in

LoveLove

Maniskah Alam Rumah Tangga Itu?

Pengalaman hidup manusia menunjukkan, bahwa harta benda bukanlah faktor pertama yang menentukan ketentraman rumah tangga.”- Buya Hamka 

Sering hati ini bertanya apakah benar rumah tangga itu manis ? Jika manis mengapa masih ada manusia mengkhianati akad yang telah dilafazkan? 

Seringkali aku fikirkan apakah benar jika kita sudah cukup stabil dari segi ekonomi? Adakah itu adalah syarat mutlak untuk berumahtangga  atau sifat tawaduk dan toleransi antara pasangan itu adalah kunci kerukunan dalam rumah tangga? Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Buya Hamka:

Di dalam rumah tangga, supaya udaranya senantiasa jernih, kita tidak boleh memaksakan supaya kehendak kita saja yang diturut orang, sekali-kali kita juga menurut kehendak orang lain.”

Kita sering mengimpikan bahawa rumah tangga kita sering kali berwatakkan manis seperti madu dan tidak pahit seperti cuka.Namun itu bukanlah realiti sebenar rumah tangga itu. Kita tidak akan pernah memahami pasangan kita selagi kita tidak ada 24 jam bersamanya. Membina rumah tangga bukan bererti kita hanya perlu berkahwin dengan pasangan kita sahaja tapi kita perlu berkahwin dengan ahli keluarganya sekali dan menerima kekurangan pasangan dan keluarga pasangan kita juga. 

Seperti yang diungkapkan oleh Nathan Workman:

Who we marry it’s one of the most important decisions in life, one that will influence the level of happiness,growth and success like no other choice. 

Getting through to the 'disconnected husband'

Membina rumah tangga merupakan perkara yang begitu penting dalam kehidupan kita kerana ia bakal menentukan siapa diri kita dan di mana diri kita. Seperti yang sering diungkapkan bahawa diri kita merupakan cerminan kepada pasangan kita. Begitulah sebaliknya pasangan kita juga adalah cerminan daripada diri kita sendiri. Kitalah yang berhak mencorakkan sama ada pahit atau maniskah rumah tangga kita sendiri. Namun begitu, rumah tangga tetap mempunyai kepahitan, kelat dan masinnya yang tersendiri. Oleh itu, matanglah terlebih dahulu dari sudut emosi kita. 

Marriage is not about the wedding. It’s about the years of growing together and as individuals and not giving up on one another.

The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds.- noah Calhoun

Jelaslah bahawa rumah tangga itu adalah sebuah tanggungjawab dan bukan hanya dikonotasikan melalui perasaan cinta semata-mata. Ilmu keibubapaan sewajarnya digali bagi dijadikan persediaan sebelum memasuki alam rumah tangga.Ilmu pengurusan emosi (stress –management) dan ilmu komunikasi juga wajar  dipelajari sebelum melangkah ke fasa perkahwinan atau lebih tepatnya alam rumah tangga. 

Allah akan bertanya pada setiap pemimpin atas apa yang ia pimpin, apakah ia memperhatikan atau melalaikannya” (HR. Ibnu Hibban 10: 344)

Hal ini kerana suami adalah pemimpin bagi isteri dan isteri adalah makmum yang sentiasa menegur suami jika adanya kekhilafan.. Kita tidak sempurna yang sempurna hanyalah Allah. Oleh itu, kita perlu cuba sebaik mungkin untuk mewujudkan kemanisan dalam rumah tangga. 

Benarlah rumah tangga itu bukanlah sesuatu perjalanan yang mudah dan perlunya kesabaran, kegigihan, semangat juang dan daya usaha yang tinggi serta keimanan dan ketakwaan merupakan perisai dalam diri. Rumah tangga adalah satu perjalanan yang bersifat peribadi. Rumah tangga itu bukanlah pertandingan dan bukan juga satu eksperimen tapi rumah tangga adalah sebuah keputusan yang jitu dan kukuh dalam diri seseorang.

Kebijaksanaan dalam menahkodai rumah tangga itu yang akan menciptakan sebuah kemanisan dan jika sebaliknya kepahitan akan mewarnai. Kepahitan akan sentiasa wujud tapi tukarlah ia menjadi manis namun ia bukanlah sesuatu yang mudah ia perlu disemai dan dibaja dari tahun ke tahun . 

Disediakan Oleh:

Nur Izzati Hazwani Binti Abdul Hadi.

Apa Azam Pembacaan Anda Tahun Ini?

MEDIA SOSIAL: WASILAH PENYEBARAN BUDAYA DALAM KALANGAN ANAK MUDA