in

Pentingnya “Me Time” untuk Seorang Ibu

Tidak dnafikan bahawa wanita merupakan makhluk yang diciptakan Allah mempunyai sifat yang istimewa berbanding daripada lelaki. Sehinggakan dalam al-Quran termuat satu surah bernama an-Nisa (wanita). Malah Rasulullah saw pun berwasiat berkenaan wanita dalam khutbah terakhirnya di gunung Arafah,

“…wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..”

Wanita itu ibarat kaca. Mudah pecah jika diperlakukan dengan kasar. Maka tiada kaedah lain dalam mendidik mereka kecuali dengan kelembutan. Walau sekeras mana hati seorang wanita namun apabila dituntun dengan perlahan, penuh cinta dan kasih insya-Allah mudahlah hatinya cair.

Kalbu seorang wanita adalah lemah-lembut. Sebab itu golongan mereka ini lebih layak menjaga dan mengasuh anak. Wanita adalah insan yang sangat sensitif dan mudah memahami kehendak anak-anak walaupun anak itu masih bayi. Mereka tahu bila masa si bayi itu lapar, kesejukan, tidak selesa, sakit dan sebagainya.

Sementelahan itu, ramai mengatakan wanita adalah makhluk ajaib. Mengapa? Kerana mereka mampu mengerjakan beberapa tugas dalam satu masa. Mereka boleh fokus terhadap beberapa kerja walaupun ketika itu mereka sedang menjaga anak-anak. Ajaib bukan? Tidak hairanlah Rasulullah pernah mengatakan bahawa pahala lelaki yang pergi berjihad dan beribadah lsama dengan pahala wanita yang sibuk mengurus hal-ehwal rumah tangganya.

Disebut dalam Syu’abul Iman hadis riwayat imam al-Baihaqi rahimahullah, Asma binti Yazid ra pernah mengadu kepada Rasulullah saw,

“Kami kaum perempuan terpencil dalam rumah tangga kalian (kaum lelaki), menjadi tempat saluran syahwat kalian, dan mengandungkan anak kalian. Dan sesungguhnya kalian kaum lelaki dilebihkan atas kami dengan solat Jumaat dan solat berjamaah, menjenguk orang sakit, menyaksikan jenazah, berulang kali menunaikan haji dan lebih daripada ini semua, adalah jihad di jalan Allah. Dan jika satu orang daripada kalian keluar untuk berhaji atau umrah atau berjaga-jaga di sempadan(ribath), kami lah yang menjaga harta kalian, dan kami lah yang mendidik anak-anak kalian. Lalu, apa yang boleh kami lakukan agar pahala kami dapat setara dengan kalian wahai Rasulullah?

Maka Rasulullah saw menolehkan seluruh bahagian wajahnya kepada para sahabat kemudian bersabda, 

“Adakah kalian pernah mendengar perkataan wanita yang lebih baik dari pertanyaan wanita ini tentang urusan agamanya?”

Para sahabat pun menjawab,

“Wahai Rasulullah, kami tidak pernah menyangka wanita akan meminta petunjuk sampai sebegitu.”

Maka Nabi saw menoleh ke arah Asma binti Yazid  kemudian bersabda,

“Beranjaklah dan katakan kepada perempuan selainmu bahawa siapa sahaja diantara mereka yang melayani suaminya dengan baik dan mencari keredaannya serta mengikuti persetujuannya, maka pahalanya sama dengan semua yang kamu tanyakan tadi.” (HR Imam al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

Masya-Allah, cukuplah kisah yang ringkas ini dapat menjadi pembakar semangat para wanita dalam mengerjakan tugas-tugas di rumah yang seakan tak pernah habis. 

Namun demikian, ada masa-masanya seorang isteri itu mengalami keadaan mental “burnout”. Apakah itu? 

Burnout merupakan suatu keadaan dimana seseorang itu berasa sangat letih dari segi mental. Kepenatan mental ini bahkan lebih teruk daripada kepenatan fizikal. Letihnya fizikal apabila dibawa tidur, rehat secukupnya maka kita akan bangun dengan rasa segar dan bersedia untuk melakukan semula aktiviti seperti biasa.

Manakala mental yang terlalu penat walaupun selepas tidur, ia tidak memberikan kesan apa-apa. Malahan kalau boleh ingin saja tidur sepanjang hari, tidak bersemangat melakukan apa-apa aktiviti, rasa malas yang teruk. Sehinggakan seorang yang bergelar ibu enggan lagi berdekatan dengan anaknya, tidak mahu ada gangguan tangisan dan rengekan daripada anak-anaknya. 

Ada yang ketika mengalami burnout, mereka akan keluar rumah. Pergi berjalan-jalan bersama kawan pergi spa atau salon untuk merawat tubuh badan dan penampilan, ada pula yang “shopping” dan seumpamanya. Mereka namakan ia sebagai “me time”.

Disediakan oleh: Shafiyyah Matt


Hantar karya anda di emel [email protected]

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Adakah Kita Sudah Tawakal yang Sebenar-benarnya?

Walaupun Sudah Berkahwin, Jangan Abaikan Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa