Isu pemakaian tudung ini berpokok pangkalkan kepada pensyariatan menutup aurat bagi kaum wanita. Perkataan aurat berasal daripada bahasa arab. Dalam Lisan al Arab, Imam Ibnu Manzur menyatakan bahawa perkataan aurat itu membawa maksud setiap perkara yang mendatangkan malu apabila sesuatu itu terpamer atau terlihat.

Maka setiap perkataan, perbuatan dan perkara yang boleh menimbulkan perasaan malu dan mendatangkan aib, dikira sebagai aurat.

Melalui pemahaman maksud ini, dapat kita fahami bahawa aurat itu bertunjangkan perkara yang mengaibkan, memalukan dan perkara yang hilang kehormatan.

Perbahasan aurat dikalangan para ilmuan boleh kita bahagikan kepada dua kerangka besar perbincangan iaitu aurat ketika solat dan ketika di luar solat. Aurat ketika solat merupakan suatu tuntutan agama. Tetapi para ilmuan berbeza pendapat dalam perbincangan berkenaan aurat ketika di luar solat. Adakah ianya tuntutan agama ataupun kehendak budaya semata-mata.

Dikalangan ilmuan, mereka melihat kandungan Al quran dan hadis itu kepada dua bentuk.

  • Pendapat pertama, semua ayat Al quran dan hadis itu adalah tuntutan agama. Pendapat kedua pula berpandangan bukan semua ayat Al quran dan hadis itu tuntutan agama. Ini kerana terdapat sebahagian ayat Al quran dan hadis berkaitan tuntutan dalam konteks tertentu.
  • Bagi golongan kedua ini, mereka berpendapat hukum boleh berubah mengikut konteks semasa, masyarakat dan keadaan tertentu.

Dalam soal pemakaian tudung misalnya, Allah Azza Wa Jall berfirman di dalam surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai Nabi, perintahkanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”

Al Ahzab: 59

Firman Allah lagi dalam surah An Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali terpaksa nampak. Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka…”

An Nur : 31

Berdasarkan dua ayat ini, sebahagian ilmuan menyatakan bahawa arahan ini ditujukan khusus kepada isteri Nabi, anak perempuan Nabi. Dalam masa sama, perintah ini juga ditujukan juga kepada seluruh kaum wanita muslim. Allah juga telah memerintahkan kaum wanita menjaga perhiasan (rambut, leher, dada) dari dilihat oleh orang lain selain suami dan mereka yang mahram. Jika digabungkan dua ayat ini, menjelaskan bahawa perkara ini adalah tuntutan bersifat agama.

Bagi sebahagian ilmuan lain pula, mereka berpandangan bahawa kedua-dua ayat tersebut adalah merujuk kepada konteks budaya arab semata-mata. Dalam konteks kebudayaan arab, yang mana cara tersebut (menunjukan rambut, leher, dada) dapat menaikkan keinginan sehingga boleh membawa kepada penzinaan.

Dalam ayat yang lain, dalam surah Al Ahzab ayat 60 dan surah An Nur ayat 30-31, mereka berpendapat suruhan memakai tudung itu adalah bertujuan melindungi wanita daripada diganggu dan berlaku zina. Maka sekiranya fahaman sesuatu budaya itu menganggap wanita tidak berasa diganggu walau tidak memakai tudung, maka ayat itu tidak terpakai dalam konteks masyarakat tersebut.

Oleh itu, mereka menyimpulkan suruhan memakai tudung itu adalah berbentuk budaya arab. Bagi orang arab, tidak memakai tudung adalah suatu keaiban. Tetapi budaya lain tidak menganggap ianya suatu keaiban. Maka tidak boleh memaksakan orang lain mengikuti budaya arab yang beranggapan seperti mereka. Demikian pandangan mereka yang berhaluan kiri dalam soal membincangkan isu pemakaian tudung.

Walau bagaimana pun, Syaikh al Albani menyenaraikan lapan kriteria pakaian wanita Muslimah berdasarkan ayat Al quran dan hadis Nabi SAW antara lain beliau menyebutkan wanita itu mestilah memakai pakaian yang menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, pakaian tersebut mestilah tebal dan luas (tidak ikut bentuk badan), tidak memakai pewangi dan sebagainya.

Ini membuktikan bahawa kriteria ini adalah penekanan penting bagi wanita dan menjadi tuntutan dan suruhan agama bagi melindungi wanita dan memelihara maruah harga diri seseorang insan yang bergelar wanita.

Disediakan oleh,

Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.