Sejurus tiba di Bangkok tengah hari tahun 2015 itu, saya diambil oleh Ekraj atau nama panjangnya Ekraj Imran Sabur. Pada awalnya saya tidak tahu siapa beliau namun, setelah mencari di Google, ternyata beliau ialah anak Profesor Sabur yang berkali-kali tersenarai sebagai 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia.

            Sembang kami petang itu biasa sahaja. Ekraj bertanya khabar Malaysia dan iklim keamanannya. Soalan beliau itu tepat sehari selepas Himpunan Bersih diadakan. Kedatangan saya ke Thailand juga kerana membincangkan dua perkara iaitu perihal kebekuan politik dan kedudukan bahasa ibunda dalam Sains dan Matematik. Pada waktu itu politik kita beku kerana 1MDB melawan pembangkang yang kucar-kacir.

            Banyak yang kami bicarakan dengan peserta negara lain. Antara rakan kami ialah Judy, petugas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Bangladesh. Judy berasal dari Filipina dan turut terlibat dalam rundingan dengan Muslim Mindanao barangkali kerana beliau sendiri seorang Katolik yang tinggal di Mindanao. Rakan baik saya ialah Ha, pelajar Sarjana Kajian Keamanan dari Vietnam dan Shahiuz (Dr.) pensyarah di Assam, India. Dila (Nepal), Ishak (Bangladesh), Gbenga (Nigeria), Surendra (Nepal), Dr. Janaka (Sri Lanka) dan Murshida (Bangladesh) antara rakan-rakan lain yang kami masih berhubung sehingga kini.

            Pilihan Raya Umum di Thailand diadakan pada 24 Mac 2019 yang lalu. Dan kerajaan Thailand mengambil masa sebulan untuk mengumumkan keputusan pilihan raya. Dan hari ini, 6 Jun 2019, Jeneral Tentera bersara bekas Junta Prayuth Chan-ocha dipilih oleh Parlimen Thailand sebagai Perdana Menteri yang baharu. Prayuth inilah yang mengetuai tentera untuk menggulingkan kerajaan lima tahun yang lalu.

Hampir tujuh tahun Thailand menanti pilihan raya ini.

Parti lawan iaitu Parti Pheu Thai pula dikaitkan dengan pengaruh Thaksin Shinawatra. Thaksin ialah bekas Perdana Menteri yang “digulingkan” oleh demonstrasi besar-besaran di Thailand. Thaksin masih kekal terkenal di bahagian Utara Thailand. Beliau terkenal dengan polisi yang banyak ditiru oleh Najib Razak seperti Klinik 1 Baht, Jambatan Antara Kampung, mesra dengan para agamawan tetapi mempunyai skandal rasuah yang besar dan membarah dalam pentadbiran di Thailand.

Nampaknya kebekuan politik sedang melanda Thailand.

Thailand kekal istimewa di hati saya. Di kampung-kampungnya tinggal rakan-rakan kami yang selalu mengajak kami ke kebun. Di pasar-pasarnya ada rakan-rakan kami yang selalu mengajar kami bagaimana merasa makanan. Di bangunan-bangunannya ada rakan-rakan kami yang sentiasa berisiko untuk ditangkap oleh tentera. Dan dari tanah itulah saya menerima sebuah buku kiriman Wanida bertajuk A Force More Powerful: A Century of Nonviolent Conflict. Buku itu adalah hadiah yang diterima oleh Wanida daripada Gene Sharp sendiri.

Selamat berjuang dalam tempoh getir ini, tanah yang tak pernah dijajah oleh bangsa lain!

#Thailand #DemocracyGarden #mardhiyyahnorazizan #Junta

Mardhiyyah Nor Azizan bertugas sebagai editor di Jejak Tarbiah. Beliau boleh dihubungi menerusi Facebooknya.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.