Menjejaki laluan di sepanjang Jalan Muizz Li Dinillah di Kaherah adalah pengalaman yang amat menakjubkan. Pejalan kaki akan dihidangkan dengan keunikan seni bina Islam pada setiap dinding bangunan tinggalan sejarah dinasti Khalifah Fatimiyah dan Khalifah Mamlukiyah. Selain itu, penulis juga mendapati terdapat banyak kedai yang menjual barangan antik seperti mesin taip, lukisan dan juga pen. Pen lama yang dijual bukan sekadar pen biasa, namun fountain pen yang berkualiti dan berjenama. Penulis menemui sebuah cerita menarik disebalik pemilik nama jalan ini iaitu Abu Tamim Muizz Li Dinillah yang merupakan seorang khalifah pada zaman kerajaan Fatimiyah. Menariknya, sosok khalifah inilah yang telah menyumbangkan idea sehingga terciptanya fountain pen.

Pada abad ke-3000 sebelum Masihi, Tamadun Mesir Purba merintis sejarah penciptaan pen sebagai alat merekod maklumat. Pen yang diperbuat daripada batang papirus yang dipotong tirus bersama sebekas dakwat yang diperbuat daripada serbuk arang. Para penyalin atau penulis rekod akan sentiasa membawa pengisar untuk menghancurkan pigmen arang sebelum dicampurkan dengan air. Setiap bekas pen akan dipahat nama pemiliknya. Seseorang penulis kebiasaannya terlibat dalam urusan perniagaan yang memerlukan mereka untuk mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, mereka turut membawa palet pen mudah alih di dalam beg dokumen mereka. Arus kemajuan bergerak maju memenuhi keperluan manusia. Dan pen tidak terlepas dari gelombang ini.

Abu Tamim Muizz Li Dinillah (26 September 932 – 19 Disember 975) merupakan khalifah keempat Dinasti Fatimiyah yang berpusat di Tunisia, Afrika yang kemudian berpindah ke Kaherah, Mesir. Beliau juga menemui bandar Kaherah – yang bermaksud kemenangan – pada tahun 969 Masihi, dan menjadikannya sebagai pusat bandar baru pemerintahan kerajaan Fatimiyah di Mesir. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu dan kesenian. Beliau meminati bidang agama, sains dan perubatan sehingga para ilmuwan dan pelajar dibenarkan memasuki perpustakaan beliau di istana untuk membuat rujukan.

Mencintai ilmu dan buku turut membawa beliau kepada idea penciptaan pen untuk memudahkan beliau menulis. Kita mungkin mengenali pencipta fountain pen seperti Petrache Poenaru dari Roman pada abad kesepuluh, namun idea asal penciptaan pen tersebut sudah direkodkan sejak Dinasti Fatimiyah lagi, iaitu ketika zaman Khalifah Abu Tamim Muizz Li Dinillah. Idea ini timbul tatkala beliau menghadapi masalah dengan dakwat pen yang sering mengotori tangan dan bajunya ketika menulis.

Beliau berbincang dengan tukang reka istana untuk mereka bentuk sebatang pen yang mempunyai ruang simpanan dakwat yang membolehkan beliau menulis dalam tempoh yang panjang tanpa perlu mencelupkan mata pen ke dalam bekas dakwat. Hal ini diperincikan oleh penasihat beliau, al-Nu’man at-Tamimi di dalam kitabnya al-Majalis Wa l-Musayarat (Council and Corridors):

We wish to construct a pen which can be used for writing without having recourse to an ink-holder and whose ink will be contained inside it. A person can fill it with ink and write whatever he likes. The writer can put it in his sleeve or anywhere he wishes, and it will not stain nor will any drop of ink leak out of it. The ink will flow only when there is an intention to write. We are unaware of anyone previously ever constructing (a pen such as this) and an indication of ‘penetrating wisdom’ to whoever contemplates it and realises its exact significance and purpose’. I exclaimed, ‘Is this possible?’ He replied, ‘It is possible if God so wills.

Ilmu dan pen mempunyai perikatan antara satu sama lain. Tanpa pen tiadalah rakaman ilmu di atas helaian kertas. Sultan Muizz li Dinillah merupakan contoh individu yang mencintai ilmu dan pencipta revolusi pen untuk memudahkan beliau menulis. Semoga sumbangan para ilmuwan islam dijadikan contoh bagi generasi sekarang agar terus melahir para ilmuwan islam yang berkualiti dan kreatif.

Disediakan oleh:  Fatimah Zuhra Binti Abdul.Lajis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.