Sedihnya ketika membaca  novel berjudul Margaretta Gauthier ini, perjalanan hidup seorang perempuan yang penuh dengan ujian. Tidak dinafikan dalam kehidupan realiti pada masa sekarang ini pun ada situasi yang memisahkan dua insan kerana berlainan pangkat dan keturunan. 

Di atas muka bumi ini, tidak ada seorang  pun yang ingin dilahir dalam serba kekurangan, setiap insan pastinya menginginkan segenap kebahagiaan dalam kehidupan. Namun, bayang-bayang masa lalu akan selalu menghantui seakan-akan tidak boleh ditinggalkan kerana desakan dan cemuhan sebahagian manusia yang suka  menghakimi berbanding memberi peluang baharu. 

Watak Margaretta adalah seorang wanita rendahan, kerana memilih jalan kehinaan tetapi kehidupan sisi gelap  itu bukanlah perkara yang diimpikannya, namun terpaksa dijalani demi keberlangsungan hidup. 

Begitu perit dan seksanya, menghambakan diri kepada kehidupan yang penuh dengan kemaksiatan dan penuh dengan kepalsuan, tetapi bagi seorang wanita yang tidak berkeberuntungan, kadangkala wajah yang cantik buatnya adalah titik kehancuran, ini kerana penilaian terhadap diri seorang wanita adalah kecantikannya berbanding kebersihan hati yang dimilikinya. 

Mengecapi kebahagian, dengan mengenal orang yang tepat yang dapat menerima semua kisah lalu adalah impian setiap orang yang memiliki masa silam yang gelap, tetapi untuk merealisasikan perlu perjuangan dan usaha keras serta hati yang teguh kerana sangat mudah bermimpi tetapi tidak semudah itu menjalaninya.

Melepaskan kebahagian yang baru dikecapi hanya untuk membahagiakan orang lain, menghancurkan hati sendiri dan memusnahkan segala impian bahagia bersama orang yang dicintai itu adalah suatu pengorbanan yang besar dan tidak semua orang mampu melakukannya. 

Pada sisi kehidupan seorang Margaretta, tidak mudah  mencintai dan dicintai oleh seorang bangsawan yang berketurunan. Hakikatnya, segala tindak tanduk menjadi asbab kritikan terhadap dirinya. Kerana sejarah silam akan selalu menjadi bayang-bayang yang menghantui dan membelenggu dirinya, seolah-olah tidak ada ruang untuk keluar dari titik hitam itu untuk mengecapi kehidupan yang bahagia seperti insan lain. 

Dua perkara yang boleh dipelajari dari kisah ini adalah terkait mentaliti masyarakat yang seharusnya di ubah.

Pertama, jangan terlalu mudah menilai seseorang berdasarkan kisah silam dan keturunan semata-mata. Seharusnya masyarakat membuka ruang bagi wanita seperti Margareta untuk bertaubat dan berpaling dari kehidupan lampau, agar di masa akan datang tidak terlahir generasi yang terbuang ke lembah kehinaan meskipun dalam keadaan terpaksa. 

Kedua, tolak ukur keikhlasan hati bukanlah  dinilai melalui luaran sahaja, hati yang tulus dan bersih boleh dimiliki tanpa mengenal status dan keturunan, tidak semua yang hidup dengan cara menghinakan diri itu hitam hatinya. Begitu juga sebaliknya bagi kalangan bangsawan, tidak semua memiliki empati dan kejernihan hati, sungguh selayaknya yang menilai itu mutlak hak Tuhan yang Esa semata.

Semoga ada ikhtibar yang mampu pembaca petik daripada kisah hidup seorang wanita bernama Margaretta Gauthier. Kerana tidak semena-mena seorang ulama Nusantara seperti Prof. Hamka menerjemahkan novel ini untuk tatapan para pembaca, kecuali ada ibrah yang boleh dijadikan pengajaran yang dapat mendidik masyarakat tentang nilai-nilai insani.

Disediakan oleh: Aishah Nerina

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.