in

Puisi: Lelaki Biasa Itu Ayahku

 

Penulis mengilhamkan puisi ini sebagai satu bentuk penghargaan kepada seorang lelaki yang bergelar ayah. Pada mata penulis, lelaki biasa itu cinta pertamanya dan Tuhan cinta teragungnya. Walaupun dia cuma lelaki biasa, dia ialah seorang ayah yang telah menjaga dan membesarkannya sehingga dewasa dan berjaya. Berkorban kudrat dan seluruh tenaganya. Memberi didikan duniawi dan ukhrawi. Puisi ditulis pada waktu malam sambil ditemani bulan dan bintang.

Pada bait pertama, penulis menggelarkan dirinya sebagai seorang gadis. Sejak kecil, penulis mengenali seorang lelaki di hadapannya yang dipanggil dengan nama ayah. Penulis bersama ayah dan keluarganya tinggal di sebuah perkampungan kecil yang indah bersama alam flora dan fauna ciptaan Tuhan. Menurut penulis, peribadi ayahnya yang baik sukar ditemui, seperti satu dalam seribu.

Bait kedua menjelaskan pada pandangan mata penulis, walaupun ayahnya seorang lelaki biasa, namun keunikan peribadi ayahnya menjadikan lelaki biasa itu seorang yang luar biasa. Dia bukan seorang doktor, menteri, raja dan sebagainya, tetapi atas nama ayah dia insan yang luar biasa. Prinsip itu tersimpan kukuh dalam hati penulis. 

Seterusnya pada bait ketiga, penulis meluahkan kekagumannya dengan mengumpamakan lelaki biasa itu seperti matahari, bulan dan merpati putih yang terus bersinar di mata penulis. Pada bait terakhir, penulis menjadikan doa sebagai tanda kasih sayang kepada ayahnya. Penulis berharap agar Allah swt mengurniakan kebahagiaan buat ayahnya dan membalas segala pengorbanan yang telah dia korbankan.

Pengulas;

Amal Fatinah

 

Leave a Reply

Loading…

Budaya Membaca di Rumah

Abbas Ibnu Firnas : Manusia Pertama Yang Terbang