Hebatnya suatu peradaban apabila tamadun itu mencapai kemuncak kegemilangannya dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian. Para salafus soleh begitu mencintai ilmu dan memuliakan buku. Kehebatan para salafus soleh dapat dilihat bilamana mereka mengisi waktu dengan memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap pembacaan. Terdapat beberapa kisah menarik yang ingin saya kongsikan kepada pembaca tentang kegilaan para salafus soleh terhadap buku.

Abu Ja’far al-Mahri membaca buku sewaktu makan.

Abu Ja’far al-Mahri Ahmad Ibn Abdullah al-Qayruni dilahirkan pada tahun 250 H dan meninggal dunia pada 333 H. Ada seorang hakim berkata tentang Abu Ja’far al-Mahri, beliau berkata “Dia adalah salah seorang ahli penjaga ilmu, meskipun di dalam penyelidikan dan pembacaan, buku itu tidak jatuh daripada tangannya walaupun ketika dia sedang makan.”

Ibn al-Makwiy al-Qurtubi tidak mengabaikan pembacaan walaupun pada hari raya.

Telah dilaporkan bahawa ada seorang teman kepada Ibn al-Makwiy sedang bercuti dan dia bercadang untuk menziarahi Ibn al-Makwiy pada hari raya. Setelah dia sampai ke rumah Ibn al-Makwiy, dia mendapati pintu rumah sudah terbuka. Jadi, dia duduk sambil menunggu kehadiran Ibn al-Makwiy. Kemudian, dia melihat ke luar rumah Ibn al-Makwiy , di sisinya terdapat sebuah buku dan Ibn al-Makwiy tidak meninggalkan bukunya itu.

Abu Nu’aim al-Asbahani membaca buku dalam perjalanan.

Tokoh ini lebih dikenali dengan sebutan Abu Nu’aim al Asbahani. Abu Nu’aim al-Asbahani juga dikenali dengan sebutan Isfahan. Isfahan adalah kota yang terletak di negara Iran. Nama beliau ialah Ahmad bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mihran. Beliau dilahirkan pada tahun 336 H. Ada juga yang berpendapat, beliau lahir pada tahun 334 H. Beliau meninggal pada 20 Muharram 430 H pada usia 94 tahun. Usia beliau banyak dihabiskan dengan belajar, mengajar dan menulis. Ahmad bin Marduwaih berkata tentang Abu Nu’aim al-Asbahani, “Dunia menjaga mereka yang berkumpul dengannya dan setiap hari salah satu daripada mereka memiliki peluang untuk bersama dengannya. Abu Nu’aim al-Asbahani akan  membaca apa yang diingininya pada waktu tengah hari. Dia tidak bosan, dia tidak mempunyai makanan kecuali untuk mendengar dan menyusun bait-bait huruf yang disebutkan untuknya.”

Baca buku 400 kali, seumpama Imam Nawawi (676 H) yang membaca kitab al-Wasit 400 kali.

Beliau ialah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibu kota Syria. Beliau dididik oleh ayahnya yang terkenal dengan kesolehan dan ketakwaan. Imam Nawawi meninggalkan banyak karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, di antaranya ialah:

Dalam bidang hadis: Arba’in, Riyadus Solihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim) dan Al-Taqrib wa Al-Taysir li Ma’rifat Sunan Al-Basyir wa Al- Nazir.

Dalam bidang fiqh: Kitab Minhaj al-Thalibin dan Al-Majmu’.

Dalam bidang bahasa: Kitab Tahdzib Al-Asma’ wa Al-Lughat.

Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul ‘Arifin dan Al-Azkar.

Suruh orang lain bacakan buku kepadanya sewaktu terlantar sakit, seumpama Abu Abdullah al-Furawi yang meminta Ibn Asakir membacakan buku kepadanya.

Di sebutkan di dalam Muqaddimah Imam Nawawi iaitu Sahih Muslim di dalam  terjemahannya (Abi Abdullah al-Furawi bin al-Fadhil al-Nisaiburi) juga dikenali dengan panggilan Imam al-Muammar, seorang cendekiawan yang ulung di dalam ilmu fiqh, usul dan hadis. Abu Abdullah al-Furawi dilahirkan pada tahun 441 H dan meninggal dunia pada tahun 530 H. Beliau telah didatangi oleh seorang penuntut ilmu dalam perjalanan yang jauh, telah tersebar riwayat-riwayat tentangnya di dalam hal tersebut secara dekat dan jauh di kota-kota. Sehingga disebut tentangnya, “Al-Furawi mempunyai seribu perawi. Beliau seorang sarjana hukum dan telah mengembangkan ilmu-ilmu di Mekah. Allah s.w.t menaikkan darjatnya dengan ketinggian dan kemuliaan.”

