Fitrah asal kejadian manusia yang diciptakan Allah SWT merupakan sebaik-sebaik kejadian sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Tin 95: [4]

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya

Manusia merupakan makhluk yang diciptakan dengan begitu baik dari segi rupa paras, fizikal tubuh badan serta pancaindera berbanding makhluk lain. Namun saban hari, kita dihidangkan dengan isu-isu berkenaan mengubah ciptaan Allah SWT yang semakin merisaukan dalam kalangan masyarakat hatta dalam kalangan orang Islam sekalipun. Sebelum tajuk ini dibahaskan lebih lanjut, marilah kita memahami terlebih dahulu definisi mengubah ciptaan Allah SWT. 

Mengubah bermaksud menukar atau menjadikan sesuatu itu berbeza daripada asalnya. Manakala ciptaan adalah sesuatu yang diciptakan. Oleh itu, mengubah ciptaan Allah SWT ialah perbuatan mengubah rupa bentuk serta fizikal tubuh badan secara mutlak dengan pelbagai cara demi memenuhi kepuasan hati dan juga untuk kecantikan diri.

Perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT boleh terbahagi kepada dua perbahasan utama iaitu:

  1. Perbuatan mengubah yang dilarang (haram)
  2. Perbuatan mengubah yang dibenarkan syarak (keperluan)

Larangan mengubah ciptaan Allah SWT berdasarkan firman-Nya dalam surah an-Nisaa’ 4: [119]

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَأَمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلْأَنْعَٰمِ وَلَأَمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيْطَٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Maksudnya; “Dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan akan aku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka, dan akan aku suruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternakan (lalu mereka betul-betul memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah (lalu mereka betul-betul mengubahnya). Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata”.

Dapat difahami bahawa perbuatan mengubah ciptaan ini didorong oleh hawa nafsu dan godaan syaitan sesuai dengan janjinya untuk menyesatkan anak Adam supaya melakukan perkara yang dilarang Allah. Asalnya segala bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan anggota tubuh manusia adalah dilarang dan diharamkan jika dilakukan untuk tujuan kecantikan dan untuk kepuasan hati bukannya kerana ada keperluan perubatan yang dibenarkan syarak. Contohnya:

  1. Menukar jantina lelaki kepada wanita dan sebaliknya
  2. Melakukan pembedahan kosmetik untuk kecantikan
  3. Menyambung rambut (hair extension)
  4. Membuat tatu dan mengikir gigi
  5. Mencukur bulu kening dan suntik botox (mempunyai unsur najis)

Kesemua perbuatan tersebut haram kerana mengubah fitrah asal kejadian dan mempunyai unsur penipuan iaitu menampilkan perkara yang bukan asli. Bahkan menjurus kepada pembaziran wang dalam perkara mungkar serta dilaknat Allah.

Perbuatan mengubah yang dibenarkan syarak pula merupakan suatu keperluan kepada manusia yang dilakukan untuk tujuan perubatan atau untuk membuang kecacatan di tubuh badan seseorang yang boleh mendatangkan keaiban kepada diri jika mengekalkannya. Contoh:

  1. Pembedahan sumbing mulut
  2. Membuang misai atau janggut bagi wanita
  3. Membaiki gigi yang rosak (memakai braces)
  4. Pemindahan organ untuk menyelamatkan nyawa
  5. Pembedahan plastik untuk perubatan dan pemulihan.

Kesemua perbuatan tersebut hakikatnya mempunyai unsur mengubah ciptaan Allah SWT namun ianya dibenarkan syarak berdasarkan situasi tertentu. Sebagaimana wajib bagi wanita yang mempunyai misai atau janggut diwajahnya untuk mencukurnya menurut ulama Malikiyyah supaya tidak mengaibkan diri mereka. Firman Allah SWT

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ

Maksudnya: “Allah menginginkan kemudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu.” (Surah al-Baqarah 2: [185])

Berdasarkan ayat tersebut segala apa yang mendatangkan kemudharatan atau keaiban kepada diri boleh dihilangkan dengan cara perubatan dan sebagainya yang diharuskan dengan niat sebagai keperluan kerana Allah telah memberikan kemudahan. Perubahan yang dibenarkan syarak itu juga sesuai dengan kaedah fiqh iaitu:

“اَلضَّرَرُ يُزَالُ”

Maksud: “Bahaya mesti dihapuskan”

Sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa memenuhi dada dengan ilmu agama agar terhindar daripada perbuatan yang dilaknat Allah SWT. Sesungguhnya, ciptaan Allah itu sudah sempurna dan mempunyai keindahan tersendiri jika kita benar-benar menghayatinya.

Cantik itu fitrah dalam diri setiap orang, namun matlamat tidak menghalalkan cara sehingga berlakunya perubahan fitrah asal. Terima segala yang diberikan Rasullulah SAW dan tinggalkan segala yang dilarangnya.

“Cantik Yang Sebenar Adalah Dilihat Kepada Adab & Hati Seseorang”

Disediakan oleh,

Nurul Afifah


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.