Takdir ini datang bagai dedaun nan kering

Melayar hampar di hempedu rasa

Walau sakit ditelan masa

Biar waktu menentukan kita.

Menurut Toto Tasmara sabar berarti memiliki ketabahan dan daya tahan yang sangat kuat untuk menerima beban, ujian atau tantangan tanpa sedikit pun mengubah harapan untuk menuai hasil yang ditanamkannya.

***

Pagi ini aku menyelak denai-denai sepi yang sejuk hingga mencengkam  ke tulang rusukku. Aku membancuh secawan Nescafe 2 in 1 bagi menghangatkan badan. Aku hirup perlahan-lahan sambil menikmati angin bayu yang segar sambil melihat pemandangan Tuhan yang cukup indah. Sekali lagi aku menarik nafas dalam-dalam dan mengucap syukur dengan nikmat Tuhan.

“Maka Nikmat Tuhan yang mana hendak kau dustakan?”.

Aku memulakan pagi dengan jiwa yang baru moga setiap hari semangatku terus membara dan tak mudah lemah. Aku melangkah masuk perlahan-lahan ke ruang pejabat persendirianku. Di sini lah ruang dimana aku bekerja, menulis dan di sini juga ruang tempatku mencari rezeki. Meski agak kecil tetapi ia sempurna dan minimalis.

Aku menyemak semula e-mel yang adikku kirimkan dua minggu lepas masih belum aku buka dan baca. “Maafkan kaka, adik” getusku di dalam hati. Di dalam e-mel tersebut, adikku menyatakan dia sangat penat untuk berhadapan masalah yang membuatnya lemah dan lemas. Berikut e-mel yang dikirimkan adikku.

“Assalammualaikum kakakku sayang, apa khabar? Diharapkan kakak berada dalam jagaan Allah SWT . Walaupun jarak memisahkan kita dua lautan tetapi terasa sangat dekat dihati. Jujur adik rindukan kakak! rindu gurau nakal kakak, rindu nasihat-nasihat yang kakak berikan. Kakak banyak sangat yang adik ingin luahkan tetapi terasa sebak didada, mulut adik terasa bungkam sekali tidak mampu untuk meluah.

Seringkali adik menangis meratap bersendirian, adik selalu menyalahkan takdir kenapa semua menimpa adik satu persatu. Kenapa semua benci adik? Kenapa tiada suatu pun orang nampak kebaikan yang adik lalukan. Semua beranggapan adik toksik. Sedangkan adik tegur benda yang betul, mereka kata adik kuno ketinggalan zaman dan tidak mengikut peredaran zaman. Adik selalu menegur rakan sebilik adik supaya menutup aurat dengan sempurna, jangan tinggalkan solat.  Sedangkan itu adalah kewajipan adik untuk menegur mereka sesama muslim. Tetapi adik pula yang dikata penyibuk. Sebak hati adik sedangkan adik sangat sayangkan mereka.

Tapi pada akhirnya doa-doa adik semakin jelas, benarlah Allah itu bersama-sama dengan orang yang sabar. Sungguh adik perlukan dakapan kakak sekarang. Sungguh adik tak mampu untuk menjalani hari-hari yang mendatang.”

Salam Kasih Penuh Kerinduan,

Adikmu,

Humaira.

Setelah aku baca berulang kali baru aku sedar betapa besar pahalanya orang sabar dalam menempuh ujian ini. Sungguh wahai adikku kau begitu beruntung sekali kerana setiap kali kau bersabar ketika  menegur mereka seolah-olah kau sedang berperang dan sedang memadamkan api kejahilan mereka. Tenanglah adikku, kelak mereka akan sedar teruskan sahaja kau menitip doa sepertiga malam buat mereka.

***

“Assalammualaikum wahai adikku sayang, maaf atas kelewatan membalas kiriman e-mel darimu, maaf juga andai kakakmu ini senyap buat sementara waktu. Kesibukkan kerja menjadi penghalang untuk kita berbalas kiriman.

Duhai adikku sayang, kakakmu ini sedang mengait pesan-pesan untukmu agar engkau masih berdiri teguh menahan sabarmu itu. Sungguh kau insan yang bertuah menjadi asbab untuk mereka mengenal agama dengan lebih dekat. Wahai adikku masihkah kau ingat Ustazah Rahmah pernah menceritakan kehebatan orang sabar dalam mengajak orang lain mengenal Agama Allah dengan lebih dekat. Teramat besar dan beruntung orang itu.

Wahai adikku sayang, sabar orang yang berdepan dugaan yang sentiasa berlapang dada serta menyerahkan diri hanya kepada Allah swt semata-mata. Tidak pernah mengeluh ketika ujian melanda diri sentiasa bersikap tenang walau seberat mana pun ujian. Sungguh besar makna sabar dalam diri setiap muslim.

Pesan-pesan kakakmu ini bukan sahaja untuk kamu malahan juga buat kakak yang sentiasa kalah dengan bisikan nafsu. Orang yang sabar ini akan dikelilingi malaikat dan kebaikan manakala orang yang di panah dengan api kemarahan malaikat akan menjauhi malah yang datang adalah syaitan yang menggoda manusia. Ingat syaitan ini sangat licik dan keji!.

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”21 (QS. Al-Baqarah : 153)

Manusia sebagai hamba Allah harus selalu bertakwa kepada khaliqnya bila ingin hidupnya selamat. Sabar dan takwa merupakan kunci dalam mengarungi kehidupan sebagai hamba yang berbakti kepada Tuhannya.

Sungguh jelas ayat diatas untuk menjadi muslim sejati yang menang dan berjaya amat perit liku-liku ujian yang mendatang. Walau kadang penat dan mengeluh malah kadang kala sedikit rasa kesal di dalam hati. Tetapi ingat untuk mendapat syurga itu bukanlah percuma kesabaran hari ini akan mendapat kemenangan dan kemasyhuran di akhirat kelak. Sungguh janji Allah itu pasti. Yakinlah!

Wahai adikku sayang. Besar sungguh harapan kakak kepadamu, hanya kamu satu-satunya adik kakak teman sepermainan, gurau senda dan tawa sentiasa melakar di hati kakak. Kadangkala kakak sentiasa melihat potret kita sekeluarga. Senyummu sangat manis kau sangat indah buat kami. 

Duhai adikku , kecekalanmu hari ini akan membuahkan hasil. Yakin dan percayalah. Teruskan usaha-usaha dakwahmu dan jangan pernah putus asa. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

Akhir kalam, hanya sedikit sahaja pesan-pesan kakak untukmu, moga ia melikat dihatimu dan moga kau teus TENANG dan SABAR.”

Salam Penuh Cinta,

Kakakmu,

Ainun.

Terimalah puisi yang tak berlagu ini .Hanyalah sekadar pesan-pesan untuk kau ingati,

SABAR

Ketika kau bersabar dalam ujianmu

Sungguh kau sangat bertuah

Kau bagai berperang dimedan perang

Menahan api kemarahan dan kejahilan

Sabar kau menyelami rasa

Seusai rindu yang bertasbih

Sujud penawar duka

Api bertukar air

Ketika panas menjadi sejuk

Luka menjadi cinta

Hanya dengan sabar

Iman dan takwa mengiringi langkahmu.

Nukilan,

Nur Ashikin binti Ahmad Laduni

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.