Toleransi dalam beragama boleh kita bahagikan dalam beberapa keadaan. Tidak semua keadaan kita perlu bertoleransi lebih-lebih lagi isu yang menyentuh soal akidah. Hidup dalam beragama, sudah tentu mempunyai batas yang memisahkan antara yang haq (kebenaran) dan yang bathil (kesesatan).

Toleransi dalam beragama tidak bermaksud kita membiarkan kesesatan bermaharajalela bahkan toleransi dalam beragama adalah suatu ruang untuk manusia hidup dalam kepercayaan masing-masing dan saling hormat dan berlapang dada dalam perkara yang berbeza.

Lutfhi Assyaukanie seorang tokoh liberal pernah menyuarakan pandangan beliau dengan menyeru umat Islam supaya berpegang kepada prinsip teologi pluralisme. Beliau menggunakan contoh masyarakat Madinah dibawah pimpinan baginda Nabi SAW yang sering dijadikan model negara Islam. Islam ketika itu dilihat sebagai sebuah agama yang insklusif dan sangat bertoleransi dengan penganut agama lain.

Menambah kuat lagi hujahnya, beliau menyatakan di dalam Al quran, Allah SWT berfirman dalam surah al Baqarah ayat 62 yang bermaksud :

” Sesungguhnya orang yang beriman, orang Yahudi, Nasrani, Shabiin (seperti ahli kitab). Barang siapa yang beriman antara mereka itu kepada Allah dan hari Kemudian serta beramal soleh, maka bagi mereka memperoleh ganjaran pahala di sisi Tuhan dan tiada ketakutan keatas mereka tiada mereka berdukacita “

Dalam tafsir ayat ini, para ulama menyebutkan perkataan “Yahudi”, “Nasrani” dan “Shabiin” adalah merujuk kepada mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran nabi mereka yang diutuskan oleh Allah iaitu Nabi Musa dan Nabi Isa. Hal ini bermaksud golongan yahudi, nasrani dan shabiin yang benar-benar berpegang teguh dan kuat akan agama Allah tanpa menyeleweng, mereka ini yang dimaksudkan yang akan menerima ganjaran pahala diatas sebab mereka taat kepada perintah Nya.

Walaupun para sarjana Islam berbeza pandangan dalam menyatakan maksud “Shabiin”, antaranya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan maksud “Shabiin” itu adalah merujuk kepada mereka yang berbagai aliran yang muncul daripada ajaran Nabi Ibrahim AS. Meskipun begitu, kehendak maksud dalam ayat ini adalah selagi mereka ini berpegang akan kebenaran agama asal mereka iaitu agama samawi (agama yang diturunkan oleh Allah), maka golongan ini akan diberikan ganjaran pahala sama seperti orang-orang beriman yang lain.

Ayat diatas tidaklah sama sekali menuntut serta mengiktiraf kita untuk berpegang kepada prinsip semua agama itu sama (pluralisme). Walhal sebaliknya, ayat ini menjadi pemisah antara yang haq (benar) dan yang batil (sesat). Orang Yahudi, sekiranya mereka beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka mereka layak diberi ganjaran syurga. Demikian juga orang Nasrani, sekiranya mereka beriman kepada Allah dengan sebenar-benar akidah, maka mereka juga selayaknya diberikan ganjaran pahala.

Islam tidak akan pernah sama sekali bertoleransi dalam hal yang melibatkan prinsip akidah dan tauhid. Begitu pun, Islam tidak pernah memerintahkan umatnya untuk bermusuhan, berlaku zalim dan menindas mereka yang berbeza agama. Kita sangat menyanjung tinggi sabda baginda Nabi SAW dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari & Muslim, sabda Nabi SAW yang bermaksud :

” Agama yang paling dicintai oleh Allah ialah “hanafiyyah al-samhah” yang bermaksud agama yang bertoleransi “

Meskipun begitu, bertoleransi bukan bermaksud sehingga menggadaikan maruah agama dan melcutkankan prinsip akidah serta melanggar hak-hak Allah pada hamba Nya. Dalam banyak hal, kita boleh bertoleransi diatas nama kemanusiaan, perjuangan sosial namun apabila datang dalam soal tunjang yakni akidah, tiada lagi makna toleransi melainkan kita yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang terbaik di sisi Allah SWT. Sepertimana firman Nya dalam surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya disisi Allah hanyalah Islam. Tidak ada berselisih bagi orang-orang yang diberikan al Kitab kecuali setelah datang pengetahuan pada mereka kerana kedengkian (yang ada) diantara mereka. Barangsiapa yang mengingkari terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab Nya”

Berhati-hatilah dalam mengangkat makna toleransi agar kita tidak memukul rata sehingga dalam keadaan tidak sedar, kita telah menjunjung prinsip teologi pluralisme yang telah menyimpang jauh daripada agama Islam. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT.

Disediakan oleh,

Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.