Antara musibah yang kerap kali melanda umat Islam adalah penyakit suka mengampu seseorang yang berpengaruh, sama ada orang itu ahli politik, tokoh agama, para negarawan dan lain-lain. Sikap mengampu ini antara barah yang sudah menjadi kelaziman sebahagian orang demi meraih keuntungan atau untuk kepentingan tertentu.

Mengampu dalam erti kata lain, suka mendekati individu berpengaruh dan sentiasa mengadakan hubungan istimewa terhadap individu tersebut dengan matlamat dan tujuan yang tertentu. Selain mengampu, perkataan membodek juga sinonim dengan makna mengampu. Sikap sebegini tidak sihat jika kita ingin membangunkan umat. Hal ini kerana pengampu juga boleh di ibaratkan sebagai duri dalam daging. Ada ketikanya, pengampu itu sendiri akan membusukkan nama tokoh yang diampunya.

Kata Syaiban ar Ra’i kepada Harun ar Rasyid : “Wahai amirul mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau tidak berasa takut sehingga engkau berasa aman, lebih baik daripada engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan.” 

Tanya Harun ar Rasyid : “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban : ” Engkau bertanggungjawab terhadap rakyat mu, takutlah Allah” lebih baik daripada orang yang berkata : “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi !”.

Apa yang boleh kita fahami daripada kata-kata Syaiban ar Ra’i ini ialah betapa bahayanya lidah si pengampu yang gemar mendekati dan mengekori kemana sahaja malah bercakap manis sentiasa. Cakap-cakap manis ini boleh jadi racun satu hari kelak. Firman Allah SWT dalam surah al Munafiqun ayat 4 yang bermaksud :

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki)”

Ayat ini menjelaskan bahawa rupa paras yang elok, tutur kata yang manis, belum tentu benar dan betul. Sebaliknya, boleh jadi sekadar mahu mengampu dan membodek semata-mata. Ayat ini juga telah mencerminkan sifat yang dimiliki oleh golongan munafik. Kata Imam Qurtubi menukilkan tafsiran Ibn Abbas mengatakan Abdullah bin Ubai itu adalah seorang yang kacak dan memiliki tubuh yang tegap. Kata-katanya juga sangat hebat.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari & Muslim, daripada Abu Musa al Asy’ari beliau berkata :

“Nabi SAW mendengar seorang lelaki memuji atas seseorang dan dia berlebihan dalam memujinya, maka (Nabi) bersabda :”Kamu telah membinasakan atau mematahkan belakang lelaki itu”.

Pengampu atau pembodek, begitu gemar dan suka mendekati orang-orang tertentu, memuji kiri kanan, menjaja cerita sana sini, bergambar bersama, untuk cita-cita dan habuan yang diidamkan. Hasilnya, apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang diampunya, semuanya betul, tepat dan sentiasa “yes boss” malah mempertahankan apa jua kesalahan atau kekhilafan tokoh yang diampunya. Pengampu atau pembodek tidak lebih dari seekor anjing yang hanya gemar menyalak walhal nyalakannya itu dibenci oleh orang.

Sikap ini haruslah kita jauhi bersama. Selain boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian terhadap dirinya, bahkan turut mengundang wujudkan kumpulan berpuak-puak dan fitnah sana sini hasil daripada kata ampunya itu. Hiduplah di atas realiti dan usahlah mengampu lagi. Juga kita perlu ingatkan diri kita untuk sentiasa tidak termasuk dalam kalangan orang yang suka mengampu sahaja. Kepada Allah jualah tempat kita mohon perlindungan. Semoga Allah merahmati kita semua.

Disediakan oleh: Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.