“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis”

Novel Terusir menceritakan tentang episod kehidupan Mariah yang malang bermula apabila rumah tangga  yang dibinanya musnah akibat fitnah emak mertuanya sendiri. Selepas dihalau oleh suaminya dan  dipisahkan pula dengan anak kandungnnya, hidup Mariah menjadi sengsara sehingga dia terpaksa melakukan kerja yang haram untuk menyara kehidupannya sehinggalah terjadi sebuah tragedi yang menemukannya dengan anaknya, Sofyan.

Novel yang telah diberi nafas baru oleh Jejak Tarbiah ini membawa sudut pandangan seorang perempuan sebagai  seorang ibu, isteri dan menantu. Benarlah! Kasih seorang ibu sepanjang hayat.

Semasa membaca karya ini, saya dapat merasai kesakitan seorang isteri apabila suami sendiri tidak mempercayai lantaran menceraikan dirinya. Memang mudah untuk menabur fitnah tetapi tidak mudah untuk melafazkan maaf. Begitulah yang terjadi di antara Azhar dan Mariah. Dikutuk perempuan itu,  ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis padahal lelaki itu lebih iblis.

Itulah hikmah dosa besar bagi mereka yang menabur fitnah! Kita seharusnya menyiasat terlebih dahulu dengan menggunakan akal yang waras sebelum  mempercayai dan menjatuhkan hukuman kerana satu fitnah mampu meruntuhkan  rumah tangga yang telah lama dibina dan akhirnya anak yang menjadi mangsa.

Sebagai seorang anak, kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu bapa dan ikhlas memaafkan kesilapan mereka kerana ibu bapa juga  manusia yang khilaf dan alpa. Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Sofyan. Sofyan tetap memaafkan ayahnya walaupun  ayahnya telah lama merahsiakan status ibunya. Jika difikirkan sejenak, bagaimana perasaan Sofyan apabila  mengetahui ibunya sebenarnya masih hidup dan berada berhampiran dengannya?

Novel Terusir mengajar kita bahawa didikan keluarga  yang baik membentuk peribadi yang mulia. Sebagai anak, Sofyan sedar bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tindakan kedua ibu bapanya hanyalah untuk melindungi dirinya daripada terbantut daripada kemajuan. Di usia tua ayahnya, Sofyan sedar bahawa yang diharapkan ayahnya hanyalah sebuah kemaafan.  

Gambaran penulis Hamka tentang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik susah untuk mendapatkan pekerjaan menarik minat  saya. Hal ini kerana, gambaran situasi tersebut agak berbeza situasi di Malaysia pada zaman kini.  Kini, terdapat segelintir majikan yang menilai rupa paras melebihi keupayaan pekerja untuk diterima  kerja.

Selain itu, Hamka telah membuka minda pembaca supaya tidak menilai seseorang melalui  pekerjaannya, hartanya atau rupanya. Mungkin kerana keterpaksaan dan tiada bimbingan ke arah peluang  yang lebih baik menyebabkan seseorang mungkin tersilap langkah dalam kehidupan. Hilang tempat bergantung daripada  orang yang disayangi dan dipercayai bukan perkara yang mudah untuk dihadapi.

Di dalam novel ini, Hamka menggambarkan dua jenis perempuan  yang mencintai lelaki. Pertama, perempuan yang mencintai lelaki demi kemajuan lelaki itu sendiri.  Perempuan sebegini akan bersama-sama membangunkan diri lelaki dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripada seorang lelaki yang dicintai. Perempuan begini amat susah dijumpai.

Kedua adalah perempuan yang mencintai lelaki kerana keinginan diri perempuan itu sendiri. Lelaki perlu mengikut kata-katanya, menunaikan  permintaan-permintaannya dan kehendak dirinya dan lebih teruk lagi jika perempuan tersebut mencintai  lelaki itu hanya kerana ingin membalas dendam.  

Kesimpulannya, novel Terusir karya Hamka yang telah diberi sentuhan oleh Jejak Tarbiah padat dengan  pengajaran dan diselitkan beberapa sindiran lembut untuk masyarakat tentang isu kekeluargaan dan  perempuan. Sebagai pembaca, kita mengharapkan pengakhiran yang seindah pelangi. Namun, inilah realiti kehidupan. Tidak  semua pengakhiran kesengsaraan itu berakhir dengan kebahagiaan. Tuhan memberikan sesuatu yang kita perlu  pada masa yang tepat.

Walaupun novel ini hanya mempunyai 130 muka surat, Jejak Tarbiah mampu  membina struktur ayat yang teratur, padat dan mudah difahami sehingga pembaca berasa seronok  membaca dan ingin terus membaca. Selain itu, banyak perkataan-perkataan yang baharu saya pelajari daripada novel ini. Menurut pendapat saya, Jejak Tarbiah berjaya menterjemahkan  karya Hamka ini tanpa mematikan estitika bahasa serta stilistik yang dibawa oleh penulis asal iaitu Hamka. 

Disediakan oleh,

Nurul Hidayah Rased

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.