Muktazilah ialah sebuah mazhab akidah yang memberikan keutamaan kepada akal hingga menjadikan akal itu suatu pemutus hukum-hakam di dalam agama. Bagi golongan ini mereka mementingkan serta meninggikan kedudukan akal melebihi dalil syarak. Pendirian mereka ini juga berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud :

“Agama ialah akal, barangsiapa tidak punya agama maka ia tidak mempunyai akal”

Namun sebahagian ulama menyatakan bahawa hadis ini batil. Telah berkata Imam An Nasai ini ialah sebuah hadis yang batil lagi munkar. Dalam Kitab Al Manarul Munif, Imam Ibnu Qayyim rahimahullah berkata semua hadis yang berhubungan dengan akal adalah palsu.

Hal ini menunjukkan bahawa hadis yang menjadi rujukan serta pegangan Muktazilah selama ini adalah palsu dan tidak boleh di imani akan makna hadis tersebut.

Berdasarkan konsep akal inilah golongan Muktazilah telah menafsirkan ayat Al Quran sesuai dengan pertimbangan akal mereka semata-mata.  Kewujudan konsep pegangan Muktazilah ini juga dipercayai menyelinap ke dalam akidah Islam akibat daripada perbuatan orang-orang yang memeluk Islam tetapi dengan berniat buruk dan jahat.

Hal ini kerana ia telah muncul selepas Khalifah Al Makmun mengizinkan kitab-kitab tamadun Yunani diterjemah ke dalam bahasa arab. Disebabkan itu, ada dikalangan mereka yang terpengaruh dengan falsafah Yunani sehingga fikiran mereka telah diracuni dan dibutakan pandangan dengan kekaguman terhadap ilmu falsafah.

Orang pertama yang dikaitkan dengan mazhab Muktazilah dikenali sebagai Wasil bin Atha. Beliau merupakan anak murid kepada seorang tokoh besar ulama di Baghdad iaitu Imam Hassan Al Basri. Beliau telah berbeza pandangan dengan gurunya Imam Hassan Al Basri, lalu beliau telah keluar meninggalkan majlis ilmu gurunya dan kemudian mengadakan kumpulan ilmunya sendiri. Tindakan beliau itu telah menyebabkan beliau dan kumpulannya dikenali sebagai Mukatzilah (terpisah) dari majlis ilmu gurunya.

Golongan Muktazilah ini ialah golongan yang terperangkap dengan pemikiran logik dan falsafah. Kesudahannya mereka telah mengadaptasikan Al quran dengan pemikiran falsafah. Dalam Kitab Tarikh al Mazahib al Islamiyyah, Syeikh Muhammad Abu Zahrah menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor mereka terpengaruh dengan falsafah antaranya:

  1. Menerusi ilmu falsafah, mereka merasakan keanjalan dalam penggunaan akal sehingga mampu untuk memperkukuhkan hujah-hujah mereka. 
  2. Ketika golongan falsafah menggempur prinsip-prinsip pemikiran Islam, golongan Muktazilah menawarkan kepada mereka perdebatan. Akibatnya, Muktazilah terpaksa menggunakan sebahagian metodologi golongan falsafah dalam berdebat dan menyampaikan argumentasi.

Sejarah telah mencatatkan fahaman Muktazilah telah berjaya mempengaruhi orang Islam termasuk beberapa orang khalifah selama kira-kira 300 tahun sehingga diangkat menjadi mazhab rasmi negara ketika itu.

Ramai ulama yang enggan berpihak dan menyokong pendaat mereka menjadi mangsa tahanan, penderaan dan hukuman yang zalim. Antaranya termasuk Imam Ahmad bin Hanbal yang bertegas mempertahankan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah berhubung isu Al quran ialah kalam Allah dan bukannya makhluk.

Oleh kerana akal dianggap lebih utama dan lebih tinggi berbanding nas Al quran dan hadis, maka ayat-ayat Al quran ditafsir menurut kesesuaian akal mereka. Bahkan hadis Nabi SAW ditolak jika kandungan hadis tersebut tidak selaras dengan logik akal mereka.

Pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai peranan akal dalam urusan agama amat jelas. Para ulama tidak menafikan kedudukan penting akal tetapi tidak lah sehingga memberi tempat utama dan kedudukan tinggi melebihi wahyu Allah Azza Wa Jalla.

Beberapa asas prinsip pemikiran yang terpenting bagi Muktazilah adalah mengenai konsep keadilan. Mereka percaya dengan keadilan-Nya, Allah SWT membiarkan manusia menciptakan amal perbuatan mereka sendiri, sama ada baik atau buruk.

Dengan keyakinan tersebut, mereka menolak keberadaan takdir. Kewujudan takdir dikatakan akan mencampuri perbuatan seseorang hamba, maka ini sudah tentu akan bercanggah dengan keadilan Allah SWT. Diatas asas prinsip keadilan ini, maka yang menentukan baik buruk sesuatu perkara itu ialah akal bukannya wahyu.

Begitu juga dalam soal perbahasan mengenai kedudukan pelaku dosa besar. Pada iktikad mereka, pelaku dosa besar tidak boleh dihukum beriman sebagaimana mereka juga tidak boleh dihukumkan kafir. Sebaliknya mereka itu digelar fasik dan akan kelak akan kekal di dalam neraka walaupun mereka beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Namun begitu, Muktazilah berpendapat azab yang dikenakan ke atas pelaku dosa besar di akhirat lebih ringan berbanding seksaan terhadap orang-orang kafir.

Selain itu beberapa iktikad mereka bercanggah dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya termasuklah menolak peristiwa Mikraj, beranggapan Al quran ialah makhluk dan bukannya kalam Allah, menolak segala sesuatu atas izin Allah dan berpendirian semuanya diatas daya usaha manusia, Mereka juga menolak kewujudan Arasy dan Kursi Allah.

Bagi mereka Arasy dan Kursi itu ialah lambang kekuasaan semata-mata. Mereka juga menolak kewujudan azab kubur, menolak kewujudan proses perhitungan yang disebut hisab, menolak kewujudan syafaat baginda Nabi dan lain-lainnya.

Dalam era modenisasi ini, golongan Muktazilah boleh kita simpulkan sebagai gerakan Liberal yang suka mengajak manusia kembali berfikir akan hakikat syariat Islam yang sebahagiannya dianggap sebagai diskriminasi gender, penindasan dan ketidak adilan sosial. Sebahagiannya juga wujud fahaman anti hadis dengan mempersoalkan ketulenan hadis yang diwarisi dari zaman ke zaman. Kita semua harus berwaspada dan berhati-hati dengan fahaman ini yang bukan sahaja menyimpang bahkan sesat lagi menyesatkan.


Disediakan oleh,

Muhammad Faidhi

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.