Saban hari, kita mendengar kadar perceraian yang tinggi dalam kalangan pasangan Muslim. Antara punca adalah sikap suami yang curang terhadap isterinya (tanpa dinafikan terdapatnya kes dimana isteri yang curang). Untuk makluman, curang yang dimaksudkan ialah suami atau isteri yang mempunyai hubungan skandal dengan orang lain tanpa ikatan pernikahan yang sah menurut hukum syarak dan undang-undang.

     Saya pernah bertanya kepada sahabat saya, “Awak, kenapa sesetengah lelaki ni kan, Allah kurniakan dia isteri yang cantik, bergaya, berpendidikan, bekerjaya, mampu berikan zuriat namun masih gamak berlaku curang? Lalu sahabat saya menjawab: “Gamak tak gamak. kalau dah diri tidak jaga, hati mata semua tak jaga betul-betul. Macam-macam boleh jadi. Sebab tu kena betul jaga amanah Allah tu. Tapi ramai tak boleh kerana “main foundation” tidak dijaga.”

       Ayat tersebut buat saya tersentak dan membuatkan saya teringat kepada sebuah hadith Nabi Muhammad Sollahualaiwasalam:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

(رواه البخاري)

Maksudnya: “Dan tidak aku meninggalkan selepas daripadaku fitnah yang berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita”.

(HR al Bukhari, No. 4808)

     Namun, harus diingatkan bahawa sekalipun sikap lelaki yang mudah termakan godaan seorang wanita sama ada kerana rupa parasnya, suaranya, pergerakannya bukanlah sebuah LESEN yang membenarkan perbuatan terkutuk tersebut dilakukan. Allah telah berfirman di dalam surah An Nur, ayat 30:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّونَ مِنْ أَبْصَرِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ خَبِيْرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.

An Nur, ayat 30

 Di  dalam sebuah hadith, Nabi sollahualaihi wasalam menyatakan bahawa dengan pernikahan dapat menyelesaikan dua perkara iaitu:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وِمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّومِ فَإنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

 (رواه مسلم)

Maksudnya: Wahai pemuda-pemuda, barangsiapa yang mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah kerana (dengan berkahwin itu) dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan, dan barangsiapa yang tidak mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai.

(HR Muslim, No. 1400)

     Oleh itu, Islam menjelaskan kepada kita bahawa masalah kecurangan ini boleh diselesaikan seandainya kaum lelaki di luar sana dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya disamping menjaga batas pergaulannya dengan wanita yang bukan mahramnya.

Maka, saya akhiri coretan saya dengan merujuk sebuah hadith,

فَاتَّقُوا اللَّهَ فِيْ النِّسَاءِ، فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللَّهِ، واسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ، وَلَمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تُكْرِهُونَهُ، فَإِنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبْرَحٍ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ، وَقَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا لَمْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنْ اِعْتَصَمْتُمْ بِهِ: كِتَابُ اللَّهِ

 (رواه مسلم)

Maksud: Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai isteri) dengan jaminan Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan nama Allah. Menjadi kewajiban ke atas mereka untuk tidak membenarkan sesiapa pun yang kamu tidak suka memijak rumah kamu, jika mereka berbuat demikian maka pukullah dengan tidak mencederakan mereka. Kamu pula berkewajipan menyediakan makanan dan pakaian mereka dengan cara baik, dan sesungguhnya aku tinggalkan krpada kamu sesuatu yang sekiranya kamu berpegang geguh kepadanya, nescaya tidak terpseong iaitu Kitab Allah (Quran).

(HR Muslim, No. 1218)

Disediakan oleh,

Muhammad Fathi Anwar bin Mohamad Azmi,

Setapak, Kuala Lumpur.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.