Abu Abdullah al-Furawi meminta Ibn Asakir membacakan buku kepadanya ketika beliau sedang sakit. Berdasarkan Kitab Qimah al-Zaman ‘Inda Al-Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, diberitahu bahawa Imam al-Hafiz Abu al-Qasim al-Dimashqi al-Ma’rufi dengan Ibn Asakir Radhiallahu ‘anhuma, maka mereka mengarang sanjungan atas Abu Abdullah al-Furawi disebabkan beliau adalah ahlinya dan berkata. “Aku berangkat kali kedua, bahawasanya dia (Abu Abdullah al-Furawi) sedang sakit, jadi perihal ini yang menjadi maksud akan kedatangan kepadanya. Pada pertemuan dengannya, menyandarkan pada kehebatannya, keteguhan dalam keyakinan, indah akhlaknya, lemah lembut dan kepandaian kuliahnya dengan penuntut-penuntut ilmu.”

Buat kopi untuk berjaga malam cukup untuk seminggu terus supaya nanti tak rugi masa setiap kali nak buat kopi, sebab masa tu nak guna untuk membaca, seumpama Syeikh Tahir al-Jazairi (1338 H).

Syeikh Tahir lahir pada tahun 1268 Hijrah bersamaan tahun 1852 Masihi, daripada keluarga alim ulama. Ayah beliau adalah seorang ahli fiqh, bahkan pernah memegang jawatan mufti di Syam. Syeikh Tahir memulakan pendidikan beliau di Madrasah Al-Jaqamqiah dan menamatkan pembelajaran beliau bersama Syeikh Abdurrahman Al-Bustani. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikan bersama seorang ulama yang masyhur, iaitu Al-Alim Al-Allamah Syeikh Abdul Ghani Al-Ghanimi Al-Midani. Syeikh Tahir sentiasa berdampingan dengan Syeikh Abdul Ghani Al-Ghanimi Al-Midani sehingga ulama itu meninggal dunia pada tahun 1222 Hijrah. Syeikh Tahir mengisi zaman muda beliau dengan mendalami ilmu pengetahuan, dan beliau menghabiskan banyak masa dengan menghasilkan penulisan-penulisan buku dalam pelbagai bidang. Pada usia 30-an, beliau sudah dapat bertutur dalam Bahasa Arab, Parsi, Turki, dan Perancis.

Beliau mengetuai usaha pembangunan perpustakaan Dar Al-Kutub Al-Wataniah Az-Zhahiriah di Damsyik dan Al-Maktabah Al-Khalidiah di Quds, Palestin. Beliau berhijrah ke Kaherah pada tahun 1325 Hijrah. Sepanjang hidup, beliau menganggotai Majma’ Al-Ilmi Al-Arabi dan dipilih sebagai Pengarah Dar Al-Kutub Az-Zhahiriah. Beliau wafat pada tahun 1338 Hijrah di Damsyik.

Semenjak 40 tahun, nak tidur dan nak bangun mesti buku ada atas dada, seumpama Hasan bin Ziyad al-Lu’lui.

Hasan bin Ziyad al-Lu’lui berkata, “Saya melakukan perjalanan selama 40 tahun, dan saya tidak pernah tidur siang. Tidak pula pada malam hari dan tidak pula bersandar, kecuali buku selalu saya letakkan di dada.”

Buku ada dekat-dekat dengan katil supaya senang nak baca bila nak tidur dan bila dah bangun, sepertimana yang dinukilkan dalam kitab Taqyiid al-Ilm oleh al-Khatib.

Al-Baghdadi merupakan salah seorang tokoh Islam klasik yang terkenal di kalangan umat Islam dan manusia sebagai pengarang sebuah karya besar iaitu Tarikh Baghdad. Beliau terkenal dengan sebutan Khatib al-Baghdadi. Nama lengkapnya ialah Ahmad bin ‘Ali bin Tsabit bin Ahmad ibn Mahdi. Al-Baghdadi lahir di kampung Ghazyah, suatu daerah yang terletak dekat daerah Fayd.

Oleh : Siti Aminah Binti Horam @ Hasran

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.