Pernahkah anda merasa terhimpit masalah sehingga sukar untuk menemui jalan keluar? Anda buntu dan hanya mampu menumpahkan air mata. Semestinya hal ini adalah lumrah untuk kita sebagai insan biasa. 

Tak mungkin Allah menciptakan tangisan dengan sia-sia tanpa ada tujuan. Betapa menakjubkan bukan, selepas kita puas menjuraikan air mata, kita merasa begitu lega. Seolah kita mendapat kekuatan semula setelah rebah seketika. 

Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a juga pernah menangis. Akan tetapi, kesedihan yang mereka alami lebih cenderung ke arah kebaikan. Iaitu demi akhirat. Walaupun mereka berduka kerana dunia, itu cumalah sekejap masa. Maksudnya mereka tidak berlama-lama diselubungi kedukaan. Mereka menangis sekadarnya sahaja.

Nabi Muhammad s.a.w pernah menitiskan air mata kerana kehilangan anak lelaki tercintanya ketika anak itu di usia masih sangat kecil. Baginda juga pernah menangis kerana kematian sahabat yang beliau kasihi. 

Rasulullah s.a.w pernah menuturkan, “..kedua mata boleh mencucurkan air mata, hati boleh bersedih, hanya kita tidaklah menyatakan kecuali apa yang diredai oleh Rabb kita..” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sememangnya Allah takkan murka andai kita dilanda kesedihan tapi Allah tak menyukai hamba-Nya yang terus-menerus berada dalam keadaan yang lemah. Tidak berusaha bangkit dari kesedihan.

Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah mengatakan bahawa tidak ada sesuatu yang paling disukai oleh syaitan, melainkan melihat seorang mukmin yang berhati murung. Ini kerana apabila seseorang Muslim atau Muslimah itu terlalu hanyut dalam lautan nestapa, maka syaitan akan mudah memperdaya mereka. Ia akan menghakis sedikit demi sedikit landasan agama yang kita pegang selama ini. 

Oleh kerana itu, pastikan air mata kita tumpah untuk hal-hal yang bermakna dan berharga iaitu air mata yang dapat menghantarkan kita ke Syurga-Nya. Sebagai contoh, menangis mengenangkan dosa-dosa silam dan berharap agar Allah mengampuni dan menghapus kesalahan itu dan digantikan oleh-Nya dengan pahala. 

Diakui, adakalanya dugaan yang kita hadapi terlalu besar ombaknya sehingga menitiskan air mata. Tak mengapa tapi pastikan hiba yang dirasai itu membuat kita kembali kepada Allah. Menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin dekat. Carilah Allah dalam setiap permasalahan yang menerpa kehidupan kita. 

Rasulullah s.a.w ada mengajarkan kita sebuah doa sekiranya ditimpa kesedihan, musibah, bencana atau apapun yang bikin hati resah gelisah;

اللهُم إِنِي أعُوذُ بِك مِن الهمِ والحزنِ وأعُوذُ بِك مِن العجزِ والكسلِ وأعُوذُ بِك مِن الجُبنِ والبُخلِ وأعُوذُ بِك مِن غلبةِ الدينِ وقهرِ الرِجالِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung kepadamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang,” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud)

Amalkanlah doa ini setiap hari disusuli dengan zikir pagi dan petang. Ikhlaskan hati dan redakan diri, insyaAllah Rabb kita yang Maha Pengasih akan menurunkan ketenangan dalam sanubari kita. 

Seperkara lagi, kesedihan yang berlanjutan tanpa mahu merawatnya akan merampas tenaga, semangat dan wawasan kita. Kesannya akan menjadikan diri kita letih, penat dari segi mental bahkan menjalar sampai ke fizikal kita. Ini merupakan hal yang tak elok untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kita. Apabila zahir dan batin sakit maka ibadah kita pun akan terjejas. Penyakit pula senang datang..

Menyedari hakikat di atas, maka berada dalam keadaan hiba biarlah untuk seketika, jangan terlalu lama disemat dalam hati. Nikmatilah peluang kehidupan yang masih Allah beri kepada kita. Pergunakan ia untuk manfaat kepada diri sendiri, juga orang lain.

Disediakan oleh: Shafiyyah Matt

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.