tercabut. Jikalau buku diletakkan di tempat yang lembap pula, akan menyebabkan berkulat dan fungus. Lantaran itu, simpanlah buku anda di tempat yang sesuai. Semoga bermanfaat!

Ditulis oleh : Alia Hazha

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.