Budaya takfir adalah merujuk kepada budaya menuduh orang lain sebagai kafir. Dimaksudkan dengan menuduh itu adalah menuduh orang Islam dengan tuduhan kafir. Adapun orang bukan Islam, golongan ini telah dikenali dengan perkataan kafir. Jadi, orang bukan Islam terkeluar daripada tuduhan kafir kerana zahirnya mereka telah dikenali sebagai kafir.

Perkataan kafir dari sudut bahasa bermakna menutup. Disebabkan itu, di dalam al Quran, tukang kebun disebutkan sebagai “kuffar” kerana pekerjaan tukang kebun itu menutup benih dengan menggunakan tanah. Allah SWT berfirman di dalam Al quran, surah al Hadid ayat 57 yang bermaksud :

” Samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya “

Dari satu sudut makna yang lain, kufur adalah lawan bagi iman. Kita faham bahawa iman difahami sebagai kepercayaan, sebaliknya kufur difahami dengan makna keingkaran dan kemungkaran. Berdasarkan pemahaman makna ini dapat disimpulkan bahawa makna kufur dalam al Quran membawa dua makna iaitu yang pertama, melakukan dosa (sama ada dosa besar atau dosa kecil) yang disebut juga sebagai kufur nikmat. Kedua, kufur membawa makna terkeluar daripada agama.

Beberapa contoh penggunaan kafir bagi merujuk kepada dua makna diatas. Dalam surah al Maidah ayat 73 yang bermaksud :

” Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : “Bahawasanya Allah adalah salah satu daripada tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa…”

Dalam ayat ini, dengan jelas Allah SWT menggunakan perkataan “kafir” untuk golongan Kristian yang mendakwa Allah itu ketiga daripada Triniti. Kekafiran ini telah mengeluarkan mereka daripada agama Islam. Ada juga dalam firmanNya yang lain, dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud :

 ” Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk”

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah menggunakan perkataan kufur kepada orang yang tidak menunaikan ibadah haji walhal dirinya mampu mengerjakan ibadah haji. Sedangkan tidak menunaikan ibadah haji itu tidak lah sehingga jatuh hukum terkeluar Islam tetapi boleh dianggap berdosa.

Demikian juga di dalam hadis Nabi SAW, dalam riwayat Imam Abu Daud dan Ibn Majah, baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

” Perjanjian antara kita dan mereka adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah kufur”

Berdasarkan hadis ini, seseorang yang telah meninggalkan solat tidak dianggap terkeluar daripada Islam walaupun perbuatan meninggalkan solat itu dikira sebagai berdosa. Maka perbuatan meninggalkan solat itu dikira sebagai berdosa, bukannya terkeluar daripada Islam.

Penggunaan perkataan kafir perlu dilihat dalam konteksnya yang berbeza. Ada sebahagian perkataan kafir itu merujuk mereka yang bukan Islam dan ada sebahagiannya perkataan kafir itu merujuk kepada makna kufur, iaitu berdosa tetapi tidak sehingga terkeluar daripada Islam.

Konklusinya, kita perlu diingatkan agar tidak mudah untuk menghukum kafir kepada orang khususnya sesama muslim. Sejarah membuktikan banyak negara Islam yang telah hancur dan binasa kerana budaya takfir ini. Semoga Allah berikan kita hidayah serta taufik Nya.

Disediakan oleh,

Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.