in

Kaya di Mata Orang, Miskin di Mata Sendiri

Trend pada masa kini, ditambah pula dengan kecanggihan media sosial, semua orang pasti akan  terjebak dalam satu hal yang tidak disedari oleh mereka sendiri.  Apakah trend tersebut?

Trend menunjukkan kemewahan di media sosial.  Tanpa kita sedari, kita sebenarnya mempunyai perangai ingin nampak elegan dan menarik di mata  orang yang melihat. 

Berbelanja barang mewah, muat naik di media sosial.  Beli Iphone, muat naik di media sosial. Beli Starbucks, muat naik di media sosial. Kalau boleh, segala yang mahal-mahal ingin ditunjuk di media sosial.  

How to Turn Off the iPhone List of Everywhere You've Been

Sebenarnya tidak salah untuk kita upload di media sosial sebagai bukti dan ‘reward’ hasil kita kerja  keras untuk mendapatkannya.Tetapi berpada-padalah.  Kerana ia akan menjadi ketagihan untuk kita untuk sentiasa ‘tunjuk’ dan ‘tunjuk’ dan ketagihan  tersebut memusnahkan diri kita sebenarnya. Kerana apa?

Kita ingin nampak mewah dan elegan di mata manusia, tetapi sebenarnya kita miskin di mata sendiri.

Bila lihat akaun bank, hanya tinggal berapa ringgit sahaja disebabkan ingin mengejar trend untuk kelihatan ‘mewah’ di mata manusia padahal hakikat sebenar duit di bank hanya tinggal berapa ratus  dan ringgit sahaja.  

Jika berlakunya kecemasan yang memerlukan duit yang banyak, terpaksa perah otak dan tenaga untuk  dapatkan duit dan terpaksa meminjam duit daripada kawan rapat dan lain-lain, disebabkan duit  sebelum ni telah ditelan ‘kemewahan’ yang sementara. 

Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) setakat Oktober 2021 menunjukkan bahawa sebahagian  besar individu yang diisytiharkan muflis berpunca daripada pinjaman peribadi. 

Mengapa semua ini terjadi? 

Berpunca daripada sifat ingin bergaya, mengamalkan hidup mewah walaupun  pendapatan tidak seberapa dan melakukan pembelian melebihi kemampuan. Jelaslah bahawa antara  faktor kebankrapan individu di negara ini banyak berpunca daripada pinjaman peribadi. 

Konklusinya, pengurusan kewangan sangat penting terutamanya mereka yang bergelar anak muda. Bijak mengurus kewangan bermaksud bijak menguruskan masa depan. Sebagai pesanan untuk diri sendiri dan semua, pengurusan kewangan sangat penting untuk masa  depan yang stabil.  

Oleh itu, belajarlah mengurus kewangan dengan baik. Usahlah nampak kaya di mata manusia, hakikat  sebenar kita miskin di mata sendiri. Berpada-padalah ketika berbelanja agar kita tidak menyesal di  kemudian hari. 

Disediakan oleh: Nabilah Abd Rahman

RUJUKAN: 

Muhammad Saufi Hassan (2021, 5 Disember). Personal Loan Buat Aku Jadi Muflis. Harian Metro.  Retrieved from https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/785070/personal-loan-buat-aku-jadi muflis

Wali Allah atau Wali Syaitan?

Jangan Terjerat dengan Fitnah