Datuk Sayyid Alwi Bin Tahir al-Haddad, Mufti kerajaan Johor, telah mengeluarkan kenyataan di dalam majalah Semenanjong pada 26 Zulhijah 1377 mengatakan seterang-terangnya:

TIADA GUNA MENGELIRUKAN ORANG RAMAI: KAUM MUDA MENYEBABKAN 30 JUTA ORANG JADI KOMUNIS

Ini pula ialah pengenalan radd (kenyataan balas) HAMKA terhadap kenyataan yang disifatkan sangat melampau ini:

Johor Bahru, 13 Julai – Datuk Sayyid Alwi Bin Tahir al- Haddad, Mufti kerajaan Johor, telah memberikan buah fikir atas namanya sendiri mengenai masalah buku Ibadat Rasulullah. Beliau menyatakan bahawa soal yang dibincangkan dalam kitab itu ialah soal cabang-cabang agama sahaja. Buku tersebut tidak ada gunanya sekali kerana isinya mengelirukan orang ramai dan murid-murid yang baru belajar.

Beliau menyatakan juga pendapatnya ketika ditemui oleh pemberita Semenanjong bahawa dalam Islam tidak ada istilah kaum tua atau kaum muda. Kata-kata ini mulanya terjadi di negeri Turki dengan nama kaum atiq dan kaum jadid.

Kaum jadid atau kaum muda telah menyerang agama Islam di Turki dan menghinakan agama itu hingga akhirnya agama Islam telah keluar dari negeri Turki sendiri. Setelah itu, perihal kaum muda dan kaum tua itu timbul pula di Indonesia.

Soal-soal agama yang ditimbulkan oleh kaum muda di Indonesia itu banyak menimbulkan waswas dalam kalangan umat Islam di sana. Oleh sebab itu, orang-orang Kristian di sana telah menjalankan dakyah mereka hingga lebih 10 juta umat Indonesia menjadi pemeluk agama Kristian dan 30 juta menjadi komunis.

Kisah Kaum muda

Kata Datuk Sayyid Alwi, “Dengan timbulnya perkara- perkara Ibadat Rasulullah, apa yang telah terjadi di negeri Turki dan Indonesia akan terjadi pula di Malaya pada masa akan datang.”

“Kaum muda ini mengambil fatwa-fatwa mereka daripada Qadiyani dan Hassan Bandung dan mereka tidak percaya kepada tiang-tiang agama Islam. Mereka ini dinamakan oleh ulama-ulama sebagai ‘al-maklum minalaziina bi darurah’,” kata Datuk itu.

Dihukum Kafir

Kata Datuk itu selanjutnya,

“Ketua kaum muda ini bernama Abu Ziyad telah dihukum kafir oleh jemaah ulama di Mesir dan kerajaan Mesir telah mengharamkan kitab tafsir al- Quran yang dikarang oleh Abu Ziyad. Kerajaan Mesir juga telah membakar tafsir al-Quran pengikut Ahmadiyah Qadiyani. Abu Ziyad telah menghantarkan kitab dan tafsirnya kepada ramai orang termasuklah anak muridnya, bahkan kaum muda telah menyembunyikan kitab-kitab itu.”

Beliau menambah lagi, “Saya telah banyak membaca selaran-selaran ganas kaum muda dalam akhbar-akhbar tetapi tiada yang dapat menentukan sama ada kaum muda itu Islam atau tidak.”

Mengikut Pendapat Darwin

Beliau telah menyebut satu berita yang disiarkan oleh Semenanjong pada 5 Mei tahun ini yang memuatkan hal sebuah kitab kaum muda yang berjudul Soal-Jawab dan Tafsir al- Quran Hassan Bandung. Kitab tersebut menyatakan sucinya daging babi. Manakala tafsirnya, Tafsir Quran Hassan Bandung mengikut mazhab (teori) Darwin dan Freud.

Datuk Sayyid Alwi mengatakan tentang fatwa Tuan M. Quraisy dan Muhammad Sadik dalam majalah Suara Islam yang diterbitkan oleh Persatuan Islam Universiti Malaya pada muka surat 32 dan 39, jilid kedua, bilangan dua, tahun 1955 hingga 1956 yang memberi fatwa bersihnya daging babi. Padahal najis daging babi itu telah diketahui dalam agama Islam.

Beliau telah mengkafirkan orang-orang Islam yang ingkar akan kenajisan daging babi. Golongan ini mengakui bahawa mereka bebas berfikir dan beriktikad pada fahaman mereka. “Nabi Isa a.s. itu berbapa, ini adalah dipetik daripada agama Yahudi dan Nasrani,” kata Datuk Sayyid Alwi. Kitab-kitab tersebut wajiblah dibinasakan oleh tiap-tiap orang Islam.

HAMKA kemudiannya membalas setiap isi yang disebutkan oleh Mufti Johor tersebut dan menghuraikannya satu persatu serta menyangkal setiap fakta yang salah kemudian membetulkannya dengan hujah yang lebih terperinci dan luas.

Akhirnya, kenyataan berupa hanya keratan akhbar Mufti Johor itu telah dibalas dengan sebuah buku yang berjudul: Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor.

 

Buku ini akan tersedia di pasaran tidak lama lagi. Nantikan!

 

Disediakan oleh,

Duta Buku JT

 


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.