Pada 24 Januari 1988, dua individu telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut atas kesalahan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran berkuasa. Kedua-dua individu telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara selama 2 tahun 6 bulan.

Namun, kedua-kedua tertuduh telah mengfailkan rayuan ke peringkat Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Setelah melalui proses perbicaraan pada 28 Ogos 1994, panel Rayuan Mahkamah Syariah telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Besut namun mengurangkan hukuman denda RM2500 dan penjara 1 ½ tahun sahaja.

Persoalan yang timbul, adakah mendirikan solat Jumaat memerlukan keizinan daripada pemerintah?

Secara umumnya, para ulama’ telah bersepakat akan kewajipan menunaikan solat Jumaat berdasarkan firman Allah pada ayat 9, Surah al Juma’ah:

يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ أَمَنُوا إِذَا نُوْدِىَ لِلصَّلَوةِ مِنْ يَوْمِ الجُمْعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللهِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat)

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

الجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلٍّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلَّا عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ أَوْ امْرَأَةٍ أَوْ صَبِيٍّ أَوْ مَرِيْضٍ

Maksudnya: “Solat Jumaat diwajibkan ke atas setiap Muslim untuk dikerjakan secara berjemaah kecuali hamba atau perempuan atau kanak-kanak atau orang yang sakit” 

[HR Abu Dawud, N0. 1067]

Namun, para ulama’ telah memberi pandangan yang berbeza dalam masalah adakah keizinan pemerintah bagi mendirikan solat Jumaat. Majoriti ulama’ daripada mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali berpandangan bahawa izin pemerintah bukanlah syarat untuk mendirikan solat Jumaat berdasarkan ayat 9, surah al Juma’ah yang mengandungi arahan mendirikan solat Jumaat secara umum tanpa disyaratkan keizinan pemerintah.

Adapun ulama’ mazhab Hanafi, salah satu riwayat dalam mazhab Hanbali dan pandangan yang lemah daripada mazhab Syafie menyatakan bahawa keizinan pemerintah adalah perlu dalam mendirikan solat Jumaat. Mereka berhujah dengan beberapa hadith, antara:

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْكُم الجُمْعَةَ فِيْ مَقَامِيْ هَذَا فِي يَوْمِيْ هَذَا فِيْ شَهْرِي هَذَا مِن ْعَامٍ هَذَا إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ، فَمَنْ تَركَهَا فِيْ حَيَاتِي أَوْ بَعْدِيْ وَلَهُ إِمَامٌ عَادِلٌ أَوْ جَاِئرٌ

Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kalian solat Jumaat di tempatku ini pada hari ini, pada bulan ini mulai tahun ini sehingga hari kiamat, barangsiapa yang meninggalkannya ketika aku masih hidup atau setelah aku wafat, dan disisinya ada pemimpin sama ada baik atau buruk..”

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Hasan bahawa Rasulullah Sollahualai Wasalam bersabda:

أَرْبَعٌ إِلَى السُّلْطَانِ: الصَّلَاةُ وَالزَّكَاةُ وَالحُدُوْدُ وَالقَضَاءُ

Maksudnya: “Empat perkara diputuskan oleh pemerintah: Solat, zakat,

hudud, dan penghakiman”.

     Selain itu, sebahagian para ulama’ turut menghujahkan bahawa solat Jumaat merupakan salah satu syiar yang besar, maka diqiyaskan perbuatan mendirikan solat Jumaat itu dengan seruan jihad yang memerlukan keizinan pemerintah, malah seandainya solat Jumaat itu dibiarkan ditentukan orang perseorangan tanpa diletakkan dibawah pengurusan pemerintah, nescaya ianya akan membawa kepada fitnah dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Maka, sebarang ketetapan yang ditentukan oleh badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan-jabatan atau Majlis-majlis Agama Islam Negeri di Malaysia dalam urusan pelaksanaan solat Jumaat bertujuan untuk kebaikan dan kemaslahatan orang ramai sebagaimana kaedah fiqh iaitu:

تَصَرَّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمصْلَحَةِ

Maksudnya: Sebarang perkara yang ditetapkan oleh pemerintah untuk rakyat di bawahnya adalah berpaksikan kemaslahatan.

Kini, hanya negeri Terengganu, Pahang dan Melaka sahaja yang mewartakan peruntukan kesalahan mengerjakan solat Jumaat tanpa kebenaran dan boleh dihukum dengan hukuman denda dan penjara yang berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain.

Negeri Kelantan hanya mempunyai peruntukan tentang kebenaran mengerjakan solat Jumaat perlu dimohon terlebih dahulu oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) manakala negeri Perak dan Johor pernah mewartakan peruntukan kesalahan mengerjakan solat Jumaat tanpa kebenaran namun setelah pindaan dibuat kepada enakmen kesalahan jenayah syariah negeri masing-masing, peruntukan berkenaan kesalahan berkaitan solat Jumaat telah dimansuhkan.

Disediakan oleh,

Fathi Anwar

Setapak, Kuala Lumpur

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.