Baru-baru ini kecoh mengenai isu “wanita perlu menjadi bodoh-bodoh untuk menarik perhatian lelaki”. Isu yang hangat diperdebatkan nuansa warga maya. Jika diteliti dengan baik, ayat itu bermaksud wanita itu haruslah mempunyai sifat rendah diri walaupun memiliki kehebatan dalam kerjaya dan pendidikan. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu ini. Terdapat lapan tip membina hubungan sebelum berkahwin.

1. Jadilah diri sendiri kerana lelaki akan menerima diri kita apa seadanya.

Sebagai wanita Islam adab kesopanan perlulah dipelihara. Bagi lelaki, wanita tidak perlu menggedik atau menunjukkan sikap manja sepanjang masa. Wanita seharusnya bersikap tegas bagi memelihara maruah diri seperti firman Allah di dalam surah An-Nur: Ayat 30-31berkenaan menjaga kehormtan diri.

Firman Allah serta terjemahannya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.Selaras dengan tuntutan agama islam lelaki dan perempuan hendaklah menjaga pandangan. Baik wanita mahupun lelaki harus sedar mengenai batasan aurat.” 

2. Lelaki menyukai wanita yang matang dan mampu berdikari, tidak memiliki ego yang tinggi, tahu memainkan peranan dan saling berbincang mengenai hala tuju hubungan.

Merujuk artikel 28 Real Relationship Goals yang ditulis oleh Zoe Cotzee menjelaskan bahawa sesuatu hubungan itu merupakan sesuatu proses pembelajaran.

Growing is good for you – good for you as an individual and good for you as a couple. A wonderful way to keep expanding and challenging each other in a positive way is to make a commitment to learn new skills and knowledge together. The relationship goal of lifelong learning keeps your intellect sharp and interests fresh!

Zoe Cotzee

Setiap saat merupakan satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, anda dan pasangan hendaklah sentiasa belajar perkara yang baru kerana pada setiap hari pasti akan terwujud perkara baru mengenai pasangan anda yang tidak anda ketahui. 

3. Mencari ilmu terutamanya ilmu perundangan

Ilmu perundangan merupakan ilmu yang paling penting untuk dipelajari oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga agar dapat menjaga kerukunan kedua-dua belah pihak apatah lagi kes perceraian juga semakin tinggi pada hari ini maka sewajarnya golongan wanita lebih cakna mengenai ilmu perundangan agar dapat memelihara hak masing-masing.

4. Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

Berdoa kepada Allah swt dalam apa-apa urusan adalah sesuatu perkara yang begitu dituntut oleh syarak. Sekiranya kita tidak berdoa kepada Allah swt bermakna kita adalah umat yang sombong. Sebelum berkahwin kita dianjurkan untuk melakukan solat istikharah bagi melaksanakan sebarang keputusan. Tuntutan berdoa kepada Allah swt ini termaktub dalam  al-Quran, iaitu Allah SWT berfirman:

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60).

Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah akan memberi jaminan akan mengabulkan permintaan umatnya ini dikukuhkan melalui hadis berikut:

“Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah swt segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” (Jami’ Tirmizi)

5. Belajar cara komunikasi antara lelaki dan wanita kerana lelaki dan wanita mempunyai bahasa tubuh yang berbeza.

Misalnya, lelaki suka bahawa yang berterus terang dan menggunakan akal dalam membuat keputusan sebaliknya wanita lebih menggunakan emosi kerana emosi wanita ini sentiasa berubah-ubah.

Berdasarkan artikel Gendered Communication : Differences in communication styles menjelaskan bahawa komunikasi kaum lelaki lebih tertumpu kepada raut wajah berbanding wanita. Kedua wanita lebih cenderung menyatakan sesuatu melalui nada suara, kelajuan bercakap (speed of speech) dan sebagainya  yang dikenali sebagai paralanguage untuk mengekspresikan setiap emosi ,makna dan keinginan mereka berbanding lelaki. Wanita lebih mendambakan sentuhan supaya mereka berasa kasih sayang dan terikatan bersama pasangan manakala lelaki pula lebih gemar berbicara secara berdepan.

