in

Puisi: Menjelang Subuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ada seorang sahabat pernah perkenalkan saya pada puisi. Sejak itu, saya cuba tulis puisi. Khas untuk dia, iaitu sahabat saya. Ada juga puisi bertemakan ketuhanan atau persahabatan. Saya tulis sekadar untuk meluahkan rasa dan perasaan. Selamat berpuisi. 

Indahnya waktu dinihari

Dingin dan sejuk

Sunyi dan sepi

Tatkala manusia masih dibuai mimpi

Rasa keinsafan meresap ke dalam jiwa

Muhasabah diri yang lemah

Berdiri di hadapan Tuhan Maha Kuasa

Jiwa ini terasa tenang

Segala kekusutan lenyap seketika

Berduaan dengan Maha Pencipta

Melantun ayat-ayat cinta dariNya

Syukurku adanya waktu ini bersamaMu.

 

Sahabat sekalian, seperti mana kita maklum bahawa waktu dinihari ialah antara jam 3 hingga 5 pagi. Apa yang kita lakukan waktu ini? Saat manusia tidur lena, ada sebahagian manusia yang bangkit daripada tidurnya untuk merintih, berdoa dan mengadu pada Allah Yang Satu. Allah sangat memuliakan hambaNya yang bangun untuk beribadah dalam waktu itu meskipun hanya menunaikan solat dua rakaat. Allah juga meninggikan darjat mereka yang bangun malam dengan ganjaran pahala yang sangat banyak. Orang yang solat sunat pada jam 3 petang tidak sama darjatnya dengan orang yang solat sunat pada jam 3 pagi. Sama juga, orang yang baca Quran pada waktu tengah hari tidak sama dengan darjatnya orang yang baca Quran pada jam 4 pagi. Begitulah Allah menunjukkan sifat rahmatNya malah Allah berjanji akan memakbulkan semua doa hambaNya yang berdoa dalam waktu dinihari. 

SurahAl- Israa’. Ayat 079.

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

”Saya bukan tak nak bangun, tapi tak pernah terjaga dan biasanya terbabas.” Begitulah keluhan yang biasa kita dengar. Jika kita sudah berazam untuk bangun malam kerana Allah, niat sungguh-sungguh, kunci jam dan mintalah pada Allah supaya kita terjaga. InshaAllah. Allah akan memudahkan urusan kita untuk bangun mengabdikan diri kepadaNya. Apabila kita sudah terbiasa dan menjadi rutin harian dalam hidup kita untuk bangun solat dua rakaat, kita pasti akan terjaga dengan sendirinya. Badan kita pun ada ‘sensor’ tau. Allah akan bantu kita apabila niat kita ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sekiranya kita tertinggal amalan ini, kita rasa seolah-olah hidup kita tidak lengkap pada hari itu. Ada saja yang tidak kena. Rasa kusut, marah saja memanjang dan urusan menjadi kelam-kabut. Macam mana nak tahu? Kenalah cuba dulu. Cuba amalkan. Amalan ini juga amalan para nabi dan sahabat. 

”Ya Allah, sudilah pandang kami. Bantulah kami. Bimbinglah kami di jalan kebaikan dan jangan sesekali tinggalkan kami”

 

Anis binti Semail
Guru,
Kajang Selangor.

Leave a Reply

Loading…

Raja Kuno Yang Ulat Buku Dan Perpustakaan Yang Hilang Ribuan Tahun

Usah Takut Membaca Buku Indonesia! Kita Ada Andrea Hirata