Saya percaya rata-rata pembaca yang sedang membaca artikel ini sudah pastinya pernah menonton atau membaca filem Harry Potter yang menjadi fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Kita tidak boleh menyangkalkan lagi bahawa Harry Potter merupakan karya yang paling berjaya bagi JK Rowling sepanjang kariernya menjadi penulis. Daya imaginasi yang tinggi yang dimiliki oleh JK Rowling telah membawa tuah yang cukup hebat kepada dirinya.

Tidak dinafikan, kebanyakan jalan cerita dan watak-watak yang wujud dalam karya ini merupakan cerminan peristiwa yang dialami oleh J.K. Rowling sendiri seperti penceraian, perpisahan dan kemandirian dalam menjalani sebuah kehidupan. Beliau juga dilihat amat terkesan dengan falsafah Yunani yang merupakan “niche” beliau ketika berada di dalam lapangan sarjana muda.

Umumnya, kita mengetahui kebijaksanaan dan ketangkasan  Harry Potter ini seringkali dikaitkan dengan kehebatan ibunya iaitu  Lily Potter, malah diakui oleh kebanyakan orang-orang penting seperti pengetua sekolah Hogwards iaitu Dumbledore, guru-guru Hogwards, keluarga Weasley juga “secret admirer” ibunya sendiri, Profesor Severus.

Tapi, bukan itu yang saya ingin ketengahkan.

Apa yang cuba dikehadapankan di sini ialah mengenai teori pendidikan yang cuba ditunjukkan oleh JK Rowling di dalam karyanya ini. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, saya merasakan pembinaan plot dan watak di dalam karya ini sangat cocok untuk kita fokuskan perbincangan kita dalam skop pendidikan, terutama dalam aspek keperibadian dan moral.

Kohlberg (1958) memperkenalkan sebuah teori perkembangan moral dalam mengungkapkan perkembangan seseorang murid dari sudut perubahan peribadi.

Perkara ini dijelaskan oleh Rowling melalui watak Harry, Ron dan Hermoine serta pelajar-pelajar sekolah Hogwards.

  1. Belajar mematuhi arahan melalui hukuman atau ganjaran

Sejak awal, kita dapat melihat bagaimana seorang Harry sedaya upaya belajar mematuhi arahan untuk mengelakkan hukuman, baik di rumah bapa saudaranya ataupun di sekolah.

Selain itu, kita juga diperkenalkan dengan sistem rumah yang diamalkan di sekolah Hogwards bagi menilai peribadi pelajar, baik dan buruk. Jika baik diberi ganjaran, dan buruk diberi hukuman seperti demerit atau tidak boleh masuk ke kelas.

2. Berusaha menjadi “budak baik”

Kemudiannya, kita ditunjukkan dengan watak Hermoine yang sentiasa berusaha untuk menjadi “budak baik” seperti yang dikemukakan oleh Kohlberg pada peringkat ketiga perkembangan moral iaitu orientasi perlakuan baik. Malah, orientasi ini sahaja ditunjukkan oleh kebanyakan watak di dalam cerita ini untuk cuba menjadi “budak baik”.

Rowling seterusnya membawa kita mengenal dengan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam sekolah Hogwards, dan betapa pentingnya untuk akur kepada peraturan tersebut (boleh lihat lebih lanjut dalam Harry Potter and The Order of The Phoenix).

Kesannya ada pelajar yang terlalu takut untuk melanggar peraturan yang kadang-kadang menyusahkan diri mereka sendiri. Di sini, gelaran “budak baik” telah dimanipulasikan oleh pihak berautoriti dalam memastikan tiada yang berani melawan sebuah kebatilan di depan mata.

3. Memaknai erti kedamaian sejagat

Rowling juga mengkehadapankan sikap pelajar-pelajar sekolah Hogwards untuk berjuang melawan Voldermort bukanlah semata-mata untuk mendapat ganjaran peribadi, tetapi lebih kepada kedamaian sejagat. Kedamaian untuk semua. Supaya keamanan itu dapat dirasai dan dikecapi oleh generasi akan datang.

“Scene” yang ditunjukkan ini jelas mengikut teori Kohlberg yang mempunyai 6 tahap perkembangan moral yang berlaku secara berperingkat. Untuk menghuraikan setiap satu peringkat amatlah memakan masa dan ruang, jadi saya ringkaskan seperti di atas.

Saya melihat ini satu mesej yang besar yang cuba disampaikan oleh Rowling, iaitu isu moral individu. Mungkin sahaja Rowling ingin mengajak kita semua untuk sama-sama menilai kembali moral atau sikap kita apabila berhadapan sesuatu isu.

Rowling jelas mengkritik sikap individualistik yang diamalkan oleh kebanyakan manusia dan membawa kita untuk lebih mementingkan sumbangan kita kepada umat jagat.

Satu mesej tersirat, yang berjaya dibawa dengan harmoni oleh penulis karya.

Disediakan oleh,

Syuhadah Ainin

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.