Puisi Pertolongan Kemenangan Pasti Datang diilhamkan oleh penulis melalui situasi yang berlaku sekarang, iaitu penularan wabak virus Corona di seluruh negara. Puisi ini menjadikan Malaysia sebagai inspirasi utama dalam penulisan puisi.  

 

Rangkap pertama puisi ini membawa maksud perasaan yang bercampur aduk, iaitu risau,bimbang dan sedih apabila penularan wabak ini berlaku. Perasaan  takut juga menguasai diri kerana jumlah kematian semakin meningkat. Rangkap kedua puisi menggambarkan perasaan jiwa yang bakal dirasai apabila kemenangan datang. Jiwa yang gundah gulana pasti hilang.

Rangkap ketiga puisi menjelaskan kepada kita bahawa setiap ujian dari Tuhan itu pasti ada hikmahnya nanti. Hikmah Tuhan merupakan sesuatu yang tidak kita jangka. Rangkap keempat menggambarkan perasaan gembira apabila setiap usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak membuahkan hasil. Gembira dilafazkan dengan tasbih dan tahmid serta syukur pada Tuhan. Laungan kita pasti menang sentiasa dilaungkan tanda slogan kemenangan.

Rangkap terakhir merupakan ingatan kepada rakyat tentang pertolongan dari Tuhan. Apabila kita diuji oleh-Nya, DIA pasti akan memberikan pertolongan setelah pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak. Kita kena yakin bahawa kita mampu menang dalam pengurangan kes wabak ini. Kita kena yakin Allah tolong kita di waktu yang tepat kerana setiap yang berlaku ini terjadi kerana izin-Nya.

Konklusinya, ayuhlah kita muhasabah diri, sedalam mana hikmah ujian ini kita hayati, sejauh manakah hikmah ujian ini kita aplikasi dalam kehidupan kita selepas ini dan sekuat manakah  kesabaran kita dalam membina jati diri yang sejati dengan mengambil ibrah daripada penularan wabak ini. Setiap yang terjadi ini pasti ada hikmahnya. Semoga kita sentiasa  berfikiran positif dan bersyukur dalam menjalani kehidupan seharian.

 

Nukilan: Nadia Rawi

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.