وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا 

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Dua ayat di atas merupakan perintah Allah s.w.t. kepada umat Islam untuk bersatu hati supaya tidak mudah untuk musuh menjatuhkan keharmonian Islam . Sesuai dengan slogan,

“Bersatu Hati Membina Ummah”

Hidup dalam berjemaah merupakan satu cara untuk mengukuhkan fikrah orang-orang Islam. Fikrah bermaksud Pemikiran dan minda seseorang yang boleh mempengaruhi cara berfikir dan bertindak balas terhadap sesuatu perkara. Definisi Fikrah Islam daripada menurut Imam Hasan Al-Banna;

“Islam adalah menyeluruh (syumul) dan mencakup semua bidang hidup (mutakaamil); Islam adalah negara dan watan (tanahair) atau pemerintah dan ummat. Islam juga adalah akhlak dan kekuatan Atau rahmat dan keadilan. Islam juga adalah peradaban (tsaqafah) dan perundangan atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Islam juga bermaksud material dan hartabenda atau usaha dan kekayaan. Islam adalah Jihad dan dakwah atau tentera dan FIKRAH(pemikiran). Akhir sekali Islam adalah akidah yg benar dan ibadah yg sah.”

Fikrah islam ialah untuk menegakkan Islam, mewujudkan pemerintahan atas dasar al-Quran dan as-Sunnah walaupun terdapat perbezaan dalam aliran dan pendapat. Oleh itu, Islam perlu bergerak dalam jemaah untuk menyatukan seluruI umat islam.

Antara persepakatan yang boleh dicontohi dari sejarah pemilihan khalifah sebagai pemimpin Islam selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w . Sebagaimana golongan Ansar dan golongan Muhajirin mencalonkan beberapa orang calon untuk dijadikan khalifah, sehinggalah mereka mengadakah musyawarah untuk memilih khalifah yang bertepatan dengan kriteria seorang khalifah. Hasil perbincangan antara golongan Ansar dan Muhajrin, kedua-dua pihak bersepakat menlantik dan membaiah saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Bai’ah kepada seseorang yang disepakati juga merupakan salah satu cara untuk membina  ummah.

Kesimpulannya, kita perlu memahami konsep hidup berjemaah. Walaupun dalam jemaah itu terdapat perbezaan pendapat dan aliran, tetapi keputusan hasil daripada satu fikrah itu adalah untuk kebaikan maslahat masyarakat walaupun hasil keputusan itu tidak disukai. Firman Allah s.w.t,

  وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Disediakan oleh,

Nik Mukhlis Nik Yusri

Qaherah, Mesir


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.