Sejak virus Covid-19 membaham manusia satu per satu, ada rumah tangga yang diuji dengan begitu dahsyat. Duit gaji suami tidak mencukupi membiayai semua tanggungan. Segala kehendak anak dan isteri terpaksa dihadkan seketika.Natijahnya, isteri terkena serangan emosi berkali ganda apabila memikirkan cara untuk mencapai apa yang diinginkan selama berkahwin tidak dapat dicapai setakat ini. 

Suami yang sepatutnya bertanggungjawab menghulurkan nafkah, kini tidak lagi mampu seperti di awal perkahwinan dahulu. Isteri mulai merungut dan membebel sehingga mencetuskan pergaduhan yang rumit.

Pertelingkahan antara suami dan isteri semasa pandemik membawa kepada pengakhiran yang sadis, yakni membunuh hubungan yang termeterai tersebut dengan bencana penceraian. Allah akhbar!

Adakah ini sebenarnya cara yang dituntut dalam Islam bagi meleraikan masalah yang timbul?

Sewaktu merebaknya penyakit ini, kita tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri. Ada faktor, kesan dan risiko yang mesti dipertimbangkan saat kita semua sedia maklum akan kegawatan ekonomi yang sedang perlahan-lahan jatuh merudum. Kerajaan juga pasti akan bankrap sekiranya berterusan mengagihkan bantuan kepada semua pihak.

Mungkin si isteri bengang kerana barang keperluannya seperti alat solek, pakaian, bag, kasut telah pun lusuh dan perlu pula di ganti semula. Lagi-lagi harganya pula dalam ratusan ringgit. 

Apakah perkara yang lebih penting dan wajib diutamakan berbanding membeli sesuatu kehendak ketika krisis kewangan semakin teruk?

Sebenarnya, barangan asas wanita tadi boleh menjadi keperluan atau kehendak bagi setiap perempuan. Jika diteliti lebih lanjut, barangan tersebut termasuk dalam kategori kehendak dan tidaklah wajib dipenuhi buat masa kritikal sekarang ini. 

Wajar sekiranya ada sebahagian suami tidak memenuhi kemahuan isterinya disebabkan kewangan telah terjejas dan hanya mampu menjamah keluarga dengan cukup-cukup makan.

Lantas, mengapa masih ada lagi sesetengah isteri berkeras hati dan berdegil? Bukankah memenuhi keperluan hidup dengan makanan asas misalnya lebih didahulukan jika dibandingkan dengan perhiasan dan aksesori?

Qanaah ialah satu perkataan yang jarang-jarang kita dengarkan. Malahan, bukan semua wanita mampu mengimplementasikannya dalam kehidupan berumah tangga.

Menurut Dr. Hardisman Qanaah membawa kepada pengertian,

“Qanaah bererti bahawa seseorang bersyukur dan merasa berkecukupan terhadap apa yang diterimanya, sehingga ia tidak meminta-minta belas kasihan orang lain.” 

[Tuntutan Akhlak dalam Al-Quran dan Sunnah, hal. 33. Penerbit Andalas University Press. Cetakan Pertama 2017. Penulis: Dr. Hardisman  MHID, Phd]

Sikap qanaah ini wajar disantuni oleh semua golongan wanita bagi membentuk jati dirinya yang solehah. Apabila seorang wanita berhasil menghiasi akhlak dan peribadinya dengan qanaah tersebut ketahuilah bahawa segala kekurangan suami akan diterima.

Oleh hal yang demikian, penulis merumuskan tiga tip paling asas bagi menanam kembali sikap qanaah. Mudah-mudahan semakin ramai wanita yang celik dan menyedari akan keindahannya. Antaranya ialah,

1. Sentiasa bersyukur.

Bersyukur atas setiap nikmat yang Allah anugerahkan akan mendorong para wanita kurang mengeluh terhadap apa yang dipinta. Orang yang bersyukur, Allah tambahkan lagi nikmat dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah Taala,

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلٰلًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“Maka makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” [Surah An-Nahl:114]

2. Reda dengan segala ketentuan-Nya.

Bererti, seorang isteri belajar menerima ujian yang sedang membadai rumah tangga dengan hati yang reda. Khasiat reda ini akan selalu mengajarkan kepada wanita agar bersabar dalam apa jua dugaan dan kesusahan yang menimpa.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin ’Amr bin Al ’Ash, Rasulullah ﷺ bersabda,

“Sungguh beruntung orang yang diberikan petunjuk dalam Islam, diberikan rezeki yang cukup dan qanaah (merasa cukup) dengan rezeki tersebut.” [Sunan Ibnu Majah no. 4138. Shahih dalam Shahih Sunan Ibnu Majah oleh Syaikh Al-Albani]

3. Berhenti membanding-bandingkan. 

Jangan terlalu melihat kesenangan orang lain kerana ia boleh mewujudkan kecemburuan yang pahit. Hal ini menyebabkan anda terpaksa memiliki apa yang dipunyai oleh seseorang dalam situasi anda pula tidak berkemampuan. 

Jika anda berterusan berkelakuan sedemikian anda tidak akan menemui titik ketenangan, melainkan jiwa yang sakit dan meronta-ronta menyaksikan kelebihan yang semakin melonjak daripada orang lain.

Kata Ahmad Rifa’i Rif’an, penulis best seller dari Indonesia,

“Jangan suka membanding-bandingkan dirimu dengan orang lain. Kita punya mimpi yang beda, punya potensi yang beda, punya kebutuhan yang beda, punya standar kebahagiaan yang beda. Belum tentu yang membahagiakan bagi orang lain, jika kita miliki juga akan membahagiakan kita. Jadilah dirimu sendiri.”

[The Perfect Muslimah, hal. 197. Penerbit PT Elex Media Komputindo. Cetakan Pertama 2021. Penulis: Ahmad Rifa’i Rif’an]

Gaji suami berjumlah RM 500 rpada setiap bulan tidak sama dengan gaji suami jiran sebelah RM 5000. Isteri tidak boleh berbelanja seperti jiran yang gaji suaminya melebih daripada gaji suami sendiri. 

Buat masa ini perbanyakkan mengadu kepada Allah SWT. Seringlah beristighfar kerana kunci kepada kebahagiaan dan kesudian menerima takdir yang ditetapkan tanpa ada perasaan protes akan menghapuskan debu-debu kedukaan.Usahlah terlalu berkira-kira. Sokong dan bantulah mengelap keringat suami dengan usahakan sesuatu bersama sekiranya berasa rezeki tidak mencukupi. Layaklah kaum wanita memasuki mana-mana pintu syurga jika dia telah mematuhi seluruh perintah suaminya. 

Layaklah bagi seorang isteri menjadi pendamping yang menenangkan hati suaminya di rumah.

Daripada Abu Hurairah RA berkata,

Pernah ditanyakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab baginda, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami kepada diri dan hartanya sehingga membuat suaminya benci.”

[Sunan An-Nasai no. 3231. Hasan Shahih dalam Shahih Sunan An-Nasai oleh Syaikh Al-Albani]

Disediakan oleh,

Syuhara Suriati

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.