Cukup lama soalan ini bermain di fikiran. Wanita itu sebenarnya harus bagaimana?

Aku melihat stigma masyarakat menganggap bahawa wanita itu seharusnya seorang yang lemah lembut.

Jika dipijak semut di hadapannya haruslah semut itu tidak sakit malah mentertawakannya kembali. Mereka menganggap bahawa wanita itu seharusnya seorang yang pabila dikeluarkan kalamnya, maka yang kedengaran adalah suaranya yang seperti bayu pantai yang meniup lembut. Hinggap di telinga seolah dengar tidak dengar. Mereka menganggap wanita itu apabila orang mengatakan padanya TIDAK, maka diakur dengan penuh patuh walaupun TIDAK itu sedang menzaliminya. Mereka menganggap wanita itu penuh dengan layanan permainan emosi. Hatinya ibarat tisu yang apabila ditarikkan sedikit, terkoyaklah ia tiada mampu bercantum kembali.

Wahai! Mengapakah tiada satu pun deskripsi di atas memuaskan hatiku sebagai seorang wanita?

Aku kira wanita-wanita di dunia ini tidak patut terpedaya dengan satu pun deskripsi di atas itu. Tidak. Aku bukan ingin menafikan keperluan seorang wanita itu bersifat dengan sifat-sifat lemah lembut. Namun, kadang pabila stigma ini sudah berubah menjadi kepercayaan masyarakat, secara sedihnya ia melemaukan kekuatan seorang wanita.

Aku fikir wanita itu seharusnya mempunyai pemikiran dan pendiriannya sendiri. Mengikut apa yang dipercayainya setelah dikaji dan dirungkai melalui pembacaan mahupun pelajaran. Namun, jika datang insan yang berpendapat sebaliknya, tidaklah dia melatah malahan menyambut baik dengan membuka ruang perbincangan yang akhirnya membuka minda dan menambah pengetahuannya.

Aku fikir wanita itu seharusnya menjadi seorang yang menggunakan emosinya sebagai suatu potensi yang tidak sesekali mengecilkan dirinya. Emosinya itu diguna sebaiknya dalam dia bermuamalah dengan manusia. Menyebabkan dia mempunyai lebih empati dan simpati kepada manusia yang akhirnya membuatkan dia lebih memahami dan berusaha untuk cuba membantu insan di sekelilingnya. Emosinya itu bukan untuk dilayan sesuka hati.

Aku fikir wanita itu harus berani memperkatakan apa yang ada di dalam minda dan fikirannya. Namun tetap dihiasi dengan adab dan pekerti sebagai seorang muslim dan wanita. Kerana aku melihat perlunya juga buah fikiran sayap kiri perjuangan ini. Kerana manusia itu diciptakan berbeza dan perbezaan itu melengkapi.

Namun suka juga untuk aku ingatkan kembali dengan penuh kasih sayang kepada sang wanita. Terkehadapannya mu itu bukan bermaksud kamu harus menjadi ganas mahupun keras. Terkehadapannya mu itu bukan bermaksud kamu perlu gadaikan sifat malumu sebagai seorang muslimah. Tidak sesekali.

Terkehadapannya mu itu bukan bermaksud kamu perlu lantang sama persis sang lelaki di sayap kanan sana. Tidak. Kamu punyai caramu sendiri.

Renungi kembali Saidatina Aisyah yang hebat dengan gedung ilmunya. Renungi kembali Khaulah Al Azwar yang hebat dengan gerak gerinya di medan perang. Renungi kembali Zainab Al Ghazali yang hebat dengan perjuangannya sehingga ke usia tua.

Wahai wanita. Sedari kelebihan dan kebolehan mu ini.

-Dhiya Nur Aimi

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.