Kedua wanita lebih mengutamakan eye-contact ketika berbicara namun tidak bagi lelaki mereka sebolehnya akan mengelak untuk menggunakan eye contact ketika berbicara. 

6. Cari ilmu kewangan dan rancang kewangan dengan baik.

Ilmu kewangan merupakan ilmu yang amat penting dalam rumah tangga dan pasangan hendaklah bijak mengatur kewangan dalam keluarga. Menurut pakar kewangan setiap pasangan sebelum berkahwin perlulah membuat tabungan sedari awal lagi tidak kira sama ada sudah mempunyai calon atau tidak.

Kedua, pasangan haruslah mempunyai rumah yang ingin diduduki tidak kira sama ada menyewa atau membeli rumah sebelum berkahwin. Sediakan 10 peratus daripada gaji sebagai simpanan kecemasan, insurans, aset, pelaburan, hartanah, emas dan sebagainya.

7. Bina komunikasi berkesan antara pasangan dan ahli keluarga pasangan.

Komunikasi merupakan kunci utama dalam kerukunan rumah tangga .Peruntukan kualiti masa bersama keluarga mentua atau keluarga sendiri secara adil dan saksama. Kenali topik perbualan yang sesuai ketika bersama keluarga pasangan.

Kedua, adakan perbualan one on one chat agar kita lebih mengenali personaliti setiap individu dalam leluarga tersebut. Seterusnya wujudkan “positive communication without judgement” antara kedua-dua belah pihak. Menghormati pandangan dan perbezaan antara satu sama lain. Kurangkan pertelingkahan dan banyakkan mendengar supaya membantu anda lebih memahami mereka.

8. Mencari ilmu keibu-bapaan mengenai perkembangan sosio-emosi anak-anak, fisiologi, kognitif anak dan peracangan masa depan anak-anak.

Pasangan yang ingin berkahwin sebaik-baiknya mencari ilmu keibu-bapaan dan menentukan gaya keibu bapaan yang ingin diamalkan sama ada autoratif, autotarian permisif dan sebagainya kerana ibu bapa merupakan individu awal yang akan berinteraksi dengan anak-anak. Oleh itu, segala tingkah laku ibu bapa adalah cerminan bagi anak-anak. 

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Lelaki atau wanita perlulah bersikap matang dalam perhubungan. Pertelingkahan akan sentiasa ada dalam setiap hubungan namun hanya ketakwaan dan keimanan mampu  membina perkahwinan yang penuh kasih sayang.

Mencari jodoh itu tidak mudah kerana cinta itu sifatnya misteri.  Kadang-kadang apa yang kita inginkan tidak semanis impian dan harapan. Berdoalah agar orang yang kita sayang itu bahagia. Soal jodoh, kita sebagai hamba haruslah  menerima ketentuan dan takdir Ilahi yang ditetapkan kepada setiap hambanya.

“Jelas sekali bahawasanya rumah tangga yang aman damai ialah gabungan di antara tegapnya laki-laki dan halusnya perempuan”

Hamka

Wanita yang berakhlak tinggi mampu melahirkan generasi yang berjaya mendepani cabaran yang mendatang. Buya Hamka pernah menyatakan bahawa,

“Perempuan adalah tiang negara. Jika perempuannya baik, baiklah negara dan jika mereka bobrok, bobrok pulalah negara. Mereka adalah tiang dan biasanya tiang rumah tidak begitu kelihatan. Namun, jika rumah sudah condong, periksalah tiangnya. Tandanya tianglah yang lapuk” 

Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Lelaki dan wanita memiliki peranan yang telah ditetapkan. Justeru dalam rumah tangga, baik suami atau isteri tidak perlulah diperkecilkan peranannya. Bersama-samalah membangun generasi yang cemerlang dunia dan akhirat kerana generasi yang berjaya bermula daripada institusi kekeluargaan.

Disediakan oleh,

Nurizzati Hazwani

Rujukan:

  1. 28 Real Relationship Goals You (actually) Want  Oleh Zoe Coetzee
  2. Berdoalah Kepada Allah Swt walau Hanya perkara kecil. 
  3. Gendered Communication: Differences In Communication Styles
  4. Suitable for 1-18 years Positive relationships for families: how to build them

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.