Ulasan buku sangat penting untuk mempromosikan sesebuah buku, ini kerana  setiap pembaca akan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenai buku yang telah dibaca, dan secara tidak langsung mencetuskan pelbagai idea  baharu yang dapat mewarnai dunia penulisan dan pembacaan seiring dengan  perubahan zaman. 

Selain memudahkan orang ramai untuk mencari buku yang sesuai, ianya juga  dapat menarik minat pembaca untuk mencuba bahan bacaan daripada genre yang  berlainan, disamping dapat melahirkan sudut pandangan dari arah yang berbeza  dalam setiap ulasan yang dihasilkan, dengan itu pembaca akan memiliki ruang  yang lebih luas untuk memilih sebuah buku yang terbaik dan lebih bermanfaat. 

Terdapat dua sisi pandangan tentang ulasan buku yang seharusnya perlu di kedepankan agar para pembaca mempunyai maklumat terlebih dahulu mengenai  buku yang ingin dibeli, melalui ulasan buku inilah setiap pembaca dapat menilai  kualiti sesebuah buku sekaligus mengelak dari berlaku pembaziran dengan  membeli bahan bacaan yang kurang baik isi kandungannya dan perlu dielak-baca. 

1.Sudut Positif  

Dapat kita lihat pelbagai ulasan buku yang bersifat positif daripada kalangan pembaca tidak kira ianya melalui penulisan, gambar kreatif ataupun yang berbentuk video. Jika dilihat, ulasan buku sangat besar pengaruhnya dalam mempromosikan  sesebuah buku sehinggakan rata-rata pembaca banyak yang memberikan  pandangan daripada sudut yang positif dengan pelbagai kreativiti terhasil yang  pastinya dapat memikat hati orang ramai untuk membeli dan membaca.

2.Sudut Negatif 

Berbeza sedikit dengan ulasan dari sudut negatif, Jika dilihat agak kurang  pembaca yang memberikan ulasan negatif, sedangkan inilah sebuah platform  yang seharusnya digunakan agar tidak terhasil buku-buku yang kurang  bermanfaat ataupun lebih banyak membawa mudarat kepada pembaca lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja bawah umur.

Seharusnya sudut ini  digunakan sebagai satu platform agar para karyawan dapat memperbaiki mutu  penulisan selain dapat dijadikan rujukan yang berguna ianya juga dapat meningkatkan mutu dalam penghasilan sebuah buku di masa akan datang. 

Semoga lebih ramai lagi pembaca yang tampil untuk memberikan pandangan  kreatif dan membina agar dapat menarik lebih ramai orang untuk minat membaca sekaligus menjadikan rutin seharian yang wajib dilakukan. 

Menggalas tanggungjawap sebagai pengulas sebuah buku bukanlah sesuatu yang  mudah, ini kerana mengulas buku yang ditulis oleh penulis tersohor pasti akan  terasa berat jika terdapat kontra dalam penulisan dan perbezaan pandangan,  lebih-lebih lagi jika yang dikritik dalam sesebuah penulisan itu bersangkut paut  dengan fakta yang kurang tepat, isi kandungan yang kurang baik serta kisah  mashur yang tidak shahih dan hadis-hadis palsu. 

Alangkah baiknya jika dua platform ini berkerjasama dalam menghasilkan karya  yang bermutu tinggi, disamping dapat memenuhi cita rasa para pencinta buku. Dengan itu dunia buku tidak sunyi dari “memberi” dan “menerima” pandangan  daripada penulis dan pembaca.

Disediakan oleh,

Aishah Nerina

